Chapter 8

24 6 0
                                    

"AKU nak tahu apa yang berlaku semasa pembunuhan! Itu pun susah ke untuk kau beritahu?" marah Arayyan. Sudah puas dia berperang mulut dengan Aleyah supaya Aleyah memberitahunya apa perkara yang sebenarnya terjadi. Tetapi, Aleyah langsung tidak mahu membuka mulut.

Pada mulanya, mereka bertemu hanya untuk membincangkan tentang perancangan Aleyah untuk pikat hati suaminya semula. Namun, perkara lain pula yang terjadi. Aleyah mula teringat jika dia mengikut perancangan itu, takdir Arayyan dibunuh olehnya akan berubah. Dari situ lah, Arayyan mula mendesak supaya Aleyah memberitahu lebih terperinci tentang itu.

Aleyah tidak mahu. Dia membantah. Berbuih mulutnya untuk menghentikan Arayyan yang langsung tidak putus asa mendesak. Telinga sudah berdesing, kepala pula sakit mendengar amarah Arayyan yang seperti tiada noktah sebagai pengakhiran ayat. 

"Cukup lah, Arayyan! Kau tak ada hak untuk tahu! Kalau kau tahu, akan banyak benda buruk akan tahu!"

"Aku tak kisah semua nasib malang tu! Aku cuma nak tahu kisah sebenar!"

"Tak boleh! Aku dah janji pada dunia manusia dan Asilyra."

"Janji apa?" tengking Arayyan.

"Aku akan bunuh kau dengan tangan aku sendiri bukannya dengan tangan anak aku."

Arayyan mengeluh kasar. Rambut digosok kasar sehingga menjadi serabut. Arayyan duduk di bangku lalu menghembus nafas perlahan. Dia cuba menangkan dirinya. Aleyah yang berdiri di hadapan Arayyan itu hanya menjadi pemerhati. 

"Sebaik aku mulakan rancangan, kau jangan datang ke dunia manusia untuk berjumpa dengan aku."

Arayyan sengih sinis. Dia mengangkat muka lalu memandang tepat ke wajah Aleyah. 

"Kau buang aku lagi?"

"Aku tak pernah terima kehadiran kau dalam hidup ni."

"Pentingkan diri!"

"Memang itu sifat aku kan? Apa lagi yang aku perlu nafikan?"

Arayyan berdiri. Dia menatap wajah Aleyah lama. Tiada suara di antara mereka. Arayyan berjalan menjauhi Aleyah lalu hilang sekelip mata. Aleyah melabuhkan punggung di bangku. Keluhan dilepaskan. Mata memandang pemandangan langit. Air mata mula mengalir.

"Aku sendiri pun tak dapat terima takdir tu, Rayyan."

*

Veena berlari mendapatkan Rae yang sedang menyapu daun-daun kering. Rae memandang Veena yang tercungap-cungap dengan penuh hairan. Sudah lama dia tidak berjumpa dengan Veena. Entah ke mana gadis ini pergi. Veena mengatur nafasnya lalu bertentang mata dengan Rae.

"Aku nampak seorang gadis sama wajahnya dengan Vyna!"

Penyapu yang Rae pegang jatuh menghempap tanah. Rae tergamam mendengar apa yang dikatakan oleh Veena. Selepas kematian isterinya, Rae langsung tidak boleh melupakan Aleyah walaupun sesaat. Setiap kali dia memandang dua anaknya, jiwa memberontak rindu akan Aleyah. 

Ramai orang kampung yang datang melihat anak-anaknya dan setiap kali itu lah Rae dinasihatkan supaya kahwin supaya kehidupannya lebih teratur dari sekarang. Namun, Rae memberi jawapan sebaliknya. Dia tidak mahu menduakan Aleyah. Perkara itu berlarutan sehinggalah Rae mengatakan dia tidak akan kahwin selagi tak ada perempuan yang sama seperti Aleyah.

"Aku dah jumpa orang yang sama seperti Aleyah."

Rae mengeluh perlahan dan menggeleng.

