Chapter 7

51 6 0
                                    

KATA-KATA Aleyah masih bermain di fikiran kusut Arayyan. Sungguh dia tidak mengerti apa sebenarnya yang telah terjadi dan bakal terjadi terhadap pertalian darah mereka. Perasaan ingin tahu semakin mengusai diri. Namun, tiada apa yang boleh membantunya. Hanya ada tiga penghuni yang boleh membantu.

Aleyah, malapetaka dan ketua takdir. Meminta bantuan mereka adalah perkara yang sia-sia. Aleyah sudah tentu tidak akan beri kerjasama untuk cerita apa yang terjadi. Malapetaka tidak akan mudah membuka cerita dengannya. Dan ketua takdir pula bukan penghuni yang boleh dibawa bincang. Dia harus pertaruhkan sesuatu untuk mendapatkan apa yang diingini.

Itu lah peraturan dunia mereka. Menggadai sesuatu yang berharga untuk mendapatkan sesuatu yang diingini. Ada di antara penghuni yang sanggup pertaruhkan nyawanya demi mendapatkan sesuatu. Bukan hanya nyawa sahaja. Tetapi jiwa, kuasa, kedudukan dan segala harta yang mereka ada. Semua itu mereka sanggup gadaikan.

Langit menjadi sangat terang sehingga menyakitkan mata penghuni. Arayyan menutup kedua mata dengan lengan. Apabila cahaya sudah mula menghilang, Arayyan menurunkan tangannya. Melihat kehadiran ketua takdir, Arayyan menunduk hormat. Dengan pantas, penghuni melakukan tugas dengan menyediakan tempat yang selesa buat ketua takdir.

Ketua takdir mempunyai pengaruh yang sangat kuat. Kuasanya, sangat bermakna. Segala perkara yang penghuni dan manusia akan lalui adalah kerja ketua takdir. Dia yang akan tentukan segalanya. Dia juga menanggung tanggungjawab yang sangat berat. Jika salah, si pencabut nyawa akan terus menyeksa dan mengambil jiwa. 

Terlalu ramai penghuni yang mengambil risiko untuk mengubah takdir mereka. Hampir kesemuanya tentang takdir malang mereka. Dan semuanya alasan sama. Tidak mampu menanggung takdir itu. Padahal mereka langsung tidak sedar dosa yang telah dilakukan. Tanpa rasa malu, mereka muncul di hadapan ketua takdir untuk mengubah takdir malang yang mereka semua cipta sendiri.

Sungguh menyedihkan.

"Aleyah nak ubah takdir dia lagi." Sebaris ayat yang membuatkan Arayyan senyum senget. Dia langsung tidak memandang ketua takdir. Sudah dapat dari awal yang dia bakal berdepan dengan ketua takdir untuk berbincang tentang ini.

"Kali ni, aku setuju dengan Aleyah. Aku rasa rancangan kali ini agak menarik. Agak teruja juga untuk tengok pengakhiran jalan yang Aleyah pilih..."

Arayyan mengubah posisi berdirinya. Dia memusingkan sedikit badannya menghadap ketua takdir sambil memeluk tubuh. Wajah dilagakkan seperti biasa.

"Antara pengakhiran yang bawa dia kebahagiaan ataupun pengakhiran yang menyeksakan."

"Aku tak nampak menarik langsung!"

"Tapi aku nampak! Aku nak tahu apa akan berlaku! Jadi, biarkan dia pilih jalan sendiri. Dan kau sebagai ketua takdir hanya akan menentukan takdirnya bukan jalan yang dipilih!" naik nada suara Arayyan membidas ketua takdir.

Ketua takdir diam. Dia membalas renungan tajam Arayyan. Melihat pandangan Arayyan, lelaki ini sudah pasti tekad dan bersungguh untuk menyokong tindakan Aleyah. Ketua takdir mengeluh perlahan.

"Okay, mari kita tengok. Disebabkan aku ketua takdir, mungkin kelebihan ada dekat aku. Oh, bukan mungkin tapi sememangnya aku ada banyak kelebihan dalam kes ini."

"Kelebihan? Ada kelebihan pun masih tak mampu menentang Aleyah?"

Kata sinis Arayyan disambut dengan renungan tajam. Wajahnya berubah tidak puas hati. Arayyan semakin senyum sinis. Dia tahu, dia sudah berjaya mengejutkan perangai ketua takdir yang sebenar. Mudah aje untuk buat begitu. Hanya mencabarnya dengan menggunakan nama Aleyah. 

Ketua takdir benci akan Aleyah. Disebabkan Aleyah, ketua takdir langsung tiada peluang untuk menjadi ratu segala penghuni. Walaupun Aleyah sudah diturunkan takhta dan dibuang dari dunia penghuni, namun ketua takdir tetap tak mampu untuk merampas takhta itu. Ini semua kerana kewujudan anak Aleyah yang bakal menjadi raja segala penghuni.

SOULWhere stories live. Discover now