HM02

16 4 2
                                    


           Sebak aku tengok wajah Uwais yang sedari tadi asyik merengek nak ikut. Adli yang setia pujuk dia dan dukung dia bawa pergi jauh-jauh dari aku.. Mak Ngah tak bagi dia tengok saat-saat aku nak pergi ni sebab takut nanti dia mengamok nak ikut, dan boleh jadi masa tu aku berubah fikiran jadi macam-macam hal pula. Padahal tiket bas pukul 6 petang, lagi satu jam je.

Ini pertama kali ya aku nak berpisah jauh dengan semua orang. Rasa nak menangis, tapi masih rasa nak acah cool. Holla Rissa, kau takkan mampu bertahan punya. Tengok saja air mata Tok Yah, kau pun kompom akan merembes juga sekejap lagi.

"Bye, Rina. Jaga Uwais dengan Adli elok-elok tau. Jaga diri juga. Jangan skip breakfast." Salam. Peluk.

Dah, jangan lama-lama. Aku tak mahu ada sejarah menangis depan orang sejak masuk angka 20-an ni.

"Hang pun sama, Kak. Jaga diri. Bye."

Aku salam anak-anak Maklong, Shurah dengan Wani. Masing-masing tayang muka macam tenuk sembelit, konon-kononnya sedihlah aku nak pergi. Padahal dalam hati, bukan main seronok lagi sebab lepasni dah tak ada orang yang nak paksa mereka lipat kain sendiri dan basuh pinggan sendiri setiap kali lepas makan. Heh.

Beralih pada Maklong pula. "Aku dah kata tak payah pi, hang nak pi jugak. Ha, pi lah! Aku nak tengok sikit berapa juta hang nak bawak balik nanti. Jangan bawak balik jantan sudahlah."

Tak. Sekarang ni aku nak salam, bukan nak dengar tazkirah senafas dia tu. "Salam?"

"Hang ni memang jenis tak dengaq kata. Keras kepala." Sekali lagi dia bagi.

Aishh, tak boleh ke salam dulu baru maki? Dah setengah minit tangan aku dok terjulur depan dia ni. "Maklong, nak salam."

"Hang suka la kan dok jauh dari aku? Tak payah susah-susah buat hat nu, buat hat ni. Lepasni hang boleh la pi berjimba sakan kat kolumpo sana. Entah ka, jalan balik pun tak nampak dah lepasni."

Okay, yang ni memang betul-betul buat aku rasa nak menangis. Sumpah niat aku berdiri depan dia ni tak lain dan tak bukan cuma nak salam dia saja. Tak ada niat lain.

Kenapalah sel otak Mak Long Biba macam terlebih aktif petang ni? Ada tertelan ubat gegat ke?

Last-last, aku yang tarik sendiri tangan dia. Nak salam pun kena ada iklan.

"Tok..." aku senyum sehabis manis bila pandang muka Tok Yah. Aku hulur tangan, tapi Tok Yah bagi tisu. Okay, ini maknanya Tok Yah memang nak aku manfaatkan tisu tu dengan mengesat air mata duyung aku ni.

"Kakak... Jaga diri baik-baik dekat tempat orang. Ja..." Tok Yah geleng perlahan. Dia tak mampu habiskan ayat. Redup mata tuanya tak mampu lagi untuk aku tenung.

Sabar, Rissa... sabar. Jangan menangis sekarang. Jatuh saham kau kalau ada jiran-jiran yang nampak.

"Jaga solat, jaga iman... Lepasni dah tak dak orang yang nak teman Tok mengaji setiap malam. Lepasni dah tak.. Tsk... Dah tak dak orang yang nak potpet-potpet membawang dengan Tok. Lepasni..."

"Lepasni dah tak dak orang yang nak peluk Kakak setiap kali Kakak ada masalah." Aku teruskan ayat Tok. Menitis juga air mata betina aku.

Tok Yah terus tarik dan peluk aku. Erat. Kemas. Macam terlalu berat untuk dia melepaskan aku pergi.

"Kakak cucu kesayangan Tok, kan?" Sempat lagi aku berbisik sambil air mata tak henti mengalir.

"Ya. Cucu pertama. Cucu kesayangan. Cucu yang paling rajin." Pujian yang tak dapat aku nafikan keikhlasannya.

Mohon jealous ye cucu-cucu Tok Yah yang lain. Korang tu bukan setakat cucu pungut, cucu taguna pun ada.

"Maaf sebab tak dapat nak balas jasa Tok besarkan Kakak selama ni. Kakak banyak buat salah. Kakak hilangkan selipar Tok dekat surau, kakak guna senduk Tok sampai patah, kakak tutup pintu bilik air kuat sangat sampai pintu nak roboh, kakak terpijak spek mata Tok sampai terbelah dua. Semua salah Kakak. Kakak mintak maaf." Macam hari raya, tapi dah tentulah bukan.

Hawa MarissaWhere stories live. Discover now