"Tak... Aku tak sanggup nak duakan Aleyah. Dia dah bertarung nyawanya untuk anak-anak aku."

"Kalau bukan untuk kau, anggap ini untuk anak-anak kau Rae! Kehidupan tak teratur. Kau bukannya anak orang kaya yang boleh buat apa dan beli apa sahaja yang kau nak! Takkan kau nak serahkan semua kepada orang kampung untuk bantu kau? Anak-anak tu perlu dijaga. Kahwin lah dengan dia. Sekurang-kurangnya kau boleh mencari rezeki untuk keluarga kau."

Rae diam. Dia tidak tahu mahu membalas apa. Hatinya berat untuk bersetuju. Veena memandang ke arah kanan. Rae turut sama memandang. Terkaku. Benar lah, wajahnya sama seperti Aleyah. Senyuman dan matanya benar-benar sama seperti Aleyah. Jiwa semakin kuat memberontak rindu.

"Veena! Puas aku cari kau!" ujar Aleyah. 

"Eh, hai abang kacak!" tegur Aleyah. 

Sengaja dia mulakan dahulu perbualan antara mereka berdua. Rae hanya memandang tanpa balasan apa-apa. Suara bayi menangis menarik perhatian mereka. Rae berlari masuk ke dalam rumah untuk meredakan tangisan anak-anaknya. 

"Pergilah Aleyah. Ni aje peluang kau."

Aleyah senyum tipis dan mengangguk. Dengan penuh keyakian, Aleyah masuk ke dalam rumah dan melihat Rae mendodoikan kedua-dua bayi mereka.

"Biar Aleyah yang buat."

Rae diam. Dia tidak menolak atau menghalang Aleyah dari mengambil salah seorang anak yang berada di dukungannya. Aleyah berjalan beberapa langkah hingga ke muka pintu utama. Tidak lama selepas itu, bayi sudah reda dari menangis. Aleyah tersenyum lebar melihat anaknya yang bakal menjadi raja segala penghuni.

Hidung bayi itu dicuit manja oleh Aleyah lalu diletakkan ke tempat tidurnya. Aleyah memandang Rae yang berdiri di situ seakan kebingungan. Aleyah menguntumkan senyuman tipis. Andai Rae mengenali Aleyah, pasti wanita itu sudah berada dalam pelukan si suami.

"Selama ni, Rae jaga anak-anak seorang diri?"

Rae mengangguk.

"Mesti susah kan?"

"Demi arwah Aleyah."

Diam. Aleyah mengepalkan tangannya. Hati dikuatkan. Nada sayu Rae buatkan dia terasa sedih. Pandangan mata bertaut kembali. Aleyah memandang kedua anaknya yang sedang lena. 

"Biar Aleyah yang jaga dua kembar ni."

"Tak perlu. Aku seorang boleh jaga."

"Bohong! Rae takkan mampu buat semua ni seorang diri. Macam mana Rae nak buat dua kerja dalam satu masa?"

Rae tetap menggeleng. Bukannya dia tidak sudi dan tidak bersetuju sepenuhnya tapi hati terlalu berat. Macam mana lah Rae nak terima dengan senang hati kalau wajah, tingkah-laku dan nama sama dengan arwah isterinya? 

"Jadi, Rae nak anak-anak ini hidup terseksa? Macam mana dengan nasib Rae pula? Siapa yang nak cari rezeki? Siapa nak jaga makan minum?"

"Kau tak perlu masuk campur urusan aku."

"Kesiankan anak-anak, Rae."

Rae yang mahu berlalu pergi itu terhenti langkahnya. Dia memandang wajah sedih Aleyah.

"Demi anak-anak. Tolonglah, izinkan Aleyah jaga dua bayi comel ni. Sekurang-kurangnya, mereka dapat merasa kasih sayang seorang ibu."

Rae diam lama. Matanya merenung anak-anak.

"Aku... Aku... Setuju."

Perlahan-lahan Aleyah menguntumkan senyuman. Hatinya lega mendengar keputusan Rae. Akhirnya, dia diberi peluang untuk menjaga kedua permata yang sungguh berharga.

SOULWhere stories live. Discover now