"Eh sudahlah Love, meh akak tunjukkan tempat dekat sini. Jangan risau, pandailah akak aturkan kerja untuk Love nanti," Puan Amanda senyum penuh makna. Dia tidak akan membiarkan seorang manusia pun menyentuh puan mudanya. Seorang pun tidak layak.
"Okey."
Kaylene senyum. Mereka berdua berjalan beriringan menuju ke tempat kerja gadis itu. Sebaik saja kelibat Puan Amanda kelihatan dari muka pintu pejabat wanita itu, terus keadaan di situ diam serta merta.
Senyap dan tiada satu pun suara orang bersembang. Kesemua mereka sibuk menghadap kerja masing-masing. Puan Amanda sengih sinis. Kaylene terkedu. Dapat dia rasa sendiri aura dingin.
Senyuman lebar tadi terus mati. Diri Puan Amanda yang ceria dan periang tadi terus berubah seratus peratus menjadi beku dan dingin. Tak berubah langsung perangai dengan suaminya, sama saja. Kedua-dua mereka dingin.
Kaylene diam. Tidak berani memanggung kepala melihat Puan Amanda yang merenung setiap seorang pekerja di sana.
"Attention!"
Serentak itu, kesemua mereka mengangkat kepala dan automatik terarah kepada Kaylene. Kesemua mereka terbeliak mata dan terjatuh rahang melihat Kaylene di situ. Apa pula gadis diva ini buat di sini? Ada urusankah dia di sini? Mereka semua akan dimaklumkan jika ada penerimaan model baru jadi dia ini siapa?
"She is Love Kaylene, our new intern and please treat her well. She will work under you, Mr Imran and I'm sure, semua orang dalam ni kenal dia. Kan?"
"Very well, right?"
Mereka semua teguk liur kasar. Takut dan gerun melihatkan wajah Puan Amanda yang bengis. Nada suara wanita itu cukup untuk memberi amaran kepada mereka bahawa dia serius dan tidak main-main.
Kecuali seorang gadis yang sama sekali tidak takut dengan Puan Amanda.
Irene Aurora Deveruex binti Tan Sri Alfred Deveruex.
Sepupu Ares, merangkap adik kepada Puan Amanda. Namun, Kaylene tidak tahu akan perkara ini.
Kaylene cukup kenal gadis berusia 26 tahun yang sebaya dengan suaminya ini. Bahkan, dari dulu lagi gadis ini memang tidak sukakannya. Dan tergila-gilakan suaminya sendiri. Kaylene ketap bibir geram. Namun, riak wajah cuba dikawal.
"Why do I need to treat her well? She's not even Ishan's wife."
Kaylene melihat kosong susuk tubuh seksi Irene yang tersenyum sinis. Dia tahu, sindirannya memang menusuk dalam ke jiwa Kaylene, namun gadis itu cuba beriak biasa seolah-olah tidak terkesan langsung. Puan Amanda memincing tajam ke arah adiknya. Memang mencari nahas betul lah perempuan ni.
"Get out or else..."
"Or what Iris Amanda Deveruex? You're gonna call the security guards? Do it then!" Puan Amanda makin membara mendengar suara sarkastik Irene. Irene berpeluk tubuh, memandang kakaknya dengan pandangan sinis.
YOU ARE READING
𝐓𝐫𝐨𝐮𝐯𝐚𝐢𝐥𝐥𝐞 𝐐𝐮𝐞𝐫𝐞𝐧𝐜𝐢𝐚
Romance𝐋𝐨𝐯𝐞 𝐊𝐚𝐲𝐥𝐞𝐧𝐞 - Gadis kacukan Melayu-Amerika diva yang terkenal dengan sifat menggodanya. Misinya hanya satu, misi menggoda encik suami. 𝐀𝐫𝐞𝐬 𝐈𝐬𝐡𝐚𝐧 - Jejaka tampan seduktif yang bersikap jual mahal dengan isterinya. Eh alih-alih d...