Bab 6

7.8K 185 0
                                    

"Ish....apa pasallah aku boleh jumpa dia hish.Bencinya kalau jadi camni.Aku ni pun satu,yang pegi jugak nak tolong tu kenapa hah kan dah dia tau kau ni cam mana.Ingatkan dapatlah rahsia2 acah2 takkan jumpa tapi....hishhh benci benci....arghhh".Otak Humairah ligat memikirkan kejadian yang berlaku sebentar tadi.Hampir nak gugur jantung dia apabila melihatkan wajah lelaki 'Mr Budiman a.k.a bakal suaminya tu yang sedang dimarahinya.Ye memang,memang dia tahu bahawa lelaki tadi merupakan Nazrin.Bagaimana dia tahu wajah Nazrin?Haih orang yang nak kahwin dengan seseorang yang kita tak kenal,mestilah jadi stalker dulu.Hehe facebook kan ado.Tapi permasalahannya sekarang ni,Humairah ni takut kalau2 si Nazrin tu balas balik apa yang Humairah lakukan apabila mereka kahwin kelak.Pada asalnya yang Humairah tahu si Nazrin pemalu orangnya,tapi apabila melihatkan kejadian tadi agak kecut perut jugalah Humairah namun digagahkan jua untuk membantu perempuan tadi.

"Hmm...takpe Humai,kita watlek jer.Alah lagipun bukannya aku tumbuk muka dia.Takde pulak aku muay thai dia kat situ,alah jangan takutlah Mai tapi kalau dia kenakan kau lepas korang kahwin,kau taekwando jer.Ahahahahaha Mai...Mai tinggi benor angan2 padahal bukannya kau tahu taekwando."Humairah bermonolog di dalam hatinya untuk menyedapkan perasaannya yang nampak agak cuak.Moga2 Nazrin dapatlah lupa kejadian tadi.Aminnn....

POV NAZRIN
Dalam perjalanan menuju ke pejabatnya,Nazrin seperti orang yang tiada perasaan.Masih berlegar legar di mindanya kejadian yang berlaku sebentar tadi dan dia tidak menyangka bahawa wanita yang kelihatan ayu itu adalah Humairah.Perasaannya kini bercelaru bukan kerana marah atau bengang,tetapi apa yang dirasakan kini adalah perasaan bersalah,menyesal dan arghhh!!!Malas rasanya nak difikirkan kejadian tadi."Argh lantaklah,nak risau apa aku bukannya tumbuk muka dia pun.Nak kata tampar mulut celupar dia yang comel tu pun tak.It's okay Humairah,soon you will be mine.Hehehe"Akal minda Nazrin mula berfikir nakal.Apalah agaknya nasib si Humairahkan,hmmm mungkin akan di permainkan Nazrin atau diperhambakan?Ouh tidak mungkin diperhambakan kerana Nazrin dah mula jatuh cinta dengan Humairah.Ngee ngee!

DI RUMAH
"Ita..itaa..ooohh...ita.Eh mana pulaklah dia ni orang dok panggil tak nyahut2,haih berangan lagilah tu.Datin Aznita oii awak kat mana tu,dah sampai bulan ke?"Datuk Arshad melabuhkan punggungnya bersebelahan isterinya yang sedang mengelamun jauh sehinggakan tidak menyedari kehadiran dan panggilan suaminya.'Eh dia ni aku dok sebelah pon dia tak sedar,parah ni!'."Aznita awak ni kenapa asyik mengelamun je."Tanggannya tuanya dilayangkan di hadapan muka isterinya."Eh abang bila balik?"Datin Aznita tersedar"Ya Allah,orang punyalah lama duk kat sini dah terpekik terlolong panggil nama dia,dia boleh tanya bila balik?Hmm sahlah awak ni tak sihat.Hah nak tanya ni....""Kenapa awak ni nak tanya siap minta izin bagai,hah tanya jelah" E'eh dia ni aku belum habis cakap dah dipotongnya haih "Awak ada masalah ke,cuba awak cerita kat saya.Setiap kali saya balik kerja,mesti awak termenung setiap kali termenung mesti saya balik kerja,hah cerciter cerciter" Amboi dah macam Usop wilcha pula gaya Dato Arshad ni.

Serasa serba salah pula Datin Aznita ingin menceritakan hal yang sebenarnya.Walaupun kisah ini sudah lama berlalu,tapi masih segar lagi di ingatan otak tuanya kejadian 20 tahun dahulu yakni satu kejadian yang meninggalkan sejarah hitam kepada keluarga Dato Arshad.Hal ini juga yang menyebabkan hubungan Dato Arshad dan bapanya merangkap bapa mertua Datin Aznita agak berantakan dan genap 20 tahun mereka tidak berjumpa.Bukannya Datin Aznita tidak tahu,walaupun suaminya itu tidak pernah bercakap walau sepatah pun perihal orang tua mereka namun di sudut hatinya ada juga rasa rindu kepada mereka yang kini berada di luar negara.Ya benar bahawa Dato Arshad ada mengupah spy untuk mengikuti segala perkembangan bapanya itu.Segala kenangan hitam yang berlaku sangat menyentap hati kecil Datin Aznita tapi dia pasrah dan redha kerana bapa mertuanya tidak bersalah.Biarlah dia simpan saja rahsia ini lagipun tarikh perkahwinan Nazrin lagi beberapa minggu jadi dia tidak mahulah kegusarannya ini menjadi tanda tanya kepada Nazrin dan abang kakaknya kelak,
"Erm tak de papelah bang,saya just terfikir pasal persiapan perkahwinan Yin tu jer.Dahlah awak pegilah naik atas segarkan badan nanti awak turun terus pegi laman tau,saya sediakan makan petang kat situ jer." Akhirnya Datin Aznita menyimpan sahaja niatnya itu dan menyuruh Dato Arshad menyegarkan diri setelah seharian berada di pejabat."Hmm betul ni awak okey?Hah yelah nanti saya turun Awak tu jangan lah buat kerja banyak sangat pandailah Nazrin tu nanti,hah saya naik dulu"pamit Dato Arshad.
"Yelah bang!!!!"

Mr.suami BudimanWhere stories live. Discover now