Bab9

6.1K 159 0
                                    

"Aku terima nikahnya Nur Humaira Qalesya Binti Zahrul Adnan dengan mas kahwinnya 80 ringgit tunai......."setelah itu kedengaran suara suara wali dan para saksi mengucap kata sah secara berjemaah."Alhamdulillah,A'uzubillahhiminasyaitonirrajim.........walhamdulillah hirabbil alamin.Aminn."Bacaan doa yang dibacakan oleh tok kadi sebentar tadi menandakan berakhirnya saat saat getir bagi pengantin lelaki "Fuhhh ahahahha along,angah akhirnya aku dah jadi suami orang.Hehehe lengkap juga ahli keluarga kita ye.Lepas ni aku dah ada tanggungjawab tapi aku harap ikatan kita masih erat macam kita kecik kecik dulu eah along,angah,kak Azwa."Sayu kedengaran suara Nazrin sambil memeluk abang abang dan kakaknya.Dah jadi suami orang pun masih nak bermanja manja."Haah insha allah Akak pun harap lepas ni hubungan kita makin erat dan utuh,tak sangka dah besar dah adik akak ni hehehe dah jadi suami pulak tu.Yin ingat eah kalau kau ada apa apa masalah,jangan cepat melenting tau,kalau boleh tenangkan diri atau mintak tolong along ke angah ke.Jangan bertindak sendirian,kau tu walaupun dah 25 tahun tapi kau tu bukannya matang sangat.Hah akak cakap ni bukan nak perlekehkan kau tapi nak jadikan kau ni 'brilliant' dalam berumah tangga faham ni?"Tu diaaaaa nasihat panjang lebar dari Kak Azwa.

Terangguk angguk Nazrin macam burung belatuk mengiyakan kata kata kakaknya yang sorang itu."Ye kak yin faham,terima kasih kak bagi nasihat kat yin.Yin hargai sangat sangat.Yin janji lepas ni kalau apa apa jadi dekat hubungan kami,Yin takkan cepat melenting dan Yin akan cuba handle with care.Hahahahahahha."Kata kata janji yang diucapkan disambut dengan pandangan sinis abang abang dan kakaknya.Manalah mereka nak percaya dengan kata Nazrin ni kerana sewaktu masa dahulu kata kata inilah juga yang mereka dengar,alih alih jadi macam bulu berterbangan hilang entah ke mana."Hah dahlah Yin kau pergilah tu sesi membatalkan air sembahyang tu.Pengantin perempuan dah tunggu tu."Kak Azwa menyuruh Yin melaksanakan pembatalan air sembahyang.Nampak seperti muka Datin Aznita dah macam udang kena bakar.Heheh 'bengkek'lah tu pengantin lelakinya hilang.'Mak...mak.. akhirnya dapat jugak mak senyum dengan tenang,tapi ada satu hal yang mak lupa....lupa untuk menceritakan hal sebenarnya kepada Yin.Harap Yin tabah kan mak!'Kata kata yang diluahkan di dalam hati Azwa itu hanya dizahirkan dengan senyuman dimukanya.

"Ya Allah anak aku,Yin bangun nak......abang,along,angah,Azwa tolong!!!!!"
Apakah yang telah terjadi?Apa yang berlaku kepada Nazrin?

Mr.suami BudimanWhere stories live. Discover now