Bab7

6.9K 161 3
                                    

Seorang kanak kanak berlari lari mengejar belon air yang ditiupnya ,seperti dunia ini dia yang punya.Ahhh alangkah indahnya jika kita dapat kembali semula ke alam kanak kanak dimana segala masalah tidak perlu kita pikul,hanya keriangan sahaja yang mewarnai hidup.Namun kadangkala ketika zaman kanak kanaklah nostalgia hitam juga boleh berlaku yang meninggalkan kesan yang mendalam sehingga menjadikan seseorang itu pendendam.

"Ibu..ibu meh ahhh cini ain ngan Ocit,besh ni ibu.."Keriangan kanak kanak itu sambil bermain belon sabun dihulurkan kepada ibunya untuk diajak bermain sama.Keletah anak lelaki yang berumur 2 tahun itu mengundang senyum ibunya"Ocit jangan main jauh2 tau,takmaulah ibu takmau main ibu nak jaga adik ni.Adik tengah tido nanti ayah datang Ocit ajak ayah main sama ye."Sambil tersenyum ibu membalas "Okay ibu...."Keriangan kanak2 itu berganda apabila adiknya yang sedari tadi sedang lelap terjaga dari lenanya kerana mendengarkan suara ibunya."Mak bang ne?Ite nak ain ngan bang leh?"Anak yang terjaga itu memisat misat matanya sambil menanyakan abangnya."Oh anak mak dah bangun meh sini mak nak kiss sikit..mmuaahh.Tu hah abang,dah gi sana main ngan abang tapi jangan gi jejauh tau"pesannya "okeyy.

"Ab..ang...unggu..unggu...Yin nak itut men."Berlari lari si anak kecil mendapatkan abangnya yang sedang seronok bermain belon airnya."Ahahaha...weee..hahhhah....yuhhhu Yin epat2 meh cini main cama...beshhh"kata si abang sambil menunjukkan senyuman sehingga menampakkan giginya yang hanya berapa batang sahaja yang tumbuh.Tanpa diduga sedang adik berlari tiba tiba ada seketul batu terbang melayang ke arahnya dan tepat mengena wajah si adik."Huarghhhh.......akitt.....makkkk.....akitt makkk...abangggg akittt....huarghhhh"Meraung raung si adik dan si abang berasa takut melihatkan adiknya berlumuran darah dan ikut menangis sama di sebelah adiknya.Seorang budak perempuan yang comel menghampiri kedua beradik tersebut dan mengelap darah yang mengalir di muka si gerangan yang tidak dilenalinya itu.Sambil tersenyum budak itu berkata "Dah jangan nangis kakak dah lapkan luka kat muka adik nih.Nanti adik balik suruh mak ubatkan ye"Dua beradik yang sedari tadi meraung tetiba terdiam apabila melihat huluran dua lolipop oleh budak perempuan tadi.Teragak agak dua beradik itu ingin mengambilnya namun si budak perempuan tadi menyuruh mereka mengambil juga.

"Yin....Ocit...buat apa kat situ tu....kan ibu dah cakap main jangan jauh jauh dan jangan kacau orang."Si ibu menghampiri dan terdengar suara anak anaknya memanggil "Ibu....."si abang memanggil sambil memeluk kaki kiri ibunya."Mak...."Si adik pula merengek memandang ibunya.Setelah melihatkan wajah anaknya yang bongsu,terkejut beruk si ibu kerana kening sebelah kanan anaknya bengkak dan ada darah sedikit."Makcik......saya nak mintak maaf bagi pihak adik saya..tadi kami tengah bermain baling batu sapa yang paling jauh,tak sangka batu yang adik saya baling terkena wajah anak makcik ni maafkan saya ye makcik"Budak perempuan itu tertunduk menyesali perbuatan mereka.Si ibu tersenyum dan memandang anak perempuan itu yang tak silapnya berumur dalam lingkungan enam tahun.Si ibu mengusap bahu anak kecil itu"Hmmm takpe makcik maafkan tapi mana adiknya?" "Oh adik saya takut nak jumpa makcik jadi dia dah lari balik tinggal saya untuk meminta maaf lagipun mak kami ajar kalau dah buat salah mesti kene minta maaf."Si gadis comel itu petah berkata kata."Takpalah dik,makcik maafkan lagipun benda dah jadi adik sendiri pun tak sengaja kan takpa makcik maafkan.Hah Yin sayang kamu maafkan tak akak ni?"Si ibu bertanya sambil mengusap kepala anaknya namun si anak menggeleng gelengkan kepalanya seperti tidak ingin memaafkan"Nanak Yin nanak maapkan,yin enci ompompuan,huh"Si adik memalingkan mukanya daripada pandangan gadis kecil tadi,tersenyum si ibu melihatkan rajuk anaknya dan disuruhnya anak gadis tadi pulang sahaja ke rumah dan menganggap segalanya sudah selesai.'Sakit sangatlah tu haih budak kecik ni'getus hati ibu.

Disangkanya benci anaknya itu hanyalah seketika sahaja rupanya berlarutan hingga dewasa sehinggalah umurnya mencecah 25 tahun dan kerana itu jugalah dia mencari calon isteri buat anaknya itu.Kalau diungkitkan semula kisah itu pasti Nazrin tidak ingin mengingatinya kembali kerana malu.Tapi ada satu hal dimana Datin Aznita memang tidak ingin Nazrin mengingatinya,perkara yang hanya dia dan suaminya sahaja yang tahu iaitu perjanjian antara mereka dan bapa Dato Arshad."Ah sudahlah Ita lupakan jelah benda yang terjadi,tapi aku takut suatu hari nanti Nazrin akan terluka dan menyoalkan kenapa kami lakukannya aduh Ya Allah minta mintalah tiada perkara yang memecah belahkan aku dan anak anakku berlaku kelak,Amin'Datin Aznita berdoa dan terus menuju ke dapur untuk menyediakan makanan buat keluarganya.Tanpa dia sedar ada mata yang sedang memerhati dengan penuh tanda tanya.

Mr.suami BudimanWhere stories live. Discover now