Tap tapBunyi tapak kasut tingginya berjalan di atas lantai marble mewah bangunan Syarikat Horizon Sdn Bhd.
"Hello, saya miss Nia, PA baru dekat sini.Boleh saya tanya mana meja kerja saya? " tanya Adresia Dania pada sekretari, Nelydia namanya.
"Oh hai miss Nia.Meja you dekat depan sana, yang ada pasu bunga ros merah tu" tunjuk Nelydia.
"Thank you".
Dia menyelesakan duduknya di atas kerusi kerja sebelum menyusun peralatan bekerjanya.Mata-mata yang dari tadi memandangnya tidak dia hiraukan.
Rasanya dia pakai tak seksi mana.Setakat plain blouse warna putih berlengan panjang dan skirt kain licin berwarna hitam dipadankan dengan heels hitam.Rambutnya pula separuh dia ikat dengan reben.Dia hanya memakai maskara, celak mata dan kening bersama gincu merah plum.
Tuk tuk
Satu tangan mengetuk mejanya.Dia berhenti menulis sesuatu di buku notanya dan mendongak pada empunya tangan.
"Y-yes? " tanya dia gugup semacam.
"Inside my office, now" arah suara maskulin itu lalu berlalu masuk ke bilik bosnya.Oh itulah bos dia.Ingat tua tapi takdelah tua mana.Nampak matang.
Tok tok
Dia melangkah masuk perlahan-lahan.Dia tidak tahu mengapa dia berdebar semacam.
"Eyes on me young lady" arahnya.
Adresia Dania mengangkat kepala melihat wajah bosnya.V linenya yang tajam, berjanggut halus, bibir kemerahan, hidung mancung, sepasang mata berwarna biru kristal yang tajam dan kening terbentuk cantik.
Betullah, bidadara dunia wujud.
"Yes bos? ".
"What should I call you? ".
"Nia, Dania" jawab Adresia Dania.
Zuhayr Fawaz mengangguk sekali.
"Nama aku Zuhayr, Zuhayr Fawaz.Bos kau.I'm 28 years old.That's all you should know about me I think" dia memperkenalkan dirinya.
"Memandangkan kau baru harini, aku nak kau take note beberapa perkara.Bila susun jadual aku, make sure tak kacau waktu lunch and tea time.Meeting penting aku akan hadir but other than that, Harith akan jadi wakil untuk aku so nanti kau berurusan dengan dia" Zuhayr berhenti sebentar untuk memberi masa pada PA nya untuk mencatat.
"Aku nak kau sediakan hot chocolate tiap-tiap pagi kerja for me.Mana-mana aku pergi, kau kena ikut termasuk lunch and tea time.Inform dekat aku kau dah balik so that aku tak tercari-cari kau" Adresia Dania tekun mencatit nota ringkas.
"And please, stay profesional while working.Aku tak boleh bekerja dengan orang yang ada isu personal.Kalau buat silap sikit aku tak kisah but not a big mistake.Kadang-kadang aku ada meeting mengejut so kau kena prepare siap-siap" sambungnya lagi.
"That's all" putus Zuhayr Fawaz.
"Okay bos, saya minta diri dul-".
"Aku rasa kau boleh mula buat air aku nak sekarang" potong Zuhayr Fawaz.
Adresia Dania mengangguk patuh dan beredar keluar.Dia terus bersandar di sebalik pintu.Lemah kepala lututnya.Rumit betul kerja dengan lelaki itu.Takpe,awal-awal kerja memang rasa susah.
Dia membetulkan pakaian dia dan bergegas ke pantri untuk bancuh air lelaki itu.Selesai menghantar, dia sambung kerjanya yang tergendala balik.
---------------------------------------------------
Adresia Dania mengemas barang-barangnya selepas melapor diri pada Zuhayr Fawaz untuk balik.Sudahlah dia dan bosnya saja yang tinggal di pejabat.
Dia memeriksa semula beg tangannya, takut ada yang tertinggal.
'Okay lengkap' dia berjalan menuju ke lif.Dia menekan butang nombor 2.Bangunan syarikat Zuhayr Fawaz ada 40 tingkat.32 tingkat kerja, lagi 8 tingkat untuk letak parking.
