Usai memilih barangan yang ingin dibeli, Ares menolak troli yang penuh dengan barangan dapur menuju ke kaunter pembayaran. Dia tahu, sekarang ini dia menjadi tumpuan utama oleh orang-orang di sana. Begitu juga dengan Kaylene.
Kaylene diserang rasa cemburu. Mata menjeling tajam mereka yang melihat suaminya berkali-kali. Tidak pernah melihat lelaki kacak ke? Sibuk je usha suami kita.
Entah mengapa, kalau dulu cemburu juga tapi boleh dikawal, jikalau sekarang memang tidak terkawal. Terus lengan sasa Ares dia peluk erat. Pandangan tidak puas hati dilemparkan. Ada hati nak tengok suami orang!
"Relax little love, I'm all yours."
Ares bersuara perlahan. Kepala digeleng perlahan, lucu melihat karenah Kaylene. Sekejap pemalu, sekejap posesif sekejap kuat cemburu. Yang pasti, semua itu mencuit hatinya.
Kaylene sembunyi senyum mendengar.
"Tahu pun!"
Juruwang di situ sekadar melihat sambil tersenyum. Jujur saja, dia baru menonton video yang berdurasi hampir 2 minit yang menunjukkan Kaylene mengaku statusnya sebagai isteri Ares, pengarah Deveruex Empire yang mempunyai banyak syarikat kecil selain daripada syarikat agensi permodelan merangkap CEO syarikat penerbangan yang ditubuhkannya sendiri, Ar's Airlines.
Namun, juruwang itu sendiri tidak pasti sama ada perkara itu benar atau hanya sekadar marketing. Tetapi, bila fikirkan kembali, Ares tidak pernah menimbulkan kontroversi dan tidak suka menjadi tumpuan orang. Jadi, mungkin benar Kaylene memang isterinya. Cumanya perkara ini dirahsiakan kedua-dua belah keluarga daripada orang ramai.
"Kesemuanya RM 698.40 sen."
Ares angguk lalu sekeping kad kredit hitamnya diberi. Dalam banyak-banyak kad, kad itu juga yang menjadi pilihannya.
"Terima kasih."
"Your welcome! Hoho, let's go baby."
Kaylene sengih sambil berbalas mesra. Ares berwajah dingin sambil menggeleng perlahan , macam-macam lah isterinya ni.
Usai meletakkan barangan di dalam bonet kereta, Ares terus memecut laju meninggalkan lot parkir kereta tersebut dan mula membelok ke kanan untuk pulang ke rumah.
"Looks like you're getting more comfortable with me, gorgeous. Isn't that so?"
Suara tidak bernada Ares memecahkan tembok antara mereka. Hanya bunyi radio saja kedengaran. Itupun dalam suara yang perlahan dan masing-masing diam. Melayari emosi yang kian menguasai diri. Kaylene masih tidak sangka, Ares dan dia kini tinggal berdua? Indah mimpinya malam ini dan dia tidak mahu bangkit dari mimpi ini.
Perlahan-lahan Kaylene angguk. Kalau tidak, tak ada makna dia nak merajuk dengan Ares. Jatuh saham dia tau sebagai gadis diva!
Dua hari bersama dengan jejaka ini sejak pagi semalam membuatkan dia sedikit sebanyak makin selesa walaupun masih tidak biasa dengan mulut Ares yang terkadang terlebih gula dan terkadang tajam bak sebilah pisau.
YOU ARE READING
𝐓𝐫𝐨𝐮𝐯𝐚𝐢𝐥𝐥𝐞 𝐐𝐮𝐞𝐫𝐞𝐧𝐜𝐢𝐚
Romance𝐋𝐨𝐯𝐞 𝐊𝐚𝐲𝐥𝐞𝐧𝐞 - Gadis kacukan Melayu-Amerika diva yang terkenal dengan sifat menggodanya. Misinya hanya satu, misi menggoda encik suami. 𝐀𝐫𝐞𝐬 𝐈𝐬𝐡𝐚𝐧 - Jejaka tampan seduktif yang bersikap jual mahal dengan isterinya. Eh alih-alih d...