Dah tentulah aku dengan bangganya pilih sabun limited Park Jimin! Gila kau! Orang memberi, kita merasa! Tak gitu? HEHEK!
Lelaki dihadapan aku ini cuma tersenyum bila nampak aku mula berperangai seperti kera dapat bunga selepas dia menghulurkan sebuku sabun itu dari kot bajunya.
Pelik. Siapa je yang jalan sini sana bawa sabun? Sabun limited Park Jimin pula tu! Dia tak takut kena samun ke? Ah, lantaklah! Asalkan sabun tu aku punya! Hak milik mutlak Jeong Wasabi! YEAYYY!
"Gunakan sebaiknya dan jaga dia elok-elok. Takut terjatuh dalam longkang lagi sekali— Jumpa lagi."
Ha, you bet that! Mestilah aku jaga macam menatang minyak yang penuh! Aku takkan jadi macam Cimpak yang bangang lagikan otak sempit tu. Apa kejadah dia terjatuhkan sabun tu dalam longkang? Orang suruh pegang dan bawa pada aku je!
Aku pusing belakang dan lihat lelaki itu sudah hilang. Eh, lajunya. Dia tengah main sorok-sorok ke apa?
Tanpa berfikir panjang, kaki aku pantas berlari ke rumah. Takut kalau aku pula yang disamun!
YOU ARE READING
Sabun Park | Chimin
FanfictionGila tak gembira bila kau dapat secara percuma bath bomb limited keluaran Park Jimin, penyanyi terkenal di South Korea! Tapi aneh, kenapa benda lain pula yang keluar? ©Cover : latterin29_ Copyright © 2022 by pottaetto | COMPLETED