Nasib dia baik yang Zuhayr Fawaz tidak merancang mahu tahan dia balik lewat hari ini.Dia terpaksa menipu lelaki itu dengan alasan dia merasa tidak sihat.Tipu sunat sekali sekala takpe kan?'Nak pakai apa eh? ' dia masih lagi belum bersiap.Dia keliru mahu memakai pakaian apa.Karang pakai macam mak Datin dia kata perasan pulak.
Kesudahannya, dia hanya memakai sweater oversize berwarna mauve dan seluar legging berwarna hitam.Rambut panjangnya dikepit dengan pengepit rambut.Jumpa kejap je bukannya nak pergi dating pun.
Krekk
Adresia Dania membuka perlahan pintu rumah.Sekarang sudah pukul 11 malam, jadi penghuni rumahnya sudah nyenyak tidur.Dia hanya membawa dompet dan telefon bimbit.
"Hunter.. " serunya perlahan.Dahlah gelap.Dia terpaksa guna flashlight telefonnya.Kalau tak memang tak nampak apa-apa.Umpama gelap masa depan.
Tap tap
Bunyi tapak kasut bertumit menyapa pendengarannya.Hunter muncul di sebalik gelap malam.Kuat sungguh aura lelaki itu.Hujan mula menitik-nitik lembut di muka bumi.
"Come" Hunter menarik lembut pergelangan tangan Adresia Dania.Wanita itu mengikut langkahnya.
Sebuah motorsikal Ninja Kawasaki 250 hitam legam terparking di hujung lorong.Lelaki itu menghulurkan satu topi keledar full mask kepadanya dan mengisyaratkan dia untuk naik sekali.
Seolah-olah dipukau.Dia menurut tanpa bantahan.Hunter menghidupkan enjin motor dan memecut memecah kesunyian malam.
"Awak nak bawak saya pergi mana? " tanya Adresia Dania sedikit kuat, cuba melawan bunyi enjin motor lelaki itu.
Enjin kuat-kuat nak pergi mana mat?
"Somewhere" jawabnya ringkas.
Adresia Dania semakin mengeratkan pegangannya pada pinggang Hunter bila lelaki itu memecut semakin laju.Seram.
Vroom
"Turun" arahnya.
Adresia Dania turun sambil berpaut pada bahu kekar Hunter.Tinggi sangat motor ni.Mereka tiba di sebuah bukit tinggi.Dia ternampak ada satu bangku berteduhkan pohon yang rendang.
Hunter melabuhkan punggungnya di situ tanpa menunggu Adresia Dania.
"Cantiknya" puji Adresia Dania.Dia duduk di sebelah Hunter sambil menikmati angin malam.
Sungguh indah permandangan dari atas bukit di bawah cahaya bulan.Nampak macam galaksi dengan lampu berkelip-kelip di bawah.
"Awak selalu pergi sini? ".
"Yes" balas Hunter yang baru menanggalkan topi keledarnya.Lelaki itu masih pakai topeng seperti kebiasaan.
"Kenapa awak tutup muka awak habis? " sudah lama dia pendam soalan itu.
"Sebab aku selesa macam ni.Not all heroes wearing a cap" Hunter menyandarkan tubuhnya di tepi meja.Santai sekali lelaki itu.
"Kalau awak tunjuk muka awak, nyawa awak dalam bahaya ke? ".
"Most likely, aku bukan orang biasa macam kau.Kerja aku membahayakan nyawa aku sampai satu tahap aku kena cover muka aku.To hide my true identity" terang Hunter tanpa disuruh.
"Kenapa awak tak kerja macam orang biasa? Kan lebih elok macam tu" cadang Adresia Dania.
"Aku pun ada kerja macam orang biasa, but lebih kepada nak cover kerja sebenar aku".
YOU ARE READING
The Faceless Man
ActionKarya Kelima "Tolong! " jerit Adresia Dania. Dia berlari sekuat tenaganya.Dia perlu selamatkan dirinya segera! "Ah!" nasibnya malang bila dia tersadung dan jatuh ke jalan tar. "KAU NAK LARI MANA HAH?! " laung satu suara lelaki. Dia cepat-cepat ba...