4 tahun berlalu,
Daniel ingin menguburkan masa silamnya yang menyakitkan dengan memulakan kisah baharu. Daniel memilih memulakan hidup baharunya dengan menjadi seorang Navy. Sepanjang 4 tahun yang lalu, Daniel mencari ketenangannya dengan berada di laut. Belayar di laut membuatkan dia tenang, seolah olah laut sedang menemaninya, memerhatikannya serta memeluknya. Oleh sebab itu dia memilih menjadi seorang NAVY.
Seketika terlintas sesuatu di kepala Daniel ketika dia berlayar :
Ya Allah
Luka yang dulu kini kian berparut.
Akan kah kau hadirkah wanita yang dapat menutup parut itu?
Meskipun parut itu tidak akan hilang walau apa pun caranya.
Kecuali diubati dari dasar nya.••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Tinggal di Malaysia selama 4 tahun membuatkan Daniel memilih menetap di Malaysia. Mempunyai keluarga angkat yang sanggup menerimanya merupakan sebuah hadiah yang berharga yang dikirim oleh Allah SWT membuatkannya begitu bersyukur. Alhamdulillah akhirnya dia merasa kehidupan berkeluarga. Tak cukup dengan itu, dia dihadirkan dengan seorang rakan yang begitu mengambil berat padanya. Rakannya itu merupakan antara sebab Daniel dapat masuk ke dalam angkatan TLDM menjadi seorang pewira negara.
Sungguh banyak yang berlaku sepanjang 4 tahun itu. Daniel menganggap semua itu ujian serta asbab Allah ingin dia balik ke pangkal jalan menjadi seorang yang lebih baik.
Daniel berserah segalanya kepada Allah sejak dari itu.
••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Assalamualaikum Adam, aku nak bagitahu kau, esok aku cadang nak datang Kelantan. Ye lah haritu kan tak jadi, ni nak confirmkan nak suruh kau ambik aku airport. Boleh ke?
Ye lah tu. Tut...tut tiba tiba tak jadi. Perli Adam.
Betul kali ni aku janji. Ni Tuan dah bagi aku cuti. Daniel dalam keadaan memujuk Adam.
Kalau macam tu esok aku ambik kau.
••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Adam mengambil Daniel di airport sekitar pukul 8 malam. Penerbangan Daniel yang delay membuatkannya tiba di lapangan agak lewat.
Dalam perjalanan ke rumah Adam
Nanti boleh lah kau jalan jalan kat Kelantan ni. Banyak tempat kau boleh explore. InsyaAllah nanti aku temankan.
Daniel hanya mendiamkan diri. Adam sempat mengerling ke arah Daniel.
Melihatkan Daniel hanya termenung dan memandang kosong keluar tingkap ,membuatkan Adam tertanya tanya apa yang sedang bermain dalam kepala kawannya itu.
Kau tengah fikir apa tu? Aku tengok kau duk termenung je. Kau sihat tak?
Eh Dam....aku okay je. Aku cuma pandang sekeliling bandar Kota Bharu ni. Indah kan?
Kau jangan tipu aku lah Daniel. Kau mestinya teringat pasal perempuan kat masa silam kau tu kan? Aku kenal kau lah bro. Waktu aku jumpa kau pun, kau dah ceritakan segalanya pasal diri kau. Kita dah janji takkan sorokkan apa pun antara kita.
Aku tahu kau masih tak dapat lupakan kisah tu.
Parut tu terlalu dalam bagi aku. Susah untuk aku lupakan semua tu. Atas apa yang aku dah buat kat dia. Aku berdosa Dam. Aku hamba Allah yang hina. Memang patut aku terkurung dalam kisah silam ni. Aku bersalah kat dia. Aku tak sempat mintak maaf depan depan dia. Meskipun dia tinggalkan parut luka tu kat aku. Aku cuma berharap dapat jumpa dia sekali lagi untuk lepaskan apa yang terbeban dalam hati aku. Aku nak lepaskan segalanya
Kali ini air mata Daniel sudah tak tertahankan. Kali ini merupakan kali kedua Daniel menangis di hadapan Adam.
Kali pertama sewaktu Adam pertama kali berjumpa dengan Daniel.
Aku hanya mampu beri semangat pada kau Daniel. Selebihnya kau yang kena tempuhinya.
Dah la takyah sedih sedih. Ingat kau datang sini nak bercuti. Bukan nak bersedih. Nanti bila kena belayar balik entah berapa bulan baru dapat naik ke darat balik. Perli Adam.
