BAB 46

768 38 0
                                        

Usai lipstik berjenama Chanel Rouge diulas pada bibir, aku lantas mengambil kunci kereta

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Usai lipstik berjenama Chanel Rouge diulas pada bibir, aku lantas mengambil kunci kereta. Tiba masanya untuk aku kembali semula ke tempat kerja.

Ya, setelah sekian lama. Aku yakin, bos pasti marah. Bos mana saja yang tak marah kalau pekerja sendiri sentiasa ambil cuti?

   "Nak pergi dah?" Tiba-tiba suara garau yang menawan itu masuk ke corong telinga. Lantas aku menoleh ke arahnya.

   "Ya, Laila nak pergi dah. Nanti bos marah." Ujarku seraya memakai jam tangan pada tangan kiri.

Arjuna angguk faham sebelum menapak beberapa langkah mendekatiku. Belakang tubuhku dipeluknya. Dagunya pula ditopang pada bahu kananku.

   "Peluk abang dulu, baru abang izinkan keluar." Ucapnya. Aku julingkan mata ke atas. Sejak dua menjak ni, hanya manja dia sajalah yang aku perlu layankan.

Aku pusingkan tubuh agar menghadapnya. Kedua-dua belah tanganku diletakkan pada bahagian pipi kiri dan kanannya lalu aku kucup sekilas seluruh wajahnya. Biar wajah Arjuna dipenuhi dengan kesan lipstik aku. Padan muka!

   "Puas?" Soalku. Mata merenung dalam pada anak mata coklat gelapnya itu.

Arjuna tersenyum. Dia halakan pula jari telunjuknya ke arah bibirnya.

   "Sini belum lagi," ujarnya sinis.

   "Abang buat la dekat dinding. Laila kena pergi." Malas mahu layan, aku terus berlari anak ke arah pintu. Meninggalkan Arjuna berseorangan di rumah.

Mana tidaknya, Arjuna akan masuk kerja pada minggu hadapan punya minggu hadapan punya minggu hadapan hari Isnin. Dia berbaki lagi dua minggu. Syok bagi Arjuna. Tapi tidak pada aku.

Kalau boleh, memang selama dua puluh empat jam dia mahu berkepit saja dengan aku. Langsung tak bagi Cik Jantung aku berehat! Silap hari bulan, aku boleh dimasukkan ke hospital akibat layan karenahnya.

Oh, lupa. Kalau aku dimasukkan ke hospital sekali pun, aku tetap akan berjumpa dengannya. Sebab apa? Sebab dia doktor. Haihlah!

 Haihlah!

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
LAILA'S BROTHER [COMPLETED]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang