Hari Isnin. Siapa je suka hari Isnin? Orang gila je yang akan excited dengan hari Isnin. Hari first selepas weekend yang menyenangkan. Or maybe weekend yang diisi dengan kerja part time. Jujur aku cakap, aku penat nak hadap hari Isnin. Ahad aku dah gi kerja catering 8-6 petang, pastu malam sambung siapkan homework and study sikit. Pastu pagi ni terlambat pastu ada tergaduh dengan mak sikit memang moodnya semua auto kelaut pasifik. Aku dah cakap aku tanak cheesecake untuk bornday aku. Aku nak pulut kuning je cukup. Tak pasal-pasal aku jadi anak derhaka pagi ni.
Lagi malang, hari ni Andrian tak jaga pagar so aku santai-santai sambil layan angin pagi. Aku ingatkan malang aku cuma tak dapat jumpa Andrian, tapi tak sangka lagi malang bila aku bertembung dengan Zulaika. Lenggok dia dari jauh aku dapat cam. Dengan tudung muncung itiknya. Betullatu korang teka. Dia musuh aku. Bukan bukan. Aku musuh dia. Aku pun tak tahu la kenapa dia menyampah sangat tengok muka aku. Hodoh sangat ke aku ni? Aku ada rampas pakwe dia ke? Dendam apa la dia dengan aku agaknya.
Aku lajukan langkah untuk masuk ke pagar tapi apakan daya. Loceng dah berdering. Secara automatik semua murid yang tak masuk ke dalam kawasan sekolah lagi akan ditahan. Termasuklah aku dan Zulaika dan beberapa lagi orang budak. Siapa yang lambat akan kena berdiri dekat depan tapak perhimpunan. Hari ni pulak hari Isnin. Memang bertuah betulla hari aku harini.
Sepanjang aku kena berdiri dekat depan lebih dari 800 murid, aku cuma tundukkan muka.Batu-batu tar kecil aku kuis dengan hujung kasut. Aku tengok kasut semua orang yang berdiri dengan aku. Ada yang warna hitam. Ada yang warna putih. Ada yang macam baru lepas kapur kasut. Ada jugak yang bercapuk coklat tanda tak basuh setahun. Kasut aku la tu hehe. Tiba-tiba datang sepasang kasut tali hitam jenama Converse kat depan aku. Aku pandang depan. Berdegup laju jantung aku bila Andrian tengah berdiri bebetul depan aku. Muka dia yang suci, baby face. Dia punya dekat tu sampai aku boleh bau perfume dia.
"Kenapa lambat, Sofi?" soalnya separa berbisik. Aku macam terkunci tengok mata dia. Cantik sangat. Plus nak kasi orang lain suka kat kau is kunci mata dengan dia for about 4 seconds and nanti dia akan terfikir kau suka dia ke ha camtu.
"Terbangun lambat. Sorry." Jawabku dengan suara yang hampir terkucil. Andrian sekadar diam dan masih tetap memandang mataku.
"Next time biar saya kejut awak, ok?" Damn. Siap je tak cair anjay bila crush kau ni bukan je nampak innocent and pandai belajar but also pandai flirt. Aku sekadar mengangguk dan sambung tunduk tilik kasut. Andrian berlalu pergi untuk menyoal orang lain pulak.
"Next time biar saya kejut awak, ok?" Ayat yang sama diputarkan ke tepi telingaku tapi suara yang berbeza. Suara yang cukup sinis. Suara Zulaika. Ya. Dia berdiri kat sebelah aku. Aku cuma diam bila dia mula provokasi aku.
"Untungnyaa ada orang offer nak kejut. Agak-agak macam mana ea Andrian kejut?"
"Sayang.. bangun la sayang.. abang nak gi sekolah ni.. hehehhehe.." ujar Zulaika sambil mengekek macam nenek kebayan. Aku mengetap bibir. Dahi aku berkerut tanda menahan geram. Kalau kurang sabar dah lama penumbuk singgah muka beduk dia.
"Tapi kau kena sedar diri, Fiy. Kau tu tak layak untuk Andrian. Kau dengan dia, ibarat langit dengan padang rumput sekolah kita tu ha. Berlumpur dan busuk." Aku mengerling ke arahnya. Secalit senyuman menghiasi wajah tak berapa nak ayunya tu.
"Sekurangnya, aku berdiri di atas bumi yang nyata. Tak macam kau. Masih lagi berada di awang kayangan." Balasku sinis juga. Kau nak main? Jom. Kita main sampai mampos.
"Nur Sofiya Abdullah. Siti Zulaika Samseri. Jangan berborak masa saya berucap kat depan ni. Dah lah datang lambat. Pastu ada hati nak borak pulak kat depan. Boleh share ke borak ape tu?" suara garau Cikgu Bo Taek menerjah pertikahan lidah kami berdua. Aku dan Zulaika cuma tertunduk malu sebelum beliau sambung berucap lagi seribu dua kata. Haih si botak ni semoga rambut tak tumbuh-tumbuh sampai ke tua.
Zulaika merapatkan badannya kepadaku. Tangannya disorok di belakang badan tapi tangan kirinya sedang menarik tudung aku dari belakang. Membuatkan aku terpaksa mendongak.
"Lepaskan aku cibai." Ujarku perlahan tapi cukup keras. Zulaika lepaskan tudung aku tapi tangannya pula menyelinap masuk ke dalam tudung. Tak cukup dengan tarik tudung, dia tarik sanggul aku pulak. Anak babi betulla.