Ting
Pintu lif terbuka.Nasib ada lampu, kalau tak macam mana dia nak cari keretanya yang nun jauh parking terceruk.
Dia melajukan langkahnya setelah merasakan seperti diekori.Jantungnya berdegup laju.Dia teringat kejadian 4 tahun lepas.
Tap tap
Bunyi tapak kasut seseorang berdekatan dengannya.Dia tidak mahu berpaling ke arah sumber bunyi itu.Dia mempercepatkan langkahnya lagi.Kenapa jauh sangat kereta dia ni!
Sampai sahaja pada kereta dia terus membuka kunci kereta sebelum-
"Hei! " terjerit kecil dia bila ada satu tangan menutup semula pintu pemandu kereta.Dia lantas berpaling.Siapa yang kurang diajar ni?
"B-bos! Terkejut sayalah" marah Adresia Dania.Sudahlah macam penyangak ikut dia.
"You left this miss Nia" tangan beruratnya menayangkan kunci rumahnya.Ah sudah, bagaimana dia boleh terlepas pandang.
"Thanks... " ucapnya sangat tidak dihargai.Sudahlah lelaki itu menakutkan dia tadi.
"Lain kali kalau takut nak pergi parking bagitahu aku, aku boleh je teman kau ke parking".
"Beside, it's too dangerous for a young lady like you berseorangan macam ni.Kau baru dekat sini, so better berjaga-jaga sikit.Jangan berani sangat nak berjalan sorang konon-konon independent woman.Kau di bawah tanggungjawab aku selagi kau tak melangkah keluar dari bangunan ni" tegur Zuhayr Fawaz.
Adresia Dania diam mendengar.Sudah terang dia salah, takkan nak menjawab pulak.
"Faham? " Zuhayr Fawaz menundukkan kepalanya mendekati wajah menawan Adresia Dania.
Adresia Dania terkebelakang.Lelaki ini terlalu selamba dan touchy.Dia kurang selesa.
Zuhayr Fawaz menjungkitkan kening kiri tanda mahukan jawapan.
"Faham" balas Adresia Dania perlahan.Zuhayr Fawaz menurunkan tangan kekarnya yang memagar tubuh ramping PA nya dan menjarakkan tubuhnya.
"Go home now" arah Zuhayr Fawaz dingin.
Adresia Dania terus masuk ke dalam kereta dan menghidupkan enjin.Bosnya kekal berdiri di sebelah keretanya seperti menunggu dia pergi.
Dia menarik gear lalu menekan pedal minyak, bergerak keluar dari ruangan parking.
Zuhayr Fawaz kekal berdiri memandang kereta Honda Civic Adresia Dania sehingga hilang dari medan penglihatannya.
"Scarylah dia tu.Baru first day kerja, dah takutkan aku" rungutnya perlahan ketika memandu.
"Tapi baik juga dia kan, sanggup dia kejar aku turun ke bawah untuk bagi kunci aku" komen Adresia Dania.
Tetapi Zuhayr Fawaz terlalu mencurigakan.Dia tidak tahu mengapa dia rasa begitu.Cuma kadang-kadang aura lelaki itu membuat dia berasa tidak selesa.
Sepanjang dia bekerja tadi pun, dia rasa mata helang lelaki itu memerhati dia di sebalik dinding kaca tinted.
'Perasaan aku je kut.. Buat apa dia nak tengok aku.Bukannya aku lawa mana.Perasanlah kau ni' bisik hatinya.Dia menghalau tanggapan buruk.Tak berkat rezeki dia kalau bersangka buruk dengan bos sendiri.Baru masuk kerja.
---------------------------------------------------
Korang sumpah peti sejuk aku rosak ke sebab ending the chosen wife?
Asal kebetulan sangat eh peti sejuk aku rosak hari ni
YOU ARE READING
The Faceless Man
ActionKarya Kelima "Tolong! " jerit Adresia Dania. Dia berlari sekuat tenaganya.Dia perlu selamatkan dirinya segera! "Ah!" nasibnya malang bila dia tersadung dan jatuh ke jalan tar. "KAU NAK LARI MANA HAH?! " laung satu suara lelaki. Dia cepat-cepat ba...