Chapter 4

286 46 1
                                    

VEENA berjalan sekitar kampung. Sejak seminggu Aleyah tiada, dia keseorangan. Biasanya dia meluangkan bersama Aleyah dengan berjalan sekitar kampung walaupun laluannya sama setiap hari mereka tetap tidak bosan melakukan itu. Sekarang ini, semua itu hanya lah kenangan semata. Tiada lagi peluang buat Veena untuk merasai kenangan itu.

Dia sendiri tidak mahu lalui kehidupan yang sedih kerana Aleyah atau benci akan keputusan yang dibuat oleh kawan baiknya. Keliru. Mungkin Veena memilih kedua-duanya.  Beberapa kali dia membahayakan nyawa untuk kembalikan Aleyah namun ditolak begitu sahaja. Veena buat begitu sehinggalah mendapat amaran. Jika dia buat lagi, dia akan dihukum sama seperti Aleyah.

Langkah Veena terhenti, dia ternampak seseorang yang sedang duduk di jambatan kecil. Badannya seperti Aleyah. Veena mendekati orang itu. Dan tekaan tepat. Dia menggosok kedua matanya. Terkedu dibuatnya. Veena cuba untuk menyentuh Aleyah. Dia membulat mata apabila tangannya boleh menyentuh Aleyah.

Pantas kepala Aleyah berpaling ke belakang. Dia turut terkejut. Aleyah segera membetulkan posisinya. Tidak berkelip mata Aleyah memandang kawan baiknya yang juga sama-sama memberi reaksi terkejut. Aleyah menghulurkan tangannya. Veena segera menyambut. Mereka berpelukan erat. Veena menangis di bahu Aleyah. 

Kalau orang lalu tengok dia, mesti orang fikir Veena sedang gila. Mereka tidak faham dan tidak tahu apa yang terjadi. Lama itu, mereka meleraikan pelukan erat itu. Cuma tangan tidak terlepas dari genggaman. Aleyah mengesat air mata Veena yang masih tersisa.

"Kau sihat?" 

Aleyah mengangguk bersama senyuman. Dia terharu diberi peluang untuk bertemu dengan kawan baiknya. Tidak menjangkakan perkara ini bakal berlaku. Aleyah pasti ini semua kerja Veena. Dia bertemu dengan kedua ibu bapanya yang merupakan ketua takdir supaya mengubah takdir Veena dan Aleyah. 

Biarpun itu akan membahayakan nyawa kerana sesiapa sahaja yang merayu-rayu untuk mengubah takdir dan dapat murka daripada ketua takdir, dia akan diambil nyawa. Sudah ramai penghuni buat begitu. Kesemuanya akan mati di penghujungnya. Tapi kali ini, entah apa yang Veena mohon sampaikan dia diberi peluang untuk mengubah takdir. 

"Tapi mesti ada bayarannya kan? Kau bayar dengan apa, Veena?"

Veena diam lama. Aleyah menggoyang perlahan lengan Veena.

"Jangan cakap kau beri semua kuasa dan jawatan kau untuk ubah takdir?"

Veena mengangguk sekali.

"Veena! Kau gila ke? Kenapa buat macam tu? Kenapa kau ubah takdir dengan bayaran begitu?"

"Aku nak bersama dengan kau. Kau dah jadi manusia biasa. Aku pun mahu begitu. Lagipun peraturan dunia tu ketat sangat. Aku tak mampu untuk tanggung,"

"Tak ada! Aku akan buat rayuan kepada ketua takdir. Kau tak boleh buat macam ni!"

Tangan Aleyah ditarik. Langkah Aleyah terhenti. Veena menggeleng perlahan lalu senyum tipis. Dia tidak kisah akan semua itu. Yang dia kisah hanyalah, dia tetap bersama Aleyah. Dia mahukan itu. Veena sudah janji bersama Aleyah untuk terus berada di sisinya biarpun dia terpaksa berkorban untuk dirinya dan keluarga.

Dan Veena tunaikan janji itu sekarang. Sejak dia bersetuju untuk temani Aleyah di dunia manusia ini, Veena perasan yang kuasanya hilang sedikit demi sedikit. Disebabkan itu lah, dia tidak boleh menyembuhkan dirinya. Oleh sebab itu juga, Aleyah yang bantu Veena sembuhkan luka. 

"Aku tidak kisah tentang itu. Aku sanggup serah semua itu asalkan kita berdua tetap bersama. Tolong, kali ini sokong apa aku buat, Vyna. Aku tahu kau akan menderita tidak lama lagi dan pada saat itu aku mahu ada di sisi kau. Aku mahu menderita bersama kau. Apa kau ingat aku akan tenang kalau biarkan kau melalui takdir begini?"

SOULWhere stories live. Discover now