2

21 8 6
                                    

"Your father head lah Cimpak!"

Airmata aku tidak berhenti keluar, eyeliner tebal yang aku selalu pakai bila keluar rumah terus comot. Apabila aku dengar apa yang Cimpak katakan di dalam panggilan tadi, aku terus meraung dalam kedai 7Eleven tu tapi kena halau pula.

Aku nampak kedai burger depan Jalan Ketam tu, dengan bangganya aku mendekatinya. Penjual tu terkejut. Dia fikirkan aku zombie.

Ya, pakcik. Saya akan jadi zombie selepas saya makan otak sempit si Cimpak.

Yum! Burger tepi jalan yang sudah dibayar itu digigit. Hampir separuh habis.

ARGHH! Aku rasa nak sepak dia! Kenapa banyak-banyak longkang, kenapa mesti sabun tu terjatuh dalam longkang depan rumah Cimpak?! Kenapa bukan longkang aku?! Walaupun ia tak jatuh dalam tab mandi aku, tapi aku masih akan gembira kalau sabun tu jatuh dalam longkang aku. Sekurang-kurangnya, depan rumah aku wangi!

Apa aku nak buat sekarang? Aku dah lah miskin! Kalau aku jual buah pinggang pun tak pasti lagi mampu ke tidak beli sebuku sabun tu! Mana aku nak dapatkan duit?!

"Hick! Hiuk! Hek—" tangisan aku berhenti apabila tangan seseorang datang menghulurkan sehelai sapu tangan berwarna merah.

"Jangan menangis. Tak comel."

Sabun Park | ChiminWhere stories live. Discover now