"Murid perempuan bawah 18 tahun akan dilepaskan dahulu. Kemudian, murid perempuan bawah 15 tahun. Disusuli murid lelaki bawah 15 tahun dan diakhiri dengan murid lelaki bawah 18 tahun. " Harini Hari Merentas Desa. Aku ni bukanlah atlet sangat tapi untuk dapat Top 10 tu celah gigi je. Top 3 yang susah sikit. Merentas desa kalini dalam linkungan 10 km. Jauh giler an? Masa ni lah kau nak tengok semangat setia kawan baik kau sama ada dia sanggup lari dengan lari, lari dari kau atau sama-sama naik van sekolah sebab dah lambat sangat.
"Sofiya,kita lari sama-sama boleh tak?" tanya Haura pada pagi yang terik di tapak perhimpunan. Aku diam sebentar, tenung muka dia. Haura ni orangnya cantik. Tudung labuh. Lemah gemalai. Cakap pun lembut je. Kalau aku jantan, maybe aku akan simpan teruna aku untuk dia.
"Boleh." Jawabku pendek sambil mengangguk. Haura hanya menunduk sambil menggengam botol airnya.
"Tapi kalau awak nak lari ke depan dulu pun takpe. Saya jenis tak kuat lari."
"Takpelah. Saya boleh tunggu awak." To be honest, Haura ni orang pertama yang guna saya-awak dengan aku. Mulanya aku kekok nak guna tapi lama-lama dah terbiasa and so far ok la. Ngan dia je aku guna saya-awak, yang lain tak. Oh dengan Andrian sekali hehe. Speak of the devil, mana Andrian? Mata aku melilau mencari kelibat Andrian. Tadi kat tapak perhimpunan dia macam takde. Aku terjengket-jengket cari kelibatnya di barisan hadapan.
"Cari saya ke?" satu suara menyapa dari belakang. Aku menoleh. Andrian tengah berdiri kat belakang aku. Terik pagi menyuluh wajah putihnya sehingga menjadi merah kejambuan. Rambutnya disikat ke tepi menyerlahkan lagi keindahan yang sedia ada. Senyuman yang terukir manis dan ikhlas membuatkan hati aku berdegup kencang.
"Siapa cari?" aku cuba untuk berselindung. Andrian hanya ketawa kecil.
"Yela. Siapa lah kita ni kan, Haura? Mana nak nampak kita kalau kat hati tu ada someone." Ujarnya. Bodoh. Nak je jerit yang dalam hati ni ada kau lah cibai.
"By the way, Sofi, jom compete nak?" Andrian pun boleh tahan atlet orangnya. Selain Qari Sekolah, dia pun pemegang nama atlet padang beberapa tahun berturut. Sejenis yang kuat lari, kuat bersukan, selalu wakil mana-mana sukan. Sebut je, semua dia tahu. Bola sepak? Bola baling? Bola keranjang? Bola jaring je tak.
"Rasanya tak kot sebab dah janji nak lari dengan Haura." Aku terpaksa tolak ajakan Andrian sebab tanak pinggirkan Haura. Yela Haura ni baik tau so macam memang tak sampai hati la nak tinggal dia sorang. Andrian mengerling ke arah Haura yang hanya diam dari tadi. Fun fact about Haura, dia jenis pemalu sikit depan lelaki.
"Takpelah kalau macam tu. But I'm gonna catch up with both of you." Andrian berlalu pergi meninggalkan kami berdua dan menyertai rakan-rakannya yang sedang menunggu di tepi padang.
Tak lama selepas itu, guru pengelola memanggil semua murid dan bersedia mengikut kategori masing-masing. Disebabkan aku antara kategori bawah 18 tahun, jadi aku dan Haura berada dalam kumpulan yang hadapan. Bunyi hon kedengaran dan kami pun dilepaskan maccam anak-anak kambing. Ada yang lari, ada yang slow jog, ada yang acah-acah jog dan tak kurang jugak yang hanya berjalan. Aku dan Haura ada juga discuss kenapa perempuan F4 F5 lari dulu sebab yelah perempuan kan. Ingat kiteorg nak lari sungguh-sungguh ke?
"Maybe sebab kalau lelaki kat belakang perempuan, perempuan akan rasa terancam pastu akan lari laju sikit."
"Nak buat macam kena kejar anjing la ni?"
Untuk 20 minit pertama, aku dengan Haura mampu jogging dengan baik. Aku nampak dia cuba untuk keep the pace dengan aku. Aku cuba selowkan kelajuan langkah aku supaya sama dengan dia. Sometimes aku rasa macam dia dah lelah sangat, aku ajak slow jog je. Tapi 15 minit lepas tu Haura memang dah tak larat untuk jogging macam biasa. Kami berdua memutuskan untuk berjalan je since dah ramai budak pintas kami.

YOU ARE READING
Malang
Fiksi RemajaSofiya. Gadis kampung biasa tetapi entah apa dendam insan sekelilingnya yang sanggup menghiaskan hidup gadis itu dengan pelbagai pengkhianatan. Danial. Pemuda belasan tahun yang mengalami kecelaruan identiti yang hanyut dalam cinta sejenis. Dua insa...