"Mata you dah bengkak Laila. Go get some rest. Abang-abang you kan boleh jaga dia." Wajah mulus Serena aku tatap lama.
Serena Bright. Dia merupakan kawanku. Berasal dari Itali. Rambutnya panjang berwarna coklat gelap. Bola matanya pula cantik berwarna hijau. Dia telah menetap di Malaysia selama 2 tahun. Semuanya kerana aku. Dia sanggup datang ke Malaysia semata-mata ingin melihat majlis perkawinan aku dan Arjuna.
"Tak apa lah Serena. Sikit aje lagi ni. Nanti I rehat lah." Senyuman ikhlas terukir diwajahku. Serena menghela nafas berat.
"It've been two years, Laila. Sampai bila you nak macam ni?" Soal Serena.
"Sampai Arjuna bangun." Balasku ringkas. Mata tertumpu semula ke wajah kacak Arjuna. Senyuman manis terukir sekilas.
"Macam mana kalau dia tak bangun?" Soal Serena lagi. Aku terdiam. Tidak tahu ingin berkata apa. Terkelu dengan soalan yang diberi Serena.
"He will wake up." Suara seorang lelaki dari arah pintu hospital tiba-tiba menyampuk. Aku dan Serena serentak menoleh ke arah itu. Abang Arkan memeluk tubuh. Dia mula membuka langkah mendekati kami.
Abang Arkan. Kembar kepada abang Arjuna. Dia juga abang angkatku jadi aku tidak boleh sesuka hati menyentuhnya. Bukan mahram.
Wajahku dipandangnya sekilas sebelum bola matanya digerakkan ke arah Serena. Tajam renungan yang diberi abang Arkan kepada Serena. Wajah abang Arkan dingin, tidak seperti biasa.
"Perlu ke tambah negatif vibes dekat sini?" Abang Arkan bertanya kepada Serena. Aku melihat anak tekak Serena jatuh. Takut dengan versi abang Arkan yang satu ini. Aku juga sama, takut.
"S-sorry, I tak ada niat pun." Pandangan Serena jatuh ke lantai. Tidak sanggup untuk memandang wajah dingin abang Arkan.
Abang Arkan memberi isyarat kepala kepada Serena. Dia menyuruh Serena untuk keluar dari bilik. Laju Serena mengangguk dan berlalu pergi.
Kepala abang Arkan menoleh pula ke arahku. Riak wajahnya bertukar kerisauan. "Laila, jom. Kita pergi makan nak?" Soalnya.
Aku menggeleng perlahan. "Kalau abang Arkan nak pergi makan. Pergilah dulu. Laila nak tengok abang Arjuna sekejap. Nanti Laila pergi." Balasku.
"Liar. Abang Arkan tahu, Laila pasti takkan berganjak punya dari kerusi tu. Kalau Laila tak bergerak juga, abang Arkan dukung, nak?"
Lengan abang Arkan terus aku cubit kuat. Laju tangan abang Arkan mengusap untuk menghilangkan rasa sakit.
"Yalah yalah. Laila ikut. Tapi, abang Arkan kena belanja apa aje yang Laila nak. Boleh?" Kedua-dua keningku diangkat memandang abang Arkan yang sambung memeluk tubuhnya.
Senyuman teruja ditayang oleh abang Arkan. "Untuk adik abang, minta aje apa-apa. Semua abang bagi." Ujarnya. Aku tergelak kecil. Sweetnya lahai abang tiri aku ni.
YOU ARE READING
LAILA'S BROTHER (HIATUS)
Romance𝟏𝐒𝐓 𝐊𝐀𝐑𝐘𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐌𝐀 ❝𝙄'𝙫𝙚 𝙗𝙚𝙚𝙣 𝙬𝙖𝙞𝙩𝙞𝙣𝙜 𝙛𝙤𝙧 𝙩𝙝𝙞𝙨 𝙩𝙞𝙢𝙚 𝙛𝙤𝙧 𝙖 𝙡𝙤𝙣𝙜 𝙩𝙞𝙢𝙚.❞ 𝙝𝙚'𝙨 𝙤𝙗𝙨𝙚𝙨𝙨𝙚𝙙 𝙬𝙞𝙩𝙝 𝙝𝙚𝙧𝙤'𝙨 𝙬𝙞𝙛𝙚. SLOW UPDATE! 100% IDEA SENDIRI. WARNING! READ AT YOUR OWN RISK! ⚠️ VIOLE...