𝓐𝓻𝓮𝓼'𝓼 | 16

301 15 2
                                    

"You nak pergi mana?"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"You nak pergi mana?"

Kaylene melontar soalan saat retina mata menangkap susuk tubuh Ares yang segak berpakaian serba hitam. Ares yang ketika itu sedang memperbetulkan rambutnya, Kaylene pandang.

Ares tidak menjawab, malah sekadar senyum nipis. Kaylene menjeling tajam, melihat pantulan Ares yang sedang tersenyum nipis ke arahnya. Kecil besar kecil besar je aku tengok kau ni.

"You..." nadanya berubah meleret dan manja. Masih bersabar dengan encik suami yang suka sangat berahsia dengannya. Nampak sangat tak percaya dengan isteri. Kaylene memutarkan anak mata, menyampah. Ares masih statik di tempatnya, seolah-olah Kaylene tiada di situ.

"I tanya ni, you nak pergi mana?" ulang Kaylene lagi. Dia masih tidak berpuas hati selagi tidak dapat jawapannya.

Bukan apa, bagi Ares kalau dia cakap pun bukan Kaylene faham dan gadis itu tidak sepatutnya tahu akan perkara ini. Ini sepatutnya kekal menjadi rahsia dan sekarang bukan waktunya untuk gadis itu tahu akan hal sebenar.

"Aku ada kerja."

Kaylene memincing tajam. Boleh percaya ke suami aku ni?

"Betul? You tak tipu I? Tipu dosa tau, I tengok you ni macam terlebih kacak je harini." Ayatnya berbaur nada cemburu, tubuh dipeluk. Tubuh ditoleh, tangannya mula menepuk bantal, mengemas katil. Tidak mahu melihat wajah selamba jejaka itu. Menyakitkan hati!

Soalan Kaylene bagai angin yang berlalu, dibawa pergi begitu saja, tidak dihiraukan Ares. Melihatkan Ares bangun dari kerusi, laju Kaylene mengatur langkah berlari menerpa suaminya. Bibir diketap geram, mengundang kemarahan betul suaminya ni.

"Eh sabarlah encik shuben, laju laju nak pergi mana? Nak pergi jumpa isteri muda lah tu," perli Kaylene sambil memperbetulkan baju suaminya. Baginya, biarlah dia yang siapkan jejaka itu. Itukan tanggungjawab seorang isteri, jadi tidak salah.

"Pandai pula kau teka," bidas Ares selamba seraya memakai jam berjenama Rolex pada pergelangan tangan kanannya. Kaylene yang mendengar ketika itu sengaja menarik tali pinggang Ares dengan kuat sehingga Ares meringis kesakitan dalam diam.

Dia sengih sinis. Kemudian, dibetulkan kembali tali pinggang Ares. Ares hanya menjeling tajam. Kau tunggu aku bagi hukuman nanti.

"Pastikan you balik rumah sebelum pukul 11 malam! Kalau tak--"

"Kalau tak apa sayang? Hm?" Ares jungkit kening, memotong percakapan isteri jelitanya. Kaylene berdehem seketika. Cuba mengatur nafas, yang tidak stabil dek direnung Ares. Pandangan redup jejaka itu, oh sungguh berbahaya buat cik jantung Kaylene.

"Yo-you tidur luar malam ni, lepastu puasa seminggu! Tak payah peluk I, tak payah sentuh I. I tak nak cakap dengan you. Faham?" Nada digarangkan. Tubuh dipeluk. Ares dijeling manja. Ish, masa ini la kau nak tergagap gagap! Kaylene berdecit halus.

𝐓𝐫𝐨𝐮𝐯𝐚𝐢𝐥𝐥𝐞 𝐐𝐮𝐞𝐫𝐞𝐧𝐜𝐢𝐚Where stories live. Discover now