TFM-Chapter 3

4.4K 185 10
                                    

"It was nice meeting with you Dato.Hope kita ada project bersama lagi next time" ucap Zuhayr Fawaz ramah.

Adresia Dania diam.Dia hanya bersuara jika perlu.Dia tidak selesa dengan pandangan Dato Muiz, rakan kongsi perniagaan dengan bosnya sendiri Dato Zuhayr.

"How about we have some lunch together? Lagipun this is our first time keluar makan" ajak Dato Muiz.

Zuhayr Fawaz berfikir sekejap.Adresia Dania berdoa dalam hati supaya bosnya menolak ajakan lelaki tua gatal itu.

"Sure, why not" hampa dia mendengar jawapan Zuhayr Fawaz.

"But I need to send my PA back to work place first.She have something to do" sambung Zuhayr Fawaz.

Adresia Dania terpinga-pinga.Bila masa dia ada kerja? Tapi tidak mengapalah, dia memang tak nak ikut makan sekali pun.

Zuhayr Fawaz menyuruh Adresia Dania mengekorinya ke luar.Ada sebuah kereta tersedia dengan pemandu.

"Kau balik dengan dia.Driver aku hantar kau" arah Zuhayr Fawaz.

Adresia Dania segera masuk bila pemandu kereta membuka pintu belakang untuknya.Sesekali dia menjeling memandang Zuhayr Fawaz di sebalik cermin kereta tinted.

Lelaki itu mengangguk sekali padanya sebelum berpusing masuk semula ke dalam bangunan.Apa maksud dia?


"Bos" panggil Adresia Dania sebaik sahaja Zuhayr Fawaz pulang dari makan tengahari.

Zuhayr Fawaz mengangkat keningnya tanda apa?

"Kenapa bos suruh saya balik? Bukan ke saya kena ada dengan bos?" tanyanya, dia mahukan jawapan.

"Sebab kau tak selesa nak makan sekali" jawab Zuhayr Fawaz ringkas.

"Saya tak cakap pun macam tu".

"Aku belajar psychology, so aku tahu body language orang tak selesa, orang yang menipu and all of that.Aku lupa nak bagitahu kau haritu" terangnya.

Adresia Dania kagum.IQ lelaki itu tinggi.Susah sebenarnya nak belajar bidang psychology kerana banyak fakta perlu dihafal dan dikaji untuk faham.Ianya akan ambil masa bertahun.

"Ada apa-apa lagi nak tanya? ".

"Nothing boss.Anyway..thank you for helping me out" ucap Adresia Dania perlahan.

Zuhayr Fawaz mengangguk lalu berlalu masuk ke bilik ofisnya.Adresia Dania duduk semula di tempatnya dan mengelamun.Lelaki itu terlalu misteri dan banyak rahsia.Menakutkan juga bila berdepan dengan orang yang faham bahasa tubuh.


"Weh, kau kenal tak tu? " tanya Sherry pada Juni.

"Entahlah tapi tu PA baru bos kan? Aku dengar orang panggil dia miss Nia" balas Juni.

"Kau perasan tak dia asyik berkepit dengan bos? Eyy gediklah! Baru masuk kerja dah tunjuk belang" kutuk Sherry.

"Aku pun perasan juga tapi dia tu sombong jugalah.Mana nak bergaul dengan orang.Konon-konon nak tunjuk dia fokus buat kerjalah tu" setuju Juni.

"Entah-entah dia nak goda bos.Yelah bos kan kaya-raya.PA bos sebelum ni pun macam tu juga.Eii murahan betul! ".

"Ah weh awal-awal haritu kecoh tau pasal dia sebab dia kan interview untuk jawatan PA tu and at the same day dia terus dapat jawatan tu.Kau tak pelik ke? Kita dulu interview sini ambik masa seminggu diorang nak call bagitahu dapat ke tak.Dia dalam masa sehari je dah dapat.Entah-entah betul dia goda bos" tebak Juni.

"Tak boleh jadi ni.Kalau biar lama-lama nanti dia naik kepala" putus Sherry.Juni mengangguk setuju.

Adresia Dania perasan dua orang pekerja wanita berbisik sambil menjeling padanya sesekali.Tapi dia buat tidak hirau.Biasalah bila kerja mesti ada yang tak suka.Lumrah hidup.Asalkan mereka berdua tak menyusahkan dia sudahlah.

---------------------------------------------------

"Nia, come in for a second" panggil Zuhayr Fawaz melalui telefon pejabat.Dia tidak suka menjerit.Baginya biadap.

Adresia Dania lantas bangun dan masuk ke bilik bos.

"Yes bos? ".

"Tolong carikan aku fail Johor Bahru, aku tak jumpa dekat meja aku.Maybe Harith lupa nak ambil dari locker" pinta Zuhayr Fawaz sambil membetulkan kaca matanya.

Adresia Dania mengangguk dan keluar semula.Dia menuju pada locker fail untuk cari fail Johor Bahru.Selepas beberapa minit mencari, dia jumpa.Ada di rak bawah sekali.Dia menunduk untuk capai fail tersebut sebelum dia mendengar bunyi kasut berhenti di belakangnya.

"So inilah PA baru bos, miss Nia hmm? Takdelah bagus sangat" sapa Sherry tidak ramah.

Adresia Dania bangun dari duduknya dan berdiri tegak memandang dua pekerja yang menjelingnya tadi.Dia menjungkitkan keningnya tanda tidak paham.

"Acahcah tak paham pulak.Eh perempuan! Kau tu baru je masuk sini so tak payah tunjuk bagus lah.Kalau rasa nak kerja lama dekat sini, jangan nak menggedik dekat bos" ugut Juni.

Adresia Dania memeluk tubuhnya.Dengki rupanya.

"Ada apa-apa lagi ke nak cakap dekat saya? " tanyanya selamba.

Juni dan Sherry membuntangkan mata.What?!

"For your information, dah memang tugas saya kena berkepit dengan bos especially bila ada kerja dekat luar.Dah nama pun PA, Personal Assistant which mean Pembantu Peribadi, what do you expect? Expect saya bekerja macam awak berdua? Saya bukannya jenis makan gaji.Tolong fahamkan dulu istilah PA tu sebelum nak serang saya.Saya expect awak berdua lagi cerdik dari saya.Dah lama bekerja kan" sindir Adresia Dania.

Sherry mengetap bibir geram.Kurang ajar!

"Ka-".

"Miss Nia, dah jumpa fail aku nak?" soal Zuhayr Fawaz yang muncul secara tiba-tiba.

"Erm dah bos.Baru je jumpa" jawab Adresia Dania berpura-pura seperti tiada apa berlaku.

"What you two doing here? Get back to your work now kalau takde urusan dekat sini" arah Zuhayr Fawaz tegas.

Sherry dan Juni cepat-cepat beredar dari situ.Sempat lagi mereka berdua menjeling padanya.

"Give it to me" Zuhayr Fawaz menadahkan tangannya.

Adresia Dania terus menghulur fail tersebut.

"Harini aku ada kerja lebih sikit so kau kena balik lambat.Aku nak minta tolong kau nanti" beritahu Zuhayr Fawaz sebelum berlalu pergi.

Adresia Dania mengetap bibirnya.Baru seminggu kerja dah kena balik lambat macam setahun bekerja.Sabar jelah hati ni.Dia yang ada kerja, aku pulak kena teman.Urghh!

Dia berpatah balik ke mejanya dengan hati sebal.Ni kalau tak naik gaji, memang dia santau lelaki itu.Suka hati kepala lutut dia je tahan orang balik lambat!

---------------------------------------------------

The Faceless ManWhere stories live. Discover now