Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Boleh dikatakan hampir dua puluh minit aku berada di dalam bilik mandi. Arjuna mungkin tidak perasan akan kehilangan aku sekarang ini gara-gara ps5 yang menjadi penemannya.
Aku lihat pada barang yang dihadiahkan oleh mama. Fikiran terasa buntu. Patutkah atau tidak?
Serius, hadiah yang diberikan oleh mama langsung tak dapat dijangka! Aku fikirkan mungkin jam tangan, kasut atau seluar.
Tapi ini...
Ini...
Baju tidur satin!
Ya, baju tidur. Bertekstur satin. Bukan versi halal. Versi haram punya! Hanya boleh ditunjukkan pada sang suami. Mama minta aku untuk goda Arjuna. Tipikal ibu-ibu yang aku baca di novel!
Aku ingatkan hanya ada di alam novel, ternyata sudah terjadi juga pada diri aku!
Mama dah bersetuju dengan ibu Laila. Ibu Laila tahu saiz Laila. Tak sangka menantu mama ni slim juga orangnya!
Ayat itu masih berlegar-legar di dalam kotak fikiran. Patut sajalah saiz baju ini betul-betul saiz aku. Rupanya mama dah bersepakat!
Arjuna bermanja dengan Laila? Mama rasalah... Arjuna nak tuntut hak dialah, dear. Tapi Arjuna tak nak straight to the point. Sama macam papa mentua Laila dulu.
Ayat ini juga... Turut berlegar-legar. Buatkan jantung aku kembang kempis. Aku tak tahu sama ada aku sudah betul-betul bersedia atau tidak.
Setelah lama aku bertapa di dalam bilik mandi, aku kini sudah tekad. Pakaian yang diberi mama itu segera aku pakai. Pintu tandas lantas dikuak dari dalam.
Arjuna masih tiada di dalam bilik. Mungkin masih leka dengan permainan videonya. Apa yang patut aku buat ni? Turun bawah atau sambung esok saja? Argh, buntu!
"Sayang?" Tak ada salam tak ada apa, terus saja dengar perkataan itu. Terhinjut bahu aku gara-gara suara Arjuna yang berada pada sudut pintu bilik.
Mata aku langsung saja dibawa ke arah Arjuna. Arjuna diam namun matanya sedikit terbuntang. Anak matanya meneliti pakaian aku dari atas hingga ke bawah. Halkumnya turut bergerak.
"Baju apa sayang pakai ni?" Soal Arjuna.
"Ba... Baju tidur la." Balasku. Lutut sudah ketar-ketir. Entah kenapa nada suara Arjuna kali ini terasa agak keras tetapi lembut. Seakan-akan menahan kotak suara.
"Pergi tukar, sayang. Abang nak pasang aircond. Nanti sayang sejuk." Arjuna menghiraukan aku. Dia kemudiannya lantas mengorak langkah ke arah pendingin hawa.
Huh? Pakaian ini tak menjadi atau iman Arjuna setebal kamus dewan?
Haih, keputusan aku kali ini nampaknya salah. Aku tak patut dengar cakap mama. Patutnya aku berkeras untuk tidak menerima hadiah mama ini. Tapi... Hadiah ini mahal katanya. Kesian pula pada mama kalau aku tolak begitu saja.
Malu!
"Okey, Lai—" tak sempat aku habiskan ayat, tiba-tiba lenganku ditarik kuat ke arah katil. Membuatkan tubuhku terbaring di atas katil tanpa sempat aku menukar pakaian.
Aku teguk liur. Kedua-dua belah tangan Arjuna memegang tanganku. Menghalang aku daripada melepaskan diri.
"Kenapa sayang buat abang macam ni?" Tanya Arjuna. Nafas Arjuna hampir tercungap-cungap. Dapat aku rasakan suhu tubuh badan Arjuna meningkat. Ha sudah, laju saja jantung aku berubah tempo. Aku langsung tak dapat bergerak walau seinci pun.
"Lai... Laila cu.. cuma..."
"Cuma apa?"
"...Goda abang."
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Kehangatan dari tubuh Arjuna membuatkan aku semakin selesa berada dalam dakapannya. Duvet ditarik sehingga menutup paras bahuku.
"Abang... Tak sejuk ke?"
"Sebab abang sejuk la Abang peluk sayang." Pelukan semakin dieratkan. Bertuah betul. Arjuna beri pakaian dia padaku. Sekarang Arjuna pula tidak berbaju. Memanglah sejuk!
Aku mendengus padanya. Nasib saja suami! Kalau tidak, memang aku pukul dia bertubi-tubi untuk lepaskan geram.
"Abang,"
"Ya, sayang?"
"Laila rasa Laila tak boleh tidur la." Kepala mendongak memandang wajah Arjuna. Makin lama aku tengok, makin segak pula dia.
"Tak boleh tidur?" Arjuna bertanya. Aku hanya angguk.
"Nak abang bacakan buku cerita?"
Ekspresi cemberut menghiasi wajahku sekarang ini. Gurauan jenis apa ni? Dia fikir aku ni kanak-kanak riang ke apa?
"Baik Laila baca sendiri aje." Balasku.
"Tak sama, sayang. Kalau abang yang baca... bolehlah sayang tidur lena. Suara abang kan merdu, mesti sayang suka kan?" Arjuna ketawa maco. Pergh, bab-bab memuji diri sendiri nombor satu! Kalau luahan yang Arjuna kata itu tak betul, dah lama aku gelakkan dia. Tapi, yang ini betul lah pula.
"Tidur, sayang. Nanti esok sayang penat." Arjuna cuba memujuk mata. Belakang badanku diusap lembut olehnya.
Entah kenapa, pujukan Arjuna itu mampu membuatkan mata aku terasa berat. Baca jampi ke? Haih, entahlah. Pastinya sekarang ini mata aku memang sudah memberat. Mungkin lepas ini aku perlukan Arjuna di sisi. Barulah tidur dibuai lena.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.