Read while listen to the song ♡
Di Los Angeles
Kau dah kenapa Daniel? Sejak kebelakangan ni aku tengok kau macam kurang fokus je. Soal kawan baik Daniel yang juga pembantu kanan Daniel bernama Qeen.
Oh, aku okay je. Jawab Daniel
Kau jangan tipu aku. Kita dah kenal hampir 10 tahun kut. Aku tahu kau sekarang tengah fikir sesuatu kan. Kau cerita jelah kat aku mana tahu aku boleh tolong kau.
Aku bukan taknak cerita Qeen cuma aku rasa nanti aku cerita kang kau fikir aku ni yang salah dalam situasi tu. So aku fikir better aku sendiri je yang tahu.
Mana boleh macam tu Daniel. Kau ingat aku orang luar ke?
Ni mesti kes pasal perempuan kan? Kalau pasal syarikat pun kau takkan sampai jadi macam ni. Teka Qeen.Kalau betul apa yang aku teka ni, aku ada satu nasihat untuk kau Daniel.
Kalau kau betul suka kat seseorang tu, kau jangan jadi pengecut. Even kau ada buat salah pun kau kena berani hadapi dia and jujur dengan dia. Sebab perempuan akan percaya dengan lelaki yang ada sentiasa dengan dia jujur dengan dia walaupun dia tahu kau ada buat salah. And kalau kau buat salah pun kau boleh je mintak maaf kat dia, terang baik² apa niat kau sebenarnya.Aku yakin dia akan faham. Qeen cuba memberi nasihat kepada Daniel kerana risau akan sahabatnya.
Daniel mendengar nasihat Qeen dengan sangat tekun.
Daniel mempertanyakan satu soalan kepada Qeen. Tapi kalau dia tak suka kat aku? Apa aku nak buat? celah Daniel
Kalau pasal ni memang aku tak boleh nak bagi nasihat sebab ni soal hati.
Tapi apa yang aku boleh kata kalau kau ada effort untuk dapatkan hati dia, aku yakin dia akan terbuka hati untuk terima kau. Tapi ingat jangan guna kekerasan untuk dapatkan sesuatu tapi guna hati yang ikhlas untuk dapatkan sesuatu.Daniel bagaikan terpanah mendengar nasihat dari Qeen. Qeen telah memberi dia sedikit motivasi yang menyedarkan dia.
Daniel terus memeluk Qeen lalu berkata "kau memang kawan terbaik aku". Kau tempat aku luah semua masalah aku.
Qeen tahu tentang itu kerana Daniel tidak pernah mendapatkan kasih sayang daripada kedua ibu bapanya dan adik beradiknya. Mereka menganggap Daniel sebagai musuh mereka. Saat dia terjumpa Daniel tiba² terimbau dimana waktu itu Daniel menangis berseorangan di tengah hujan. Entah bagaimana mereka berkawan dan telah bersama membina company yang telah terkenal seluruh dunia.
Sama ² Daniel. Lain kali kalau masalah cerita je kat aku.
Namun begitu Daniel masih lagi di dalam dilema masalahnya.
< SEBULAN BERLALU >
Masih tiada langkah yang diambil oleh Daniel meskipun hatinya masih berpaut pada Sofia. Berat badannya pun semakin menyusut. Qeen yang melihatnya pun semakin buntu. Dia risau kesihatan kawannya akan terjejas.
< PETANGNYA >
Qeen mengajak Daniel untuk berjalan ² di luar kerana dia sudah jarang keluar dari biliknya. Selalunya rutin harian Daniel pada awal pagi dan petang dia akan berjoging di kawasan tersebut.
Daniel yang memandang muka Qeen yang teruja ingin mengajaknya berjalan ² terus mengangguk setuju.
Baru hari ni Daniel menghirup udara petang yang nyaman bersama kawan baiknya.
Qeen menegaskan kepada Daniel untuk tidak stress and release segala tension dia and nikmati pemandangan waktu petang di situ.
Daniel hanya tersenyum dia tahu kawannya cuba untuk menenangkan suasana pemikirannya. Meskipun suasana hatinya masih berat, dia tetap berkelakuan seperti biasa untuk tidak membuat kawan baiknya risau terhadapnya.
Daniel...panggil Qeen. Aku taknak kau sedih ² macam ni. Aku nak kau yang dulu yang tegas..cool and always happy.
Daniel hanya tersenyum tawar.
Ingat Daniel kalau kau nak ubati rasa sakit kat hati kau. Kau kena cari tempat kat mana kau dapat rasa sakit tu.
Apa kata kau balik ke Malaysia? pertanyaan yang simple dari Qeen tetapi membuat Daniel tersentak.
Daniel terimbau kenangan pahit dan manis dia di Malaysia. Secara tiba² kaki Daniel yang tadinya sedang berjalan tiba² terbehenti.
Kau okay tak ni? Tanya Qeen
Daniel merasakan sesak di dadanya. Qeen yang mengelabah memaut tangan Daniel. Tiba ² Daniel rebah disisi Qeen.
Dalam pandangan mata Daniel sebelum dia menutup matanya hanya terlihat wajah Sofia.
Qeen segera membawa Daniel ke Hospital.
Daniel menderita hebat disebabkan dia tidak dapat keluar daripada masalahnya. Dia yang kini sedang koma di hospital disahkan menghidap penyakit berkaitan depression.
Di sisi lainnya Sofia telah berjaya bekerja sebagai model. Namun adakah Daniel masih berada dalam hatinya. Adakah Sofia merasa seperti yang Daniel rasakan?
< BERSAMBUNG >
SPOILER NEXT CHAPTER ⏭️
1. Daniel pulang ke Malaysia
2. Daniel memulakan hidup baru dengan meninggalkan kekayaan serta syarikatnya di bawah kendali Qeen kawan baiknya.
3. Adakah usaha dan langkah yang diambil Daniel berjaya mendapatkan semula Sofia?
STAY TUNED!

YOU ARE READING
Obsession Love
Teen FictionUjian hadir dalam berbagai bentuk. Namun pada Daniel ianya hadir dalam bentuk manusia. Sofea menggoncang seluruh tenangnya. Namun hidup Daniel berubah menderita jiwa dan raga apabila berkenalan dengan Sofea. Akankah Sofea mengubati semula luka yang...