"Morning bos, dah sihat? " sapa Adresia Dania ramah setelah nampak batang hidung bosnya masuk kerja.
Zuhayr Fawaz menjungkit kening pelik.Tidak pernah-pernah PA nya itu ramah mesra dengan dia macam ini.
"Aku sihat je.Sejak bila aku sakit? ".
"Oh ingat bos tak datang kerja sebab tak sihat.Yelah bos mana ada cakap apa-apa haritu" balasnya sambil mengukir senyuman palsu.
Dia cukup geram bila bosnya tidak memberitahu alasan ketidakhadirannya.Sudahlah ramai cari Zuhayr Fawaz selama seminggu lelaki itu cuti.Dia yang tidak tahu mahu menjawab apa hanya mampu menadah telinga dibebel.
Zuhayr Fawaz yang menangkap sindiran Adresia Dania mendecit.Nak buat macam mana? Dalam mulutnya memang ada segumpal emas.
"Buatkan aku air macam biasa" arah Zuhayr Fawaz melangkah masuk ke dalam bilik pejabatnya.
Adresia Dania menunjuk riak jengkel di belakang lelaki itu.Mati kehausan kut kalau tak buat air hot chocolatenya itu.
"Ini carta menunjukkan hasil tahun lepas daripada bajet yang kita keluarkan sebanyak 80%-".
"Bukan tahun lepas kita keluarkan dalam 75% ke? Mana datang extra 5% tu? Seingat aku, aku cuma luluskan bajet sebanyak 75% sahaja" sampuk Zuhayr Fawaz dingin.
Harith mula menegakkan badannya setelah atmosfera di dalam bilik mesyuarat itu menjadi tegang.Zuhayr Fawaz tajam memandang pekerja yang membentangkan pembentangan tersebut, Karl.
"Maaf, ada kesilapan dalam pembentangan" dalih Karl.
Zuhayr Fawaz mengisyaratkan untuk dia menyambung kembali.Dalam diam, dia memberi isyarat kepada Harith untuk siasat semula bajet sebenar yang dikeluarkan.Harith mengangguk faham.
"Nia, kau keluar dulu.Nanti aku panggil kau balik" arah Zuhayr Fawaz sebaik sahaja mesyuarat tamat.
"Macam mana kau boleh terlepas pandang benda ni? " soalnya tidak puas hati.
"Sumpah aku dah check.Memang duit bajet keluar cukup-cukup 75%.So aku tak tahu mana keluar 5% tu sebab dalam dalam rekod kewangan aku cuma catat 75% tu je untuk bajet 2021" terang Harith serius.
"Aku nak namelist yang terlibat dalam mesyuarat bajet 2021.Secepat mungkin" arah Zuhayr Fawaz.
Dia tidak akan berkompromi dengan pengkhianat.Akan dia hukum orang itu dengan caranya sendiri sebelum menyumbat masuk ke dalam lokap.
"Keluar and suruh Nia masuk" dia memicit pelipis dahinya.Tertekan! 5% itu bukan sikit tapi banyak.
"Yes bos? ".
"Kosongkan jadual aku lepas meeting ni.Aku tak nak jumpa sesiapa" pinta Zuhayr Fawaz perlahan.
Adresia Dania mengangguk patuh sebelum keluar semula.
Tup
'Stress betul muka dia, tak pernah-pernah aku tengok dia tertekan macam tu' gumamnya dalam hati.
Dia menelek jam di tangan.Sudah masuk minum petang.Biasanya, Zuhayr Fawaz akan minta dia beli makanan ringan seperti roti dan pastri.
Takpelah dia pergi beli juga walaupun bosnya tidak menyuruh.Dia pun tengah kebulur sekarang ni.
Tok tok
"Come in".
"Nah boss, for your tea times" hulur Adresia Dania.
Dia membeli beberapa biji donut chocolate, cheese tart dan Latte panas.Untuk dirinya pula dia hanya membeli sepotong kek Cheese New York dan hot Cappucino.
YOU ARE READING
The Faceless Man
AcciónKarya Kelima "Tolong! " jerit Adresia Dania. Dia berlari sekuat tenaganya.Dia perlu selamatkan dirinya segera! "Ah!" nasibnya malang bila dia tersadung dan jatuh ke jalan tar. "KAU NAK LARI MANA HAH?! " laung satu suara lelaki. Dia cepat-cepat ba...