Bab 20

4.4K 102 0
                                    

Solat isyak pada malam itu berjalan dengan lancar tanpa ada tergagap gagap walau satu ayat.Eh?

Seusai doa habis dibacakan,Humairah menyalami tangan Nazrin dengan lemah lembut bersama kucupan hangat.Agak lama juga keadaan itu dan tanpa disedari tangan kiri Nazrin menyentuh lembut kepala Humairah sambil terkumat kamit mulutnya membacakan sesuatu yang tidak dapat didengari dengan jelas oleh Humairah.

Selesai ayat dibacakan,kepala diangkat dan mereka bertatapan lebih kurang 10 saat tanpa bicara.

"Ehem.."Nazrin memanaskan enjin pada malam itu untuk memulakan perbualan.

"Nilah isteri abang yang dok panggil abang Mr Budiman haritu ye.Amboi nakalnya sayang ye, so start today im your Mr Suami Budiman......"sambil tangannya dihulurkan acah2 perkenalan teman sepejabat.

Humairah mengerutkan dahinya sekerut kerutnya.Dah macam bumper jalan dah.Hehe.

"Sayang???"Humairah menyoal sambil menayangkan muka pelik.

"Err,emmm,aaa,hmmmm okay start today saya nak panggil awak sayang and awak kne panggil saya abang....boleh kan?" Pulak dah Nazrin ni gagap pulak dan apa jenis soalanlah yang diajukannya tu.

Tapi hakikatnya dalam hati Nazrin dah malu tahap 7 petala dah,baru nak cuwit muwit tapi si isterinya boleh buat muka pelik ermm 😥😥

"Yang abang blushing ni kenapa,mengalahkan perempuan pulak,okay Mai okay kalau nak panggil abang ABANG,but kalau nak bahasakan Mai sayang tu better nanti kot sebab Mai tak biasa lagi heh" Humairah menayangkan muka comelnya sambil matanya dikerdip kedipkan.Rasanya permintaannya itu tak keterlaluan sangat yelah lagipun mereka kahwin bukan atas dasar suka sama suka.

Nazrin berkira kira dan akhirnya mengangguk tanda setuju.Takpelah lagipun dia juga agak kekok untuk menyebut perkataan sayang tu.Tadipun hanya mencuba sahaja.

"Abang cuti berapa hari?" Humairah mengajukan soalan sambil melipat sejadah dan telekung yang mereka gunakan sebentar tadi.

"Abang cuti dua minggu,lagipun babah bagi cuti lama sikit sebab abang tak pernah ambik cuti unless emergency.Kenapa Mai tanya?"

"Ohh takde apa,saja tanya erm abang......." Humairah agak berkira kira untuk bertanya bagai nak diluah mati mak,nak ditelan mati bapak.

"Takpelah,saya turun dulu,abang nak apa2 tak saya bawakkan.?"

Nazrin mula pelik dengan kerenah isterinya itu.Bagai ada rahsia tapi taknak pula ditanya.Tak boleh jadi ni,nak kena siasat.

"Hmm takde kot,takpe satgi abang pun nak turun."

Seusai Nazrin bercakap,Humairah mengorak langkah namun langkahnya terbantut bilamana sepasang tangan memegang tangan kanannya dan pipinya dipegang dengan lembut.Panas!

"Humairah kalau ada apa2 nak tanya,cakap jelah abang tak marah.Humairah isteri abang dan abang takkan berahsia dengan Humairah cuma abang takkan cerita kalau Humairah tak bertanya.For me,past is past and you is my future okay? Dan abang harap Humairah ikhlas terima abang seadanya sebab abang ikhlas terima Humairah."
Tangan kanannya diangkat dan dikucup lembut diikuti senyuman yang dirasakannya sangat indah waktu itu.

Humairah terkedu namun dia menarik tangannya dan berlalu pergi sebelum dia berhenti di muka pintu,mukanya sekilas memandang Nazrin dan berlalu turun.

Airmatanya menitis.

Mr.suami BudimanWhere stories live. Discover now