Daniel hanya senyum sambil menangguk.
Adam hanya berdoa dalam hati semoga ada cahaya yang dapat menyuluh mencerahkan kembali kehidupan rakannya itu.
Sesampai diri rumah Adam.
Assalamualaikum Ma, Adam dah balik ni.
Waalaikumussalam dah balik pun anak mama. Adam terus menyalami tangan mama itu.
Dalam kesempatan itu Daniel juga sempat menyalami tangan mama Adam. Assalamualaikum aunty. Sungguh dia amat merindui tangan seorang ibu.
Waalaikumussalam...kamu ni mesti Daniel kan.
Ye saya Daniel. Senyum manis dihamparkan kepada kepada Mama Adam.
Ha dah jum lah masuk. Mama dah sediakan makan malam. Daniel pun sekali masuklah. Boleh lah try makan makanan kelantan ni.
Terima kasih aunty.
Adam memimpin tangan mamanya ke meja makan.
Ha duduklah dulu Adam...Daniel. Mama pergi ambil pinggan kat dapur sekejap.
Mak Cik Kiah...
Ye Puan. Puan nak apa apa ke?Tolong bawakan pinggan ke meja makan. Adam dengan kawan dia tu dah sampai.
Baik Puan.
Puan Aisyah menghampiri sosok seorang gadis yang sibuk menyiapkan hidangan makan malam itu.
Nurul...dah siap ke tu?
Jomlah kita makan sekali.
Eh tak pe lah Puan. Lagi pun puan mesti nak spend time dengan anak Puan.
Eh takdelah. Makan ramai ramai baru meriah. Boleh lah Nurul temankan Aunty?
Nurul hanya bersetuju apabila Puan Aisyah menayangkan wajahnya yang seakan memujuknya itu.
Nurul hanya membututi langkah Puan Aisyah.
Mengapa hati aku tiba tiba rasa resah ni. Serasa darah mengalir begitu laju. Hujung jari terasa sejuk. Ada benda buruk nak jadi pada aku ke? Nurul bermain dengan andaian nya itu.
Ha duduk lah Nurul. Nurul? Nurul? Apa yang ditemenungkan kan tu...duduklah.
Oh...ya baik Puan.
Nurul menarik nafas lalu menghembusnya. Menghalau andaiannya tadi daripada menakuti dirinya.
Nurul mengangkat muka memandang sekeliling meja makan. Matanya terpaku pada satu sosok lelaki yang duduk tegak dihadapannya. Wajahnya seperti musim luruh.
Wajahnya terang seperti disuluh dengan mentari, tetapi hakikatnya wajah itu tersimpan seribu satu duka. Tetapi itu semua tidak mencacatkan satu pun ketampanan di wajahnya itu.
Merasakan wajahnya dipandang oleh lelaki tersebut, membuatkannya mengalihkan pandangan.
Ha Nurul ni Adam anak aunty dan ni Daniel kawan anak aunty.
Ha Adam, Daniel ini Nurul pekerja kat kilang Mama, dialah yang selalu teman Mama.
Cantik orangnya ....usik Adam
Nurul hanya mampu membalas pujian itu dengan senyuman.
Daniel yang masih diam di situ hanya memerhati. Ada sesuatu yang menarik perhatiannya iaitu segaris senyuman pada wajah gadis dihadapannya.
Senyuman itu sama persis dengan seseorang yang pernah mendiami takhta hatinya
Daniel memaksa dirinya mengetap bibir. Menahan air mata daripada menerjah pipi nya. Parut itu masih terasa baru setelah gadis itu memperlihatkan senyumannya.
Sewaktu itu Daniel hanya mampu berdoa dalam hati :
Ya Allah kau padamkan lah rasa sakit ini. KAU berilah aku kekuatan. KAU buka lah laluan untuk aku hidup bahagia. Ini lah yang mampu Daniel lakukan apabila rasa sakit itu menjelma.Tanpa disedari tingkah Daniel itu diperhatikan oleh Nurul.
BERSAMBUNG.....
YOU ARE READING
Obsession Love
Teen FictionUjian hadir dalam berbagai bentuk. Namun pada Daniel ianya hadir dalam bentuk manusia. Sofea menggoncang seluruh tenangnya. Namun hidup Daniel berubah menderita jiwa dan raga apabila berkenalan dengan Sofea. Akankah Sofea mengubati semula luka yang...