DEBARAN kian terasa. Beberapa minit sahaja lagi, dia bakal bergelar isteri kepada Hayden Zayyan yang sah. Akhirnya mereka akan menjalinkan hubungan yang halal setelah hampir lima bulan mereka hidup serumah.
Banyak juga ujian yang Helena perlu hadap seorang diri. Kadang itu, ada saja persoalan yang sering berlegar di kepalanya. Antaranya, adakah memeluk agama Islam itu sesuatu pilihan yang terbaik buat dirinya? Dia mengaku bahawa hatinya sudah mula terpaut pada Hayden. Lelaki itu sentiasa menjaganya dengan baik dan sentiasa melayan karenahnya. Tetapi tak akanlah dia mahu menukar agamanya semata-mata seorang lelaki? Bukankah lebih baik jika dia mendalami sesuatu agama itu dahulu?
Seperti takdir, Tuhan telah takdirkan Tuan Ziyyad hadir ke dalam hidupnya. Lelaki tua itu sering menyampaikan ilmu baharu yang dia sendiri tidak pernah terfikir bahawa suatu hari nanti dia akan memerlukannya. Tanpa sedar, Helena turut berminat untuk mendalami agama Islam itu sendiri. Ketenangan yang dia rasa selepas memeluk agama Islam itu tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Ya, Helena percaya memeluk agama Islam itu ialah tindakannya yang paling tepat.
"Helena. Mengelamun apa tu? Tu, Hayden nak salam Tuk Kadi dah." Elzara yang berada di sebelah Helena, mencuit lembut bahu gadis itu. Helena hanya tersenyum nipis ke arah Elzara sebelum pandangannya beralih ke arah Hayden yang sudah duduk berhadapan Tuk Kadi.
Majlis akad nikah mereka ini hanya dihadiri oleh beberapa orang dan sudah semestinya mereka yang hadir pada hari itu sahaja yang mengetahui status hubungan Hayden dan Helena. Cukuplah Elzara, Edith dan Darien yang tahu bagi pihak Helena manakala bagi pihak Hayden, Tuan Ziyyad, Mateen dan Kay sahaja yang tahu.
Helena tidak mahu ramai yang mengetahui tentang status hubungannya dengan Hayden. Sekotak hadiah yang mengandungi bunga ros berserta gambarnya dan nota kecil itu sudah membimbangkan dia. Helena tidak mahu membahayakan orang lain. Dia berjanji pada diri sendiri untuk mencari siapa disebalik nama H itu sebaik sahaja dia bersalin. Itu janjinya pada dirinya sendiri.
Tuk Kadi berdehem kecil. Sekaligus menarik perhatian semua orang yang berada di situ. Tangan tuk kadi dihulurkan ke arah Hayden. Lelaki itu terus menyambut huluran tersebut.
"Hayden Zayyan bin Zayne Darrel." Sebut Tuk Kadi itu satu persatu sambil matanya tepat memandang ke dalam anak mata hitam pekat milik Hayden. Hayden menelan liur sekali sekadar membasahkan tekak.
"Ya, saya."
"Aku nikahkan dikau dengan Helena Nur binti Abdullah dengan mas kahwinnya RM 5000 tunai."
"Aku terima nikahnya Helena Nur binti Abdullah dengan mas kahwinnya RM 5000 tunai."
Lantas air mata Helena gugur setelah mendengar perkataan 'sah' yang terpacul daripada mulut dua orang saksi. Hayden juga sama. Tanpa sedar ada air mata yang mengalir perlahan dari tubir matanya. Air mata kegembiraan dan syukur kepada Tuhan yang telah menjodohkan mereka.
Elzara yang setia berada di sisi Helena mencapai tisu lalu dilapnya sedikit air mata yang mula menghiasi wajah cantik wanita itu. Helena pantas mencapai tisu itu daripada tangan Elzara sebelum dilapnya sendiri air mata yang laju hendak membasahi wajahnya. Sudah-sudah la tu air mata. Comot mekap nanti. Huhu.
Fokus sangat lap air mata, tanpa sedar Hayden sudah berada di hadapannya. Perlahan-lahan Helena mendongakkan kepalanya, melihat seraut wajah Hayden yang segak mengenakan baju Melayu berwarna putih ditubuhnya. Satu senyuman yang cukup manis Hayden hadiahkan pada Helena.
"Assalamualaikum, bidadari abang," sapa Hayden lembut. Berbahang wajah Helena ketika ini. Hayden panggil dia bidadari. Hayden bahasakan diri dia abang. Ya Allah bahagianya rasa.
"Walaaikumussalam, ab... abang." Helena rasa muka dia dah merah semacam. Kenapa malu sangat ni? Elzara yang berada di sebelah dia pun tengah tahan gelak. Lawak sangat ke dia gagap tadi? Bukan benda tu biasa ke? Nervous bila kahwin?
YOU ARE READING
THE SEDUCER ✓
Romance❝ 𝐈 𝐰𝐢𝐥𝐥 𝐦𝐚𝐤𝐞 𝐲𝐨𝐮 𝐦𝐞𝐥𝐭 𝐢𝐧 𝐦𝐲 𝐭𝐨𝐮𝐜𝐡, 𝐬𝐰𝐞𝐞𝐭𝐡𝐞𝐚𝐫𝐭.❞ Hayden Zayyan | Helena Quinn • Read at your own risk! • Cringe and cliché • +17| Kill scene and sexy storyline • Harsh words and no censored! start: 16 May 2022 end:...