Mak menyendukkan nasi sejuk ke dalam pinggan aku. Pinggan tu aku sambut baik. Tangan aku mengambil seketul ayam goreng. Aku mencubit isi ayam sikit-sikit dan masuk ke dalam mulut. Mata aku menjeling mak. Mak tengah senduk lauk telur hancur semalam, amik sambal belacan sikit dengan ikan bilis garing dari Tipuware. Kalau kau tanya aku hari apa yang paling perit, hari aku terpaksa hadap muka mak lepas keluar dari bilik disiplin lah harinya.
Lepas berbincang, pertahankan diri dalam bilik disiplin akibat pergaduhan aku dengan Zulaika sial pagi tadi, mak terus bawak aku balik. Ye la aku pun kena gantung sekolah 2 minggu. Tapi aku puas hati sebab Zulaika pun kena benda yang sama. Mak bapak dia pun ada jugak tadi dan dah minta maaf bagi pihak anak diorang.
"Maafkan la Zulaika ya, Sofiya. Dia ni memang kurang ajar sikit." Ujar mak Zulaika. Aku meludah air liur yang masih mengandungi darah ke tepi longkang. Tanda aku tak sudi terima maaf tersebut. Dan aku pun tanak mintak maaf sebab aku tak bersalah. Zulaika layak terima penebik aku. Ikutkan lebih dari tu dia patut terima.
Sebaliknya, mak yang minta maaf bagi pihak aku. Aku tak tahan dengar perkataan maaf keluar dari mulut mak banyak kali. "Mak, nak balik." Aku melangkah ke pintu pagar sambil menggendong beg ke arah motorku. Aku nampak motor mak park bebetul kat depan pintu pagar. Lepas mak dah naik motor and dah gerak, baru aku follow belakang.
Dan sekarang, nasi kat pinggan aku cuma mampu kuis. Mak pun hanya diam membantu sejak dari tadi. Tegur pun tak. Marah pun tak. Nangis pun tak. Mungkin dah takde rasa kot pasal aku. Tak semena-mena mata aku berair. Aku cuba tahan tapi tak mampu. Setitik air mata jatuh ke atas nasi. Aku tolak pinggan. Malam nantilah aku sambung makan. Selera makan dah hilang.
"Kenapa. Kenapa kau buat macam tu?" Mak memecah kesunyian. Mata aku dan mak bertentangan. Dua-dua pasang mata kami merah. Menahan marah, geram, sebak.
"Kenapa. Jawab soalan aku."
"Dia hina Mak. Fiy tak tahan."
"Tapi kenapa sampai bertumbuk?!" pekik mak. Air mata mak bercucuran jatuh menghiasi pipi tuanya. Aku menghentak meja dengan kuat seraya berdiri.
"Sundal tu petik nama ko mak. Ko pikir aku tahan ke bila orang luar hina mak aku?! Aku dah lali lah orang lain hina mak. Diorang nak hina biar hina aku sorang. Kenapa nak calit nama mak sekali?! Kenapa!?" bentakku geram. Kenapa masa macam ni mak lebihkan anak orang lain?
"Sebab aku memang bekas pelacur! Kau pun tahu yang mak kau ni tak suci mana. Kau tak payah nak angkat sangat la darjat aku!" mak pula yang hentak meja sambil berdiri. Bergegar meja dan pinggan yang berada di atasnya.
"Tapi syurga aku masih lagi kat bawah tapak kaki bekas pelacur tu! Bekas pelacur depan aku ni lah yang besarkan aku, yang suapkan aku nasi, yang sikatkan rambut aku, yang menangis malam-malam sebab aku demam, yang sanggup hutang sana sini sebab nak kenyangkan perut aku, yang doanya hanya untuk aku! Satu makhluk pun aku takkan biarkan sumpah seranah hinggap syurga aku!" pekikku dengan air mata yang makin lebat mengalir. Mak mengetap bibir cuba menahan air mata tapi sebaliknya yang berlaku. Lebih banyak air mata yang mencurah turun.
"Aku tahu mak. Setiap malam aku dengar mak nangis. Mak doa kat Tuhan supaya ampunkan dosa mak. Mak mintak kat Tuhan supaya aku tak jadi macam mak. Aku dengar. Telinga aku ni belum pekak, mak. Sebelum tidur mak kucup dahi aku. Bacakan doa tidur. Selimutkan kaki aku sebab mak tahu aku ni jenis tak tahan sejuk. Selimut kita tak cukup besar tapi mak relakan aku yang berselimut dari diri mak sendiri.
Apa yang aku nak mak cuba penuhkan walaupun tak seberapa. Aku ingat lagi masa result PMR, muka mak happy sangat sebab aku dapat 7A. Mak punya happy, mak frame kan result PMR aku, gantung kat dinding. Mak bawak aku makan nasi ayam. Dua hari berturut kita makan mewah. Walaupun masatu tengah bulan, duit gaji tak masuk lagi. Mak relakan demi aku. Cuba mak cakap dengan aku, hati anak mana tak luluh bila syurga dia kena hina?!"
"Tapi syurga kau ni tanak kau berdiri dalam neraka." Pandangan aku kabur. Dan diganti dengan memori dulu-dulu. Yang aku masih simpan erat dalam kotak paling dalam.
"Fiy, apa mak cakap, kau kena ingat betul-betul. Macam nama kau tadi." Aku sekadar diam sambil memerhati anak mata mak yang langsung tanak pandang aku.
"Betulla tu apa diorang cakap. Mak ni pelacur." Ujar mak. Kata, dia dilahirkan oleh seorang pelacur dan ditinggalkan kepada pemilik kelab malam + pusat GRO. Mak bernasib baik sebab owner tu baik hati dan member baik mak kepada mak. Dia jaga mak bebetul dan kalau boleh tanak mak end up kat tempat yang sama. Dia hantar mak ke sekolah. Dia pantau kerja sekolah mak. Dia sediakan makan minum mak. Dia bagaikan mak sebenar bagi mak. Mak panggil dia Bonda. Itu pun sebab mak merayu nak panggil dia camtu.
Tapi tak lama pastu, Bonda meninggal sebab kanser ovari. Mak hilang arah. Masatu mak baru 14 tahun. Tak tahu apa-apa pasal dunia luar. Ibu kandung mak datang kutip mak tetapi dia tak jaga sebaik Bonda. Ibu kandung mak bawak mak jauh dari tempat tinggal Bonda, berhentikan mak dari sekolah, bawak mak ke pusat GRO dan jadikan mak sebagai pelayan bar. The rest of the story korang boleh teka sendiri macam mana mak boleh terjebak dengan dunia pelacuran. Bila mana dari kecil dah dijaga dengan baik tetapi pertengahannya dibawa ke jalan yang terpesong.
Tapi nasib menyebelahi mak. Tuhan masih sayangkan mak. Takdir menemukan Mak dengan Bapak masa Bapak tengah serbu pusat GRO tu. Mak kata, masatu bapak kerja polis bantuan. Ada kontrak. Bapak bawak mak balik tapi langit tak selalu cerah. Mak kepada bapak tak restu hubungan diorang. Bapak bawak lari mak, kahwin lari dekat Lombok. Balik semula ke Malaysia di selatan Tanah Air dan mulakan hidup baru, nafas baru, azam baru.
Dan lahirlah aku. Sebabtu mak cakap, aku ni bukan anak haram. Aku anak halal mak dengan bapak.
Aku cuma tak suka bila ada orang lain herdik, maki, hina mak aku. Macam lah hidup dia sempurna sangat. Mak tak pernah mintak jalan cerita dia jadi camtu. Mak kata, kalau diberi pilihan, kenapa ibu kandung mak tak gugurkan je dia.
"Tapi kalau mak takde, Fiy pun takde la kan?" ungkapan tu cukup untuk membuatkan air mata semakin lebat dan disorokkan dengan memelukku erat. Dengan harapan aku tak nampak air mata dia.
"Kalau Fiy takde, mesti mak takkan sedih macam ni kan?" satu lagi tamparan dari mak hinggap kat pipi aku.
YOU ARE READING
Malang
Teen FictionSofiya. Gadis kampung biasa tetapi entah apa dendam insan sekelilingnya yang sanggup menghiaskan hidup gadis itu dengan pelbagai pengkhianatan. Danial. Pemuda belasan tahun yang mengalami kecelaruan identiti yang hanyut dalam cinta sejenis. Dua insa...