Bab 7

1K 26 3
                                    

Setelah 3 hari terlantar di hospital, akhirnya Daniel telah sedar. Perkataan yang pertama keluar dari mulut Daniel adalah

Sofia...Sofia...!!! Maafkan aku. Aku harap kau tak tinggalkan aku.

Qeen yang sedang tidur disamping Daniel terkejut lalu menghampiri Daniel. " Daniel kau dah sedar? ".

Aku kat mana sekarang? Kau kat hospital. Jelas Qeen. Kau dehydrated. Qeen berfikir ini bukan waktu yang sesuai untuk memberitahu kepada Daniel penyakit yang dihadapinya.

Aku nak balik, tegas Daniel. Kau tak sihat lagi Daniel, kata Qeen cuba menghalanginya.

Daniel tidak mengendahkan Qeen. Dia mencabut jarum yang ada pada tangannya.

Daniel...Daniel panggil Qeen.

Aku nak balik Malaysia. Aku dah buat pilihan. Aku taknak dibelenggu perasaan pengecut aku lagi.

Tapi kau...
Aku okay Qeen. Aku serahkan syarikat bawah kendali kau. Kalau ada masalah call je aku.

Hmm...okay Daniel. Qeen hanya bersetuju. Dia tidak lagi menghalangi Daniel pergi kerana mungkin Daniel telah berfikir masak ². Oleh sebab itu dia mengambil keputusan sebegitu.

Jaga diri baik ². Kalau kau perlukan aku kat sana, cakap je. Aku akan datang.

Daniel membalas dengan senyuman yang jarang sekali dia tunjukkan. Lalu berlalu keluar dari bilik tersebut.

Qeen tidak dapat menahan sebak di dadanya lagi. Dia amat sayang akan persahabatan dia dan kawannya itu. 10 tahun perkenalannya dengan Daniel merupakan kenangan terindah yang dia ada. Tapi apakan daya demi kebahagian Daniel dia sanggup biarkan Daniel pergi.

8.30 malam < tiba di airport LA >

Tunggu Sofia..Aku datang. Daniel menarik nafas panjang lalu mengorak langkah memasuki pesawat.

8.45 pagi < di Malaysia >
PESAWAT INI AKAN MENDARAT DALAM MASA 10 MINIT LAGI. DIMINTA TUAN / PUAN BERSIAP SEDIA SERTA MEMAKAI TALI PINGGANG KESELAMATAN UNTUK MENGELAKKAN PERKARA TAK DIINGINI BERLAKU SEMASA PENDARATAN.

Daniel merasa jantungnya berdegup kencang kerana sebentar lagi dia akan bertemu dengan perempuan yang dia cintai.

9.00 pagi
Akhirnya pesawat mendarat dengan selamat. Daniel berjalan ke pintu keluar pesawat. Cahaya matahari memancarkan tepat pada mukanya seolah olah menyambut kedatangannya.

Daniel yang mempunyai muka seperti kacukan korea memakai kemeja putih yang dilipat sehingga siku dan memakai seluar hitam beserta jam tangan mewah telah menarik perhatian beberapa orang di kawasan tersebut.

Weh...weh tengok tu macam mafia doh..memang ciri lelaki idaman aku. Celah seseorang di situ.

Daniel tidak menghiraukannya. Dia hanya terus menelefon grab untuk membawanya ke hotel tempat Sofia bekerja.

< Sampai di hotel >

Hi.
Ye encik, nak check in ke.
Yes for 3 days.
Excuse me, may i ask something.
Sure go ahead.
Pekerja nama Sofia ada tak?
Maksud encik Sofia Eliana?
Yes.
Oh cik Sofia dah sebulan yang lalu berhenti kerja.

Alangkah terkejutnya Daniel mendengar perkara tersebut. Harapan dia ingin bertemu Sofia seperti telah dikuburkan.

