Macam mana..
Park Jimin.. Jimin klon? Macam mana dia boleh ada dalam tandas aku—
Telefon aku yang dah nak mati, tiba saja berdering kuat. Pantas aku mendapatkan telefonku tetapi panggilan itu telah dipadamkan. Semua mesej yang dihantar diabaikan tetapi jari aku pantas menekan satu voice message yang dihantar daripada Cimpak.
"Sabieeeee! Happy birthday sayang kurrrr! Aku gurau je tau bila aku kata sabun yang kau nak tu terjatuh dalam longkang bagai. Tak sangka kau termakan umpan tu, aku fikir kau pandai. Papepun, sabun tu masih ada lagi dengan aku. Aku saja nak gurau dengan kau, tak sangka kau marah sangat sampai tak nak angkat call aku. Ha, papelah. Sekejap lagi aku sampai rumah kau, jangan kunci pintu pula—"
Mata aku membulat selepas dengar ayat terakhirnya dan seperti dalam skrip k-trauma zaman sekarang, telinga aku menangkap bunyi pintu rumah aku sedang cuba dibuka. Aku nak sorok dekat mana ni? Rumah ni mana ada bilik! Cepat-cepat aku masuk dalam bilik mandi semula.
"Yoooo Sabz!"
Bunyi derapan tapak kaki seseorang seperti berlari menuju ke bilik mandi aku, membuat aku panik, darah tinggi, sakit jantung, otak terbang memikirkan situasi yang aku sedang berada sekarang. Aku memaling ke belakang dan waktu itulah..
Jimin klon keluar dari sebalik langsir plastik yang menjadi pembahagi antara ruangan jamban dan shower. Dengan hanya lilitan tuala di pinggangnya, dia pandang aku dengan wajah pelik sebelum terus berpusing ke belakang (malulah kut), membuatkan mata innocent (😇) aku terus memandang bahagian bawahnya (nampak tak Jimin klon ni yang salah).
Tuala pink aku.. memeluk pinggang putih gebu mulus dia seakan tidak mahu bagi aku free show langsung. Eh tadi muka dia je yang tukar warna merah jambu tapi kenapa sekarang satu badan dia bertukar warna merah jambu.. macam dia blushing satu badan—
kREAK! Pintu bilik mandi dibuka.
"Sabiebieee! Wae you dun jawab bila I call—" Cimpak yang tiba-tiba merempuh masuk bilik mandi aku macam orang tak ada akal, terus terkaku dengan apa yang mata dia sedang saksikan sekarang ini.
Mungkin, dia terkejut dengan rupa punggung bulat Jimin, aku rasa lah.
KRING! KRING!
Telefon aku berdering, terpancar nama mama dihadapan skrin telefon aku. Wehwehweh, jangan cakap mama ada depan rumah aku juga! Mana aku nak sorok mamat ni?!
"Cim, kau jangan mula fikir benda bukan-bukan! Mamat ni— OI KAU PERGI PAKAI BAJU SEKARANG!"
"T-Tapi saya takde baju.." Perlahan suara dia berkata, buat aku pula yang rasa blushing.
(APAHAL DIA NI CUTE SANGAT ARGHHHHHHHHHHHHH!)
Aku berdehem, cuba menghilangkan rasa nak gigit mamat ni. Tiba-tiba, bunyi pintu rumah aku diakses masuk membuatkan aku gelabah. Lamak, mama ni tak boleh tunggu lah!
Aku berpaling ke arah Cimpak yang masih berdiri dihadapan pintu tandas aku, baru saja mahu menyuruh dia tolong cover aku dengan kedatangan mama, tiba saja dia menjerit/flexing/merajuk dengan kuat.
"Sabz, apa niiiiiiiii?! Kau buat maksiat dengan pelanduk dua serupa Jimin tak ajak aku pun! Kata kawan sampai jamban!"
"Watchu talkin'?" Pintu rumah aku terbuka luas, barangan yang berada di tangan ibu diletakkan perlahan-lahan ke atas lantai, beg tangannya dibuka dan keluarlah musuh pertama aku sejak dari zaman jahiliyyah.
Selipar Jepun haelmoni.
Dengan begitu, tamatlah riwayat seketul Wasabie.
the end
Alhamdulillah, tamat sudaaah. Thank you for all the supports >< ❤️💜🧡💛💚💙!!
PHEWWW setelah bertahun aku tak aktif dalam dunia oren ni ekceli bape bulan je ye aku tahu tapi ni apa yang hati aku rasalah, AKU RINDUUUUU GILA NAK MENAIP WEHHHHH :(( SPM buat aku gila tapi sekarang aku on the way to STPM so korang dah boleh expect la yang aku akan mati terus dari dunia oren cinonet ni :))
Disebabkan ketidakpastian ini, aku hadiahkan korang cerita pertama aku pada tahun 2023 ni HEHEHEHE banyak yang aku dah buat dalam draft SOOOOOOO jangan risau naaaah. Aku akan kambek dengan cerita yang lebih menarik, bersama author yang lebih bagus dari aku untuk buat cerita yang takkan pernah korang baca HAHAHAHAHAHAHA okay itu sounded sangat pelik tapi papelah.
Baidewayyyyy, ayat-ayat dalam kurungan tu ayat dari dalam kepala Wasabie tau. Bukan ayat aku KAHSHAJAHAHAHAHAHH KAU JANGAN MEMACAMMM
Okaylah. See you again on my next project, bb! Babai!
YOU ARE READING
Sabun Park | Chimin
FanfictionGila tak gembira bila kau dapat secara percuma bath bomb limited keluaran Park Jimin, penyanyi terkenal di South Korea! Tapi aneh, kenapa benda lain pula yang keluar? ©Cover : latterin29_ Copyright © 2022 by pottaetto | COMPLETED