"NAK KE MANA?" pekik Sofiya dari belakang. Aku cuma diam. Kalau cakap bukan dengar pun. Tangan kanan aku masih kekal memulas motor.
"WOIII NAK KE MANA?!?!" pekiknya lagi. Dia mula melonggarkan pelukan pada pinggang aku. Jujurnya ini pertama kali aku dipeluk dengan perempuan. Asing. Aku menjeling wajahnya dari side mirror. Akhirnya kami berdua tiba di perkarang rumah usang. Sofiya cepat-cepat turun dari motor dan membuka helmet.
"Kau pekak ke? Kita kat mana ni? Sedap mak bapak kau je bawak aku datang sini. Nak aku report polis ke?" bebelnya panjang lebar. Aku masih duduk di atas motor dan memandangnya atas bawah. Nampak macam jenis tomboy tapi blur.
"Danial. Nama aku Danial. Panggil je Dan." Sofiya terdiam. Sebelum dia terus membuka mulut aku terus potong dengan alasan kenapa aku bawak dia ke sini.
"Kaki kau luka. Orang tua tadi siapa? Gaya macam nak belasah kau je."
"Pakcik aku. "
"Hmm elok la tu aku bawak kau lari."
"Kita kat mana?"
"Rumah pakcik kau." Aku lantas turun dari motor. Helmet dari tangan Sofiya aku ambil. Langkah diatur masuk ke dalam rumah. Dia terkebil-kebil memandang aku yang bersahaja.
"Woi. Jangan main-mainlah. Hantar aku balik ke klinik tadi. Member aku tunggu lama karang."
"Kasi la diorang masa bersama."
"Pale otak kau." Belum sempat aku nak melangkah naik tangga, lutut aku ditolak dari belakang. Aku lantas terjatuh melutut betul-betul atas tangga. Aku menoleh dan muka Sofiya dah bertukar merah tanda tahan marah.
"Sakit la cibai. Sabar boleh tak. Sedarlah diri sikit luka kat lutut tu. Stop pikir pasal orang lain dan start pikir pasal diri sendiri la. Bodoh punya perempuan." Aku lantas bangun dan melangkah masuk. Helmet aku letak di atas meja. Aku tercari-cari bayang Wan tapi macam takde. Maybe tengah mandi kot baru lepas balik kebun.
Aku bukak gerobok lama dan mencari barang-barang penting untuk rawat luka Sofiya. Minyak gamat, kapas, plaster. Aku ke dapur dan capai besen lalu diisi dengan air. Kain bersih aku ambil dari dalam laci. Tidak dilupakan juga sehelai seluar track bersih aku ambil dari dalam bilik. Aku bawak semuanya ke depan dan kelihatan Sofiya sedang duduk di tangga. Perempuan ni memang complicated ea? Aku letak besen berisi air di hadapan Sofiya. Aku duduk di sebelah dia dan suruh dia bukak kasut.
"Aku boleh buat sendiri lah." Ujar Sofiya sombong. Dia bukak kasut dan stokin. Kain bersih tadi dicelup dengan air dan lukanya di lutut dicuci sendiri. Bagus. Pandai berdikari budak ni. Aku letak minyak gamat dan plaster kat tepi dia so faham-faham je la nanti.
"Kau cari ubat apa tadi kat klinik?" Suaranya memecah kesunyian. Setelah bersih luka tadi, dilap kering dan disapu dengan minyak gamat pula.
"Antidepressant."
"Depressed ke?"
"Nampak macam normal kan?"
"Entah-entah mat gian." Aku tunjal kepala Sofiya. "Sedap mak bapak kau je panggil aku mat gian. Nak aku jadi gian bebetul ke?" Gian-gian jangan sebut. Dadah ni musuh negara. Penagihnya sampah masyarakat. Berapa banyak kes mat gian kat luar sana yang ketagih sampai bunuh family sendiri. Tengok dah membebel tak pasal-pasal.
"Bapak aku dah mati la. Jangan sebut. Nanti bangkit dari kubur baru tahu." Balasnya bersahaja. Plaster ditampal pada luka tadi. Kaki seluar yang dilipat diturunkan. Aku hulurkan seluar track tadi kepadanya.
"Tukar la seluar baru. Seluar kau tu koyak. Nampak lutut. Kan aurat."
"Abistu tadi kau perhati betis aku tu bukan aurat ke?" Sofiya menyindir sambil tersenyum sinis. Aku mengutip sampah kertas plaster yang dia letak kat tepi tangga.
"Rezeki jangan ditolak."
"Pale buto." Giliran dia pula menunjal kepala aku. "Seluar siapa?" soalnya dengan riak muka jijik.
"Siapa lagi?" aku mengangkat kening. Dia mencium bau seluar tersebut. Mukanya cuba mentafsir bau yang melekat pada seluar tersebut.
"Seluar baru la jangan risau."
"Habistu bila aku nak pulangkan?"
"Ada jodoh kita jumpa la. Dah cepat tukar pastu aku hantar kau kat klinik tadi."
Hati kecil aku berdoa semoga kami ada jodoh walaupun raga kami tidak akan bersatu.
YOU ARE READING
Malang
Teen FictionSofiya. Gadis kampung biasa tetapi entah apa dendam insan sekelilingnya yang sanggup menghiaskan hidup gadis itu dengan pelbagai pengkhianatan. Danial. Pemuda belasan tahun yang mengalami kecelaruan identiti yang hanyut dalam cinta sejenis. Dua insa...