𝓗𝓪𝔂𝓭𝓮𝓷 𝓗𝓮𝓵𝓮𝓷𝓪 30

6.4K 309 7
                                    

DUA JAM mereka dihabiskan dengan menikmati bayu malam sambil berenang di dalam kolam. Kalau bukan disebabkan Hayden menariknya masuk berendam sekali, tak adanya tubuhnya bergetar hebat macam ni. Bayu malam yang bertiup sepoi-sepoi bahasa itu mula menampar kulitnya sehingga sejuknya terasa hingga ke tulang.

"Sejuk sangat ke sayang? Sorry..." Hayden memuncungkan bibirnya. Muka meraih simpati. Dia tahu suaminya kini rasa bersalah selepas melihat tubuhnya yang menggeletar hebat.

"Hmm... nampaknya malam ni orang tu kena peluk isteri dia aje la. Baru la isteri dia sentiasa terasa hangat," jawab Helena acuh tak acuh. Hayden tersenyum lucu. Tubuh Helena dipeluknya dari belakang lalu satu kucupan ringkas mendarat pada pipi kiri isterinya.

"Kata aje la nak abang peluk setiap masa." Helena ketawa kecil. Terasa tangan Hayden mengusap perutnya dengan penuh kasih. Anak mommy dengan daddy. Tak sabar nak tunggu dia keluar.

"Jom la sayang. Masuk bilik. Sejuk-sejuk nanti tak pasal sayang demam." Hayden mencapai tangan isterinya lalu digenggam erat. Mereka berjalan beriringan menuju ke bilik mereka sambil sesekali menggoyangkan tangan.

"Luna! Awak nak pergi mana? Kenapa awak lari dari saya, Luna? Saya nak bercakap dengan awak sekejap saja!" Satu laungan yang agak kuat menarik perhatian Hayden dan Helena. Lantas mereka menolehkan pandangan mereka ke arah si empunya suara. Kelihatan seorang lelaki bersut kemas berwarna navy blue sedang mengejar seorang wanita yang mengenakan dress berwarna ungu.

"Woi, kau nak lari pun jangan la tinggal aku! Bertuah punya budak!" Seketika kemudian, kedengaran pula suara garau seorang lelaki. Helena memincingkan matanya ke arah mereka bertiga. Macam kenal.

"Elzara?"

Langkah Elzara terus terhenti. Begitu juga lelaki di belakang yang sedang mengejarnya. Serentak mereka menoleh kepala ke arah Helena yang menyebut nama Elzara tadi. Senyuman kekok jelas terlakar di wajah Elzara tika ini. Tidak menyangka bahawa mereka akan berjumpa di atas kapal yang sama.

"Hayden?" Hayder menegur sebaik sahaja matanya bersatu dengan mata hitam pekat milik adiknya. Tak salah lagi, itu memang Hayden. Buat apa adiknya berada di sini?

"Eh... er... Hayder? Kau buat apa dekat sini?" soal Hayden seraya menggosok belakang lehernya. Sebelah tangannya yang bersatu dengan tangan Helena masih lagi digenggam erat. Hayder menurunkan pandangan matanya ke arah tangan mereka berdua yang sedang bertaut kemas. Terangkat sebelah keningnya melihat kejadian itu.

Ralit Hayder dan Hayden sedang memproses apa yang sedang berlaku, Elzara pantas menarik tangan Edith supaya lekas pergi dari situ. Inilah peluang terbaiknya untuk melepaskan diri daripada Hayder. Dia masih tidak bersedia mahu berdepan dengan lelaki itu selepas kejadian di mana dia menghalau lelaki itu dari Casino.

"Hayder, siapa perempuan..."

"Hachoom!" Helena menarik hingusnya daripada meleleh. Angin sejuk malam ini membuatkan tubuhnya rasa tidak sedap. Tambahan pula dengan kantuk yang kian terasa. Hayden terus mengalihkan perhatiannya kepada si isteri. Riak risau sudah terbias pada wajahnya tika ini.

"Sayang, are you okay?" soal Hayden prihatin. Mendengar panggilan sayang yang terpacul dari mulut Hayden itu menambahkan tanda tanya dalam diri Hayder. Siapa perempuan perut boyot ni?

"Hayden..."

"Aku tau kau ada banyak benda nak tanya kan? Kau sabar jap. Bagi aku hantar isteri aku dekat bilik dulu." Sekali lagi kata-kata Hayder dipintas. Isteri? Terlopong mulut Hayder dengan wajah tidak percaya melihat kelibat adiknya yang semakin menjauh.

"Oh, Luna!" Hayder bagaikan baru tersedar matlamat utamanya, mula menoleh kepalanya ke kiri dan ke kanan untuk mencari kelibat gadis yang dikejarnya tadi. Nafasnya dihela berat seraya meraup wajahnya kasar.

THE SEDUCER ✓Where stories live. Discover now