-Dirumah Liza
Liza dan temannya Tijah dan mimia berkumpul membincangkan tentang rancangan mereka untuk menyingkirkan Aira daripada berteman dengan mereka, terutamanya menghindarkan Aira mendekati Azzorah.
Liza dengan wajah seriusnya tiba-tiba terkejut melihat Tijah yang tiba-tiba saja tertawa lepas.
"HAHAHAHAHA!!! Eh, Liza! Apa kata kita buat gosip yang membuatkan Azzorah marah dan benci dekat Aira! Amacam.. Setuju?" cadangannya Tijah pada Liza.
Liza tertarik dengan cadangan yang dicadangkan oleh Tijah,lalu Liza pun bertanya, "Ooh.. Wow, good idea.. Gosip yang macam mana tu?"
"You know me.. Of course lah gosip yang melibatkan keluarga Azzorah tu, biar makin panas! Kita kasih panas! HAHAHAHAHA"jawab Tijah.
" WOW! bagus idea tu! Aku setuju! "jawab Mimia lalu bertepuk tangan.
" tapi kenapa mesti libatkan keluarga dia? "soal Liza lagi.
Tijah tertawa sinis lalu menjawab," takkanlah kau tak tau Azzorah tu macam mana.. Kalau pasal keluarga dia.. Hey! Tak tau nak cakap apalah! Boleh membawa maut!"
" Boleh membawa maut?"Liza termenung sebentar lalu bertanya kembali,"Apa maksud kau?"
"Hey.. Liza.. Liza... Azzorah tu kalau pasal FAMILY dia kena fitnah.. Kena gosip sana sini.. Dia pernah cakap kat aku yang dia akan bunuh orang tu! Itu yang Tijah maksudkan Liza!" sergah Mimia.
Liza yang tadinya memandang Tijah lalu tertoleh kearah Mimia pula, tanpa berfikir panjang Liza pun menyetujui cadangan mereka.
" OKAY! AKU SETUJU! MUKTAMAD! dalam masa berapa bulan saja gosip tu akan tersebar satu sekolah, HAHAHAHA tak sabar aku nak tengok penderitaan kau... Aira, kau tunggu! Biar Azzorah sendiri yang membunuhmu!"
5 bulan kemudian...
Gosip yang dirancang oleh mereka bertiga itupun tersebar luas hingga satu sekolah mengetahui gosip yang memburukkan nama keluarga Azzorah.
5 bulan sebelum itu, Azzorah pergi ke Maldives bercuti untuk menenangkan fikirannya, kerana Azzorah yang mempunyai masalah tekanan jiwa.
Namun,setelah 5 bulan kemudian kembali ke sekolah dengan perasaan yang gembira, disambut dengan dukacita gosip yang merata.
Satu-persatu gosip yang direka oleh Liza dan teman-temannya masuk ke ruang lubang telinga Azzorah yang membuatnya marah dan kesal.
Difikirannya Azzorah sekarang adalah percutiannya di Maldives bukan membuatkannya semakin tenang namun bertambah stress.
Semua orang diberi ganjaran hadiah, supaya memberitahukan pada Azzorah bahawa yang menyebarkan gosip yang tidak benar itu adalah Aira.
Setiap jalan yang Azzorah lalui adalah gosip tentangnya. Seorang murid sengaja mendekat dan bercerita dengan temannya, "Eh kau tau tak? Classmate kita tu kan.. Azzorah tu kan.. Keluarga dia adalah PECANDU NARKOBA! And lagi satu aku nak bagi tau kau ni! Azzorah tu kan dia pernah BUAT ANAK! tapi kau tau? Dia pergi buang sebab takut kena marah dengan keluarga dia! HAHAHAHAHA"
Azzorah yang tadinya tidak memperdulikan apa yang mereka gosipkan, secara tiba-tibanya ia terkejut pabila dituduh sedemikian, sedangkan ia tidak pernah melakukan perkara yang memalukan dirinya dan juga keluarganya.
![](https://img.wattpad.com/cover/273452858-288-k166792.jpg)
YOU ARE READING
DI MANAKAH AIRA? [✔︎]
Mystery / ThrillerNovel ini telah lama dibuat, sejak tahun 2015 dan kini saya hanya memindahkan dan mengubahsuai sedikit karangan saya pada wattpad. Cerita ini mengisahkan kisah sekolah berhantu di sekolah menengah SMK MURNI LIMAU. Sekolah Menengah Kebangsaan Murni L...