Bab 5:Akhirnya

18 9 0
                                    

...

Ibu bapa Aira risau akan di manakah keberadaan anak tunggalnya mereka. Sedangkan Aira telah pun meninggal,namun tidak diketahui oleh sesiapa pun selama berbulan-bulan dicari.

Guru-guru yang mengenali Aira pun sering bertanya mengapa Aira tidak ke sekolah sedangkan Aira telah tiada. Azhar yang duduk di sebelah Aira itu juga sering ditanya oleh guru-guru.

Azhar menjadi risih akan soalan-soalan yang ditanya, Azhar lalu menjawab dengan nada yang sangat lantang sambil berdiri,"MANALAH SAYA TAHU CIKGU! SIALLAH! CIKGU INGAT SAYA HARI-HARI ADA DENGAN DIA KE? STALKING DIA KE? HUH!?"

Setelah menjawab dengan rasa yang tidak bersalah,Azhar kembali duduk dengan jelingan yang tidak puas hati.

Sekelas 4 Daun itupun terdiam melihat Azhar yang kini telah banyak berubah,Azhar yang dulunya dikenali sopan,jujur dan tidak pernah melawan kata namun kini agak jauh perbezaannya.

Di kantin sekolah

Azzorah, Liza, Tijah dan Mimia duduk makan bersama.

Tiba-tiba Liza menyapa Azzorah yang sedang menggigit peha ayam goreng.

"Eh Azzorah,kau tak pelik ke semua orang cari Aira?"

"Haahlah padahal baru berapa hari kat sini semua orang dah kenal kan?"sambung Mimia.

Azzorah yang selesai memakan peha ayamnya itu ia letakkan tulang ayamnya ke pinggan lalu mula mengerutkan dahi dan menatap Liza sambil berkata,"Kau....boleh tak kalau tak cakap pasal benda ni masa tengah makan?eh hilang selera aku tau tak!? biarlah dorang nak kata apapun yang penting kita just relax...FAHAM!"

Keadaan menjadi sunyi seketika, lalu raut wajah Azzorah berubah menjadi ramah dan menyambung kata-katanya,"Faham kan? Cheers~"

"Cheers~"balas mereka bertiga serentak.

Di rumah Azhar

Di malam hari, Azhar terbaring di katilnya sambil menatap telefon pintarnya dengan reaksi wajah yang sedih.

Di telefonnya terlihat ada gambar Aira yang telah Azhar simpan sebelum tega melakukan hal yang menjijikkan pada Aira.

Azhar menangis tak keruan ketika melihat wajah Aira di gambar tersebut. Tidak lama kemudian, Azhar mendengar suara tangisan yang ada pada luar tingkapnya.

Azhar membuka tingkap tersebut lalu melihat siapa yang menangis begitu jelas di malam hari.

Azhar tidak melihat sesiapapun diluar tingkap, iapun menoleh ke belakang tanpa menutup tingkapnya itu dan melihat Aira duduk dikatilnya dengan berhias cantik.

Azhar lalu bertanya,"Aira?buat apa dekat sini?"

Azhar tiba-tiba sahaja lupa bahawa Aira telah pun mati.

Aira tersenyum dan menjawab,"Nak teman Azhar lah" lalu memeluk Azhar dengan eratnya.

Azhar tergoda dan tidak menyedari dirinya bercumbuan  dengan Aira hingga mendekati luar tingkap.

Lama-kelamaan semakin hampir jatuh daripada luar tingkap, Aira melepaskan Azhar daripada dakapannya dan membiarkan Azhar jatuh.

DI MANAKAH AIRA? [✔︎]Where stories live. Discover now