Daniel meninggalkan negara tepat jam 10 malam dan berangkat ke Los Angeles pada malam itu juga.
Sofia juga memulakan kehidupan harian seperti biasa. Walaupun dia terfikir untuk meletak jawatan, tetapi dia memikirkan juga tentang masa depannya jikalau dia tidak bekerja.
Meskipun kejadian dia bersama dengan Daniel masih lagi segar dalam ingatan.
"JANGAN PUTUS ASA SOFIA"....Berkorban untuk masa depan kau jugak. Sofia memberi semangat kepada dirinya sambil meyarung uniform baru kerana uniform lama nya masih ada di dalam bilik Daniel.
Sofia berjalan ke lobby hotel dan perasan dirinya di tegur.
Sofia!...kau pergi mana 2 hari ni..menghilang macam tu je lepas kau kemas bilik 309?
Aku...aku ada hal kecemasan kat rumah tu aku balik cepat tak sempat bagitahu kau atau manager.
Hmm...aku tak boleh bagitahu Miya hal yang sebenar. Aku tak ready lagi bisik Sofia dalam hatinya.
Ouh..lain kali kau tak boleh buat macam tu. Risau aku dengan manager takut kau kena culik ke. Keluh Miya
Ha aku ada nak bagi tahu kau satu benda ni..
Ha apa dia?
Aku adalah pergi bilik 309...alasannya nak cari kau lah..sebab tu tempat last kau pergi.
Tamu bilik tu memang hensem weh and aku ada dengar dia tu antara orang terkaya kat dunia ni. Untung siapa yang dapat dia...kalau ada yang tolak dia pun aku rasa orang tu memang "out of brain".
Ada ada jelah kau ni Miya...
Ah btw aku lupa masa aku pergi bilik tu untuk tanya pasal kau. Aku ada terdengar macam bunyi benda jatuh. Aku nak tolong lah tengok or bersihkan benda yang jatuh tu. Tapi dia kata tak de apalah.
So aku pun tak ambil serious lah pasal benda tu. Aku pun pergi lah dari situ.
Oh yeke...Sofia dalam keadaan cuak kerana risau Miya dapat meneka sesuatu dengan perkara tersebut dan sebab kehilangan dia 2 hari yang lalu.
Ah... Kita dah sembang lama dah ni. Kau panggil aku sebab apa?. Sofia cuba mengubah topik.
Ouh..manager suruh kita ke bilik dia untuk atur kita buat kerja pembersihan kat mana.
Kalau macam tu jom lah.
Okay jom!- BILIK MANAGER -
Ha Sofia ada pun awak. Kemana menghilang. Saya ada urusan sikit Tuan.
Oh..tak pelah saya taknak tanya panjang lebar,setiap orang ada urusan kan. Betul tak?
Betul Tuan. Celah Miya
Saya panggil awak berdua cuma untuk bagitahu awak berdua ditugaskan untuk bersih kan bilik 309.
Bilik 309?...
Bukan dia check in untuk seminggu ke? Tanya Miya kepada manager.Oh soal tu saya tak berapa pasti kenapa dia check out awal dari tarikh yang sepatutnya.
Ouh..jadi Daniel dah takde kat sini lah. Lega hati Sofia apabila mendengar apa yang dikatakan oleh managernya.
Kalau dah takde apa ² kami gerak dulu Tuan.
Baik lah kalian boleh pergi sekarang.
Jom sofia..sofia Sofia. Nama Sofia dipanggil beberapa kali.
Eh Sofia jauh dah kenapa mengelamun jauh sangat tu sampai aku panggil pun tak dengar.
Aa..aku... Aku tak de apalah.
Sofia kalau ada masalah boleh cerita kan pada Tuan.
Takde apa lah Tuan.Kami gerak dulu Tuan. Dengan laju Sofia menarik lengan Miya untuk pergi keluar.
<><><><><><><><><><><><><><><><>
Kau okay ke tak ni Sofia. Aku okay je. Jom lah kita buat kerja. Aku rasa nak balik awal hari ni. Hmm..okay. Jawab Miya.Ha dah sampai bilik 309. Sofia...Sofia...sekali lagi nama Sofia dipanggil berkali kali.
Kau sihat ke tak sebenarnya ni? Aaaaku okay je.
Mana kunci bilik ni meh aku buka. Pelawa Miya. Ni kunci dia.
Untuk kali kedua aku menginjakkan kaki ke bilik ni. Perasaan gementar dan sedih masih menghantui diriku.
Sofia...aku kemas bilik kau kemas kat dapur. Boleh tak? Boleh jawab Sofia sambil senyum.
Hmm...kat sini lah tempat aku bertengkar dengan Daniel. Masih segar dalam ingatan aku yang aku menampar muka Daniel kerana terlalu marah. Perasaan serba salah tiba tiba menghiba kan hati ku.
- Sofia berjalan terus ke dapur -
Eh..ada makanan kat atas meja ni. Sofia terkejut kerana makanan di atas meja tersebut tidak dijamah sedikit pun.
Tiba ² Sofia terlihat sepucuk surat yang ditulis oleh Daniel.
Surat ni macam kena air..jangan ² Daniel tulis surat ni sambil menangis?
Tak mungkin..Sofia menindakkan perkara yang sebenarnya terjadi.Tiba tiba air mata Sofia menitis. Air mata menitis kerana dia terbaca sepucuk surat yang di tinggalkan di atas meja makan tersebut
Kepada Sofia Eliana,
Kalau kau dah baca surat ni bermakna aku dah takde kat negara ni. Makanan yang ada kat meja ni sebenarnya untuk kau. Aku sediakan makanan ni untuk breakfast sama sama dengan kau. And aku jugak nak ajak kau keluar date dengan aku untuk 10 hari je. Kalau kau masih tak suka dengan aku. Aku akan lepaskan. Ini semua aku dah fikir malam tadi. Tapi siapa sangka perkara lain pulak yang jadi. Aku mintak maaf dengan semua kelakuan aku terhadap kau. Aku tahu aku dah melampaui batas. Aku harap kau boleh maafkan aku. Kalau jodoh kita panjang, aku harap kita boleh berjumpa lagi. One more thing aku nak bagitahu kau yang kau "CINTA PERTAMA AKU"
Daripada Daniel.
So Daniel sediakan semua ni sebenarnya untuk aku. Sofia apa yang kau dah buat. Kau cakap kasar dengan dia kau tengking dia, and kau tampar dia. Sofia memarahi diri nya sendiri kerana tidak faham dengan niat sebenar Daniel terhadap dia.
Tapi kenapa aku rasa sebak dengan sepucuk surat yang Daniel tinggalkan ni. Kenapa aku nangis sampai macam ni. Kenapa dada aku sakit bila nama Daniel terlintas kat fikiran aku.
Air mata menitis tanpa henti sehingga membasahi pipinya. Suara Sofia yang serak serak dan sedang menangis kemudiannya di dengari Miya.
Sofia...Sofia!!!... Jerit Miya
<BERSAMBUNG>
YOU ARE READING
Obsession Love
Genç KurguUjian hadir dalam berbagai bentuk. Namun pada Daniel ianya hadir dalam bentuk manusia. Sofea menggoncang seluruh tenangnya. Namun hidup Daniel berubah menderita jiwa dan raga apabila berkenalan dengan Sofea. Akankah Sofea mengubati semula luka yang...