"Kenapa bapak kau nama Abdullah ea? Sebab kau anak haram mak kau ea? Ye la mak kau bekas pela----" belum sempat perkataan pelacur tersembul keluar dari mulut puaka Zulaika, sebiji penumbuk mendarat cantik kat muka dia. Dia terjatuh ke belakang sambil mengerang kesakitan. Semua mata tertumpu kat aku dan dia.
"Kau jaga sikit mulut kau ea sundal bolong. Aku tak kacau kau. Kau yang kacau aku. Kacau aku je sudah lah. Tak payah nak petik nama mak aku." Bentakku marah. Aku dengar Cikgu Bo Taek suruh aku bertenang tapi mampos la bukan mak dia yang kena hina.
"Salah ke aku cakap? Mak kau pelacur kan? Kau tu hasil pelanggan dia. Bapak kau pulak jadi pak turut sebab dah kena bayar. Nak sorok apa lagi? Entah-entah kau pun tengah ikut je---" Satu lagi penampar singgah kat mulut Zulaika. Kali ni lagi kuat. Tak cukup dengan satu kali tampar, aku tambah lagi dua tiga biji penumpuk. Dia pun tanak kalah. Tangan dia cakar muka aku. Zulaika tolak aku ke belakang dan tarik tudung aku sampai tercabut. Aku pun apa lagi. Tarik tudung dia gak ah. Main tarik rambut jangan cakap ah.
Aku dengar banyak suara suruh kami berhenti. Tapi tak mampu untuk hentikan darah dari luka yang Zulaika dah gores dengan kata-kata dia sendiri. Aku duduk atas perut Zulaika dan terus menghadiahkan dia penumbuk tanpa henti. Geram. Marah. Sedih. Semuanya bercampur. Darah mula keluar dari tepi mulut Zulaika. Pipi dia pun dah mula membengkak. Rasa belas kasihan mula timbul. Aku berhenti menumbuk dia. Tapi Zulaika mengambil kesempatan dengan menyiram minyak tanah ke api yang sedang marak.
"Sah. Anak pelacur. Mak dengan anak perangai sama. Sama-sama sundal, pukimak." Tak payah cakap banyak. Habis je dia cakap memang aku sambung bagi penumbuk sampailah ada orang yang tarik aku dan pegang tangan aku. Aku meronta minta dilepaskan supaya dapat belasah Zulaika lagi. Aku takkan puas hati selagi aku tak nampak dia ludahkan dua batang gigi.
Aku tak pernah minta dilahirkan dari rahim seorang bekas pelacur. Mak pun tak pernah minta takdir untuk hidup sebagai anak haram, dibesarkan di lorong gelap dan mencari sesuap nasi sebagai pelacur. Tapi mulut orang memang tak boleh nak tutup rapat. Sentiasa terbuka dan menunggu masa untuk mencurahkan isi air longkang yang ditakungnya selama ni.
"Mak, Fiy ni anak haram ke.. kenapa Fiy binti Abdullah? Kenapa diorang cakap binti Abdullah ni anak haram?" aku ingat lagi soalan-soalan cepumas aku bagi dekat Mak masa umur aku 8 tahun. Kawan-kawan sekeliling pertikaikan binti aku. Mak yang sedang menyikat rambut aku lepas mandi hanya tersenyum tawar.
"Siapa kata kau anak haram? Meh mak cili mulut dia. Kurang ajar betul budak zaman sekarang. Mak bapak tak ajar ke." Bidas mak sebelum menjawab sepenuhnya soalan aku.
"Sofiya. Kau anak halal mak. Kau bukan anak haram. Ingat tu dalam-dalam. Aku dengan bapak kau nikah dulu baru dapat kau. Nama kau binti Abdullah sebab bapak kau tersalah isi masa daftar nama dulu. Patutnya Nur Sofiya Abdullah binti Samsul. Bapak kau mabok ketum agaknya masa tu. Lupa bubuh nama sendiri. Sebabtu nama kau binti Abdullah." Terang mak panjang lebar. Aku macam faham tapi macam tak faham jugak tapi aku buat-buat faham. Sekurangnya aku ada hujah untuk balas balik kalau kena ejek esok.
"Tapi mak... kenapa diorang cakap mak pelacur?" Pergerakan tangan mak terhenti. Aku menoleh kebelakang. Air muka dia berubah. Aku nampak mata dia dah mula merah. Senyum pun dah takde. Aku salah tanya ke? Atau mak memang....
"Nur Sofiya. Stop." Suara Andrian membawa aku ke realiti semula. Kepala aku dah ditutup dengan tudung semula cuma dalam keadaan yang tak beberapa nak sempurna. Aku merenung mata Andrian tajam. Mencari ketenangan di sebalik sepasang mata coklat redup itu. Tapi yang aku nampak cuma kebencian dan rasa meluat. Aku cuba buang andaian tu. Andrian bukan jenis yang benci orang lain tanpa sebab.
Selepas aku dan Zulaika dileraikan, semua murid diarahkan untuk masuk ke kelas semula. Cuma beberapa orang guru, pengawas, aku dan Zulaika sahaja yang tinggal. Aku ingatkan masalah ni akan settle kat bilik disiplin dan antara kami-kami je. Tapi aku silap.
"NUR SOFIYA ABDULLAH!" pekikan nama aku. Dan tamparan khas dari mak.
Hari pemula neraka dunia? Ni pra-permulaan.
![](https://img.wattpad.com/cover/314624761-288-k569734.jpg)
YOU ARE READING
Malang
Teen FictionSofiya. Gadis kampung biasa tetapi entah apa dendam insan sekelilingnya yang sanggup menghiaskan hidup gadis itu dengan pelbagai pengkhianatan. Danial. Pemuda belasan tahun yang mengalami kecelaruan identiti yang hanyut dalam cinta sejenis. Dua insa...