Bab 1:Namanya Aira

28 10 3
                                    

...
"HAHAHAHAHHA kalian tidak tau betapa terseksanya aku! Aku merana! Menderita! Difitnah oleh kalian! Sekarang rasailah kematian kalian pula!" kata Aira dengan nada puas hati dapat mencekik Tijah, Liza dan Mimia.

Azzorah pula sedang menangis berpeluk tubuh di bawah tanah, ketakutan melihat ketiga temannya terapung dicekik oleh Aira.

{Kembali pada masa sekarang}

Pada awal mulanya..

🦋🌼🦋

Di Sekolah SMK MURNI LIMAU,

KRIINGGG!!!

Murid Tingkatan 4 semua keluar untuk rehat.

Di koridor, Azzorah dan Nana sedang berbual dan menuju ke arah kantin. "Wahahahahhaa!!!, eh! wey! Nana, kau tau tak jap lagi kan ada murid baruuu~" kata Azzorah sambil memberikan isyarat dengan mengangkat keningnya. (•̀ᴗ•́)

Tiba-tiba ada seseorang yang Azzorah dan Nana terlanggar. "Eh opocot aku cinta padamu" Azzorah melatah kerana terkejut.

Azzorah pun melihat siapa yang dia terlanggar secara tidak sengaja itu dengan membongkokkan badan sedikit dan menatap mata murid tersebut kerana murid itu lebih pendek darinya. Azzorah pun lalu meletakkan tangannya pada bahu murid tersebut.

Azzorah pun teringat yang dia kenal murid tersebut. "Ha! Ni lah yang aku cakap!-", sambil memandang Nana lalu menatap murid itu lagi, "... Wey! Kau murid baru kan!? Apa nama kau?" tanya Azzorah.

"Err...Nama saya Aira" jawab Aira dengan wajah kehairanan.

"Ooh" jawab Nana dan Azzorah lalu Azzorah pun melepaskan zangannya dari Aira dan kembali berdiri tegak kerana sudah lelah membongkokkan badannya.

Azzorah tersenyum sinis pada Aira. "Emmm nak ikut kami rehat tak? Kau kan murid baru~" tanya Azzorah.
"Jomlah ikut" tambah Nana.
'・ᴗ・' '・ᴗ・'

"Emm.. okay.."balas Aira. Padahal ia berasa tidak sedap hati untuk mengikuti mereka dan tidak terniat untuk mengenali mereka.

Mereka pun menuju ke kantin bersama, Azzorah mengajak Aira pergi berjumpa dengan sekumpulan temannya yang sedang duduk di kantin menunggu Azzorah yang masih belum sampai.

"Haaa! itu pun dorang" ujar Azzorah yang dari tadi tercari-cari akhirnya jumpa temannya.

Teman-temannya pun segera memandang ke arah siapa yang sedang bercakap sungguh kuat suaranya kedengaran yang rupanya ialah Azzorah dan mereka seperti agak tertanya-tanya siapa yang Azzorah bawa bersama.

"Oh.. Azzorah rupanya ingatkan siapalah tadi" ujar Liza, 'aik.. Tapi siapa yang Nana dan si Azzorah ni bawa? Hmm' Liza tertanya-tanya.

"Eh siapa sebelah kau tu Azzorah?" tanya Tijah secara tiba-tiba.
"Pendeknyaaaaa hahahha kan?" ujar Mimia lalu bertanya pada Liza dan Tijah.

"HAAH!" Jawab Liza, "HAHAHAHAHAHHAAHHA" mereka bertiga pun tertawa bersama.

Azzorah hanya tersenyum dan menggelengkan kepala. Ia pun lalu memandang ke arah Aira dan memperkenalkan Aira pada temannya yang bernama Liza Suriya, Tijah dan Mimia.

DI MANAKAH AIRA? [✔︎]Where stories live. Discover now