Aku adalah seorang ibu dari 3 orang bidadari kecilku, aku namakan diri ini sebagai Malina,cerita yang aku ingin sampaikan adalah alur jalan kehidupan nyata aku.
Aku telah pun berkhawin selama 6 tahun yang mudah untuk aku namakan suamiku dengan nama Kasha, perkhawinan ini bukanlah seindah macam orang lain,tiada hantaran,tiada kenduri,tiada pelamin dan hanya pernikahan pejabat kadi.
Namun semua itu bukan alasan untuk aku berhenti mencintai suamiku,aku terlalu sayang dan cinta padanya,bahkan aku sanggup lakukan apa saja demi untuk bersamanya, hanya satu harapan aku dalam perkhawinan ini adalah taat setia,aku nak jadi seorang isteri yang taat, aku impikan sebuah keluarga yang penuh kasih sayang,penuh kegembiraan.
Sebab aku tak pernah hidup dalam keluarga serba lengkap,dan aku tak ingin anak-anak rasa apa yang aku rasa waktu aku sebaya mereka, anakku yang aku berikan nama mereka yang pertama May(6tahun),Kedua Reen(2tahun) dan yang ketiga Maria(1tahun).
Merekalah bukti buah cintaku dengan Kasha, selepas adanya mereka aku seolah manusia yang mati dan hidup semula.
Keletah mereka memberikan aku satu kekuatan untuk aku terus berjuang, oh yaa.. aku adalah pesakit mental Anxiety disorder, depression disorder, psychosis.
Macam mana dan bagaimana aku boleh digelarkan pesakit mental,ini yang aku ingin sampaikan kisah kehidupan aku yang mungkin tiada penghujung kebahgiaan.
Dimana saat aku memerlukan seseorang untuk aku berpaut dalam kesukaran untuk aku bernafas, dalam sesak dan kesakitan yang mencucuk dada ini.
Aku diuji bila mana suamiku... Yaaaaa...
Entahkan aku tak mampu untuk luahkan pada sesiapa namun aku lestarikan luahan ini disini, mungkin inilah tempat aku bercerita kisah ku yang mungkin tiada makna untuk kalian.
********
Kasha, lelaki yang kusangka kan hanya aku dalam hidupnya yang akan sentiasa menyayangi aku setulus hatinya sungguhpun aku berharap disetiap pandangan matanya biarlah hanya diriku. Tapi tanggapan itu salah bagiku dan sekaligus penampar jiwa ini, dia duakan aku buat pertama kalinya.Pada kurang 5tahun perkhawinan kami,pada waktu itu May yang berumur 2tahun aku bekerja disebuah farmasi swasta sebagai Health advisor. Kasha pula bekerja sebagai Chef disalah satu hotel terkemuka di sekitar lembah klang.
Pada awalnya aku tak pernah syak wasangka pada Kasha,tapi beberapa bulan aku kerap bermimpi Kasha bersama wanita lain dan hampir setiap malam aku mimpikan hal yang sama malahan pernah aku menangis dalam tidur. Tanpa aku sedar Kasha kejutkan aku dari mimpi ngeri itu,laju meluncur air mata,aku luahkan padanya tentang mimpi yang aku alami,ku mengharapkan dia mampu tenangkan aku tetapi sangkaan ku sungguh tak diduga Kasha melenting padaku..
Dan itulah yang berlaku bila mana aku acap kali bermimpi hal yang sama,dan aku akan terima bidasan dari dia.
Hati ni berdebar aku tahu ada sesuatu yang berlaku dalam rumahtangga ini, aku selitkan doa yang istimewa,ku niatkan puasa ku demi mencari jawapan.
Semakin hari semakin aku perasan Kasha sepertinya hilang dari dunia nyata,kemana saja dia dan telefonnya tidur pun acap kali lewat pagi dan kadang aku dibiarkan sepi.
Selama mana aku digelar isterinya,aku tinggal bersama mertuaku bukan mudah ya untuk aku kentalkan jiwa dan mental aku, walaupun aku tahu aku orang luar yang tak diundang. Setakat ini alhamdulillah mertuaku sangat baik melayani aku sebagai menantunya terkadang aku merasakan seperti mempunyai ibu bapa yang lengkap.
Tapi, perjalanan ini tak mudah aku lalui pelbagai liku konflik diantara mertua, perselisihan faham antara biras dan iparku. Pernah aku suarakan dulu untuk mulakan hidup baru bersama suami walau hanya rumah sewa tetapi sahutan yang aku dapat tidak memberangsangkan. Ahhhh pedulikan hati ku dah cukup kebal untuk yang satu ini.
Tapi .. yang merebahkan dan menggelapkan duniaku adalah ... Dia yang bernama suami...
YOU ARE READING
Dari Dia Yang Ku Cintai
Roman d'amourMungkin rasa yang aku rasakan pada kau tak dapat membantu kau ke jalan yang sebenarnya,hingga kan kau mampu hancurkan aku untuk sekian kalinya. Bersama 3bidadari kecil ini,aku menanggung segala sakit yang kau beri. Lupakah kau padaku yang berjuta ka...