HELENA meneliti kaki kirinya yang terseliuh tempoh hari. Rasa sakit itu sudah kurang. Tapi bila berjalan menggunakan kasut yang tingginya tiga inci memang cari pasal la. Kebetulan, Kay yang baru sampai untuk menjemput Helena itu perasan akan keberadaan Helena di muka pintu. Kay mengatur langkahnya mendekati Helena.
"Sakit lagi ke kaki tu?" soal Kay prihatin. Lantas Helena meletakkan jari telunjuknya pada mulut lelaki itu. Mengarahkannya supaya diam. Kenyataan bahawa Helena hampir menjadi mangsa lampu besar itu masih belum diketahui Hayden. Itu pun sebab Helena yang rasuah Kay dengan gambar dan tandatangannya. Untung juga dapat bodyguard yang merupakan peminatnya sendiri. Haha.
Kay mengeluh perlahan sebelum dia merendahkan tubuhnya sedikit. Kaki Helena itu ditiliknya sekilas.
"Kau nak join juga ke fashion show tu? Kaki kau kan sakit lagi," ujar Kay dengan lembut. Mana tahu kalau hati Helena terpujuk dan membatalkan niatnya untuk meneruskan pertunjukkan fesyen itu.
"Nak la! Aku bosan la duduk rumah ni. Bukan ada apa yang boleh buat pun." Helena mencebikkan bibirnya. Kay hanya mengeluh lemah. Penat nak layan sikap Helena yang degil itu.
"Eh, korang dekat sini lagi? Ingatkan Helena dah pergi kerja. Bukan selalunya waktu macam ni, kau dah pergi ke?" Hayden menegur sebaik sahaja kelibat Helena dan Kay di depan pintu itu menarik perhatiannya. Hayden mencapai gitar yang diletaknya di tepi sofa itu sebelum menuju ke arah mereka.
"Hari ni Helena ada fashion show. Kau tak nak tengok ke?" Kata-kata Kay tadi mengundang jelingan maut Helena. Lengan lelaki itu menjadi mangsa cubitan berbisa Helena. Pandai sangat mulut tu nak bagitahu dah kenapa?
"Oh, ya ke? Too bad, I'm litte busy today. Band aku nak bincang pasal lagu baru yang akan collab dengan Euphoric. Kalau aku sempat, mungkin aku akan pergi tengok sekali," jawab Hayden. Helena sudah menghembuskan nafas lega. Bukan apa, dia tak mahu kemunculan Hayden nanti akan menjadi buah mulut Reena. Perempuan tu mana reti tutup mulut.
"Wait, Euphoric? Band yang famous tu?" Jelas nampak teruja muka Kay sekarang ni. Hayden mengangguk, mengiyakan kenyataan Kay tadi.
"Woah. Goodluck then. Can't wait to see a new album from both of you." Kay menepuk-nepuk bahu Hayden. Hayden mengucapkan terima kasih sebelum tersenyum.
"Eh, Kay. Jom la gerak sekarang. Nanti Darien tu bising pula." Helena menarik sedikit hujung lengan baju yang dipakai Kay.
"Oh, ya. Sorry. Let's go. Kami gerak dulu Hayden." Kay mengangkat sebelah tangannya.
"Elok-elok bawak kereta. Sweetheart, good luck with your fashion show." Hayden mengenyitkan matanya ke arah Helena.
"Kau pun good luck buat lagu baru," balas Helena sebelum dia masuk ke dalam perut kereta.
┌── ⋆⋅☆⋅⋆ ──┐
𝐓𝐡𝐞 𝐒𝐞𝐝𝐮𝐜𝐞𝐫
└── ⋆⋅☆⋅⋆ ──┘"THANKS, for today. Can't wait to see the final touch of our new songs." Aqmar menghulurkan tangannya kepada ketua band Euphoric. Lelaki itu menyambutnya sebelum membalas, "Thanks for your hard work too. Let's have a meal next time."
Masing-masing mula mengemas barang. Begitu juga dengan Hayden yang turut mengemas sama. Beberapa keping kertas yang bersepah di atas meja itu dikutipnya satu persatu. Sedang dia leka mengemas barang-barangnya, baru dia perasan bahawa pen yang digunanya tadi tidak kelihatan. Hayden mula mencari-cari di serata meja itu.
"Searching for this?" tegur seorang lelaki berkulit agak cerah dan berbadan tegap yang sedang memegang pen jenama Pilot di tangannya. Hayden tak pasti namanya. Tapi yang Hayden tahu, lelaki ini bertanggungjawab untuk bermain dram dalam pasukannya.
YOU ARE READING
THE SEDUCER ✓
Romance❝ 𝐈 𝐰𝐢𝐥𝐥 𝐦𝐚𝐤𝐞 𝐲𝐨𝐮 𝐦𝐞𝐥𝐭 𝐢𝐧 𝐦𝐲 𝐭𝐨𝐮𝐜𝐡, 𝐬𝐰𝐞𝐞𝐭𝐡𝐞𝐚𝐫𝐭.❞ Hayden Zayyan | Helena Quinn • Read at your own risk! • Cringe and cliché • +17| Kill scene and sexy storyline • Harsh words and no censored! start: 16 May 2022 end:...