Tiba ² dia ternampak sosok perempuan yang dia kenali di sebuah skrin televisyen di lobby hotel. Segera dia datang mendekati televisyen tersebut.

Tanpa dia sedari itu adalah perempuan yang dia cintai.

Sofia yang dulu seorang pekerja hotel telah menjadi model yang berjaya dan dikenali ramai. Air mata menitis dipipi Daniel . Dia tidak tahu sama ada itu kabar gembira atau kabar duka buatnya. Tetapi Daniel tidak mencurigai lelaki yang berada di samping Sofia dan menganggapnya sebagai manager Sofia.

Daniel kemudiannya duduk di sofa kerana tertarik dengan wawancara tentang Sofia.

< Di wawancara tersebut >

Wartawan : Apakah perasaan cik Sofia apabila terpilih menjadi salah satu model syarikat terkenal "Dailey"?

Sofia : Saya sangat terharu kerana pihak Dailey mempercayai saya untuk menjadi model mereka. Saya harap saya dapat bekerjasama dengan mereka dengan jayanya.

Wartawan : Oh cik Sofia kami ada satu soalan yang ingin dipertanyakan yang sering disebut oleh peminat² cik Sofia.

Sofia : Oh silakan ².

Wartawan : Siapa sebenarnya lelaki yang berada di samping cik Sofia ini?  Adakah manager atau teman lelaki?

Sofia : (xxx) Sofia ketawa kecil kerana dia hanya manager dia. Sebenarnya dia..

Tiba² perkataan Sofia dicelah
Awak tanya siapa saya sebenarnya. Saya Calvien Mark. Teman lelaki Sofia.

Wartawan : Wah teman lelakinya rupanya.

Untuk pengetahuan semua saya dan Sofia akan bertunang pada bulan hadapan.

Wartawan : Tidakkah ini terlalu awal untuk diumumkan?

Saya hanya tidak ingin ada yang cuba merampas atau mengambil kesempatan ke atas Sofia. Oleh itu saya mengklarisifikasi perkara ini awal ².

Sofia : Calvien! Sofia terkejut dengan jawapan tersebut meskipun apa yang dikatakan Calvien ini ada membawa kebaikan kepadanya. Supaya tiada lagi orang yang cuba mengambil kesempatan ke atasnya. Tetapi dia tidak mencintai Calvien. Hatinya telah ada seseorang. Sofia hanya berdiam.

Wawancara tersebut ditamatkan.

Daniel bagaikan tak percaya dengan apa yang didengarinya. Hatinya seperti hancur bagaikan hempasan kaca ke lantai.

Sofia...betul ke apa yang aku dengar ni. Aku ingat kau pun rasakan yang sama dengan apa yang aku rasa. Rupanya lain. Aku datang bawa harapan baru tapi harapan palsu yang aku dapat. Daniel menyalahkan apa yang terjadi ini adalah salahnya. Alangkah dia tidak pulang ke LA pada waktu itu mungkin ini takkan terjadi.

Daniel menangis seperti kehilangan sesuatu yang amat bermakna buatnya.

Daniel masih muda. Tetapi perlu melewati perkara yang membuatkan hatinya berhenti untuk mencintai seseorang. Adakah takdirnya ditetapkan untuk ditinggalkan oleh orang yang dia sayangi.

Daniel berjalan keluar dari hotel, meninggalkan bagasi yang dibawa di lobby. Dia bagaikan tiada semangat untuk teruskan hidup. Hatinya telah musnah berkecai kecai. Tiada apa yang mampu merawat luka di hatinya.

Kalau diberi peluang kedua untuk hidup dia hanya ingin hidup dengan kasih sayang kedua ibubapa serta adik beradiknya meskipun hidup miskin.
Daripada ada segalanya tetapi hatinya tetap merasa kosong.

Seketika hujan turun. Daniel masih berjalan dengan dibasahi hujan. Dia tidak tahu harus ke mana.

< BERSAMBUNG >

Obsession Love Where stories live. Discover now