BAB 50

2.4K 48 5
                                        

SETELAH enam tahun bersama, aku dan Arjuna kini menjalankan hidup seperti biasa. Manusia normal yang tidak perlukan sebarang pengorbanan nyawa seperti Romeo dan Juliet. Perasaan aku? Sudah tentu seratus peratus bahagia!

Tak perlu merana dua puluh empat jam mencari jalan keluar di sekitar kawasan bangunan yang ditinggalkan di Itali. Jujur, pengalaman yang takkan pernah aku lupakan. Nak lupa pengalaman yang hampir meragut nyawa aku? Oh, sudah tentu tidak!

Walau apapun, aku bersyukur seadanya buat masa sekarang ini. Arjuna berjanji pada aku yang dia takkan menghilang tanpa khabar lagi. Sedih bercampur gembira mendengarkan kata-katanya itu. Aku tak tahu apa lagi ujian yang aku dan Arjuna akan lalui, tapi aku berharap ujian itu dapat ditempuh bersama.

"Mama!"

Suara kecil dan riang yang menerpa masuk dalam pendengaran aku itu membuatkan aku bertukar pandang ke arah pintu masuk rumahku. Senyuman kecil diukir apabila melihat wajah si kecil yang sedang berlari anak ke arahku.

"Anak mama dah balik! How was your trip today, sayang?" Soalku.

"It was a miracle, mama! Papa belikan Arash macam-macam. Tu, papa tengah bawa semua mainan Arash." Ujarnya sambil menunjuk ke arah Arjuna. Aku hanya tersenyum kecil.

"Sayang," senyuman manis Arjuna dihadiahkan buatku.

"Abang, Laila dah masakkan makanan favourite abang dan Arash. Abang pergilah makan dulu. Laila nak tengok Arisha." Ujarku dengan satu nafas. Cepat-cepat aku membuka langkah untuk naik ke tingkat atas. Ibu mana aje yang gembira melihat anaknya sakit? Kalau ada sekalipun, aku yakin aku bukan golongan itu.

"Sayang-"

Laju aku menoleh.

"Kenapa, abang?" Soalku. Ekspresi wajah Arjuna kelihatan risau. Sah, mesti ada sesuatu yang membelenggu kotak fikiran dia! Hampir seminit aku tunggu Arjuna untuk menyambung percakapannya, tapi tiada sebarang suara yang dikeluarkan. Jadi, aku terus sahaja pecut naik ke atas.

Nama diberi, Arash Lutfi bin Ahmad Arjuna dan Arisha Liyana binti Ahmad Arjuna. Dua orang cahaya mata yang sentiasa menjadi penyeri rumah tangga aku dan Arjuna. Kedua-duanya masih kecil dan muda, berumur lima tahun. Senang cerita, kedua-dua anak aku ini adalah kembar.

Alhamdulilah, tuhan masih memberikan aku satu lagi peluang untuk memberikan zuriat buat Arjuna. Selepas saja kejadian Itali yang berlaku dua tahun lepas, aku selalu overthinking. Macam-macam perkara yang berlegar-legar dalam ruang fikiran aku. Semuanya fasal cahaya mata. Boleh ke aku mengandung lagi? Arjuna masih sayangkan aku ke kalau aku tak boleh mengandung?

Haih.. Jangan fikirkan lagi, Laila! Life must go on!

"Mama..." sayup-sayup suara kecil itu memanggilku. Aku terus menapak dan melabuhkan punggung bersebelahan Arisha yang sedang terbaring. Dahinya yang terasa suam aku usap perlahan. Nampaknya, demam anak aku yang satu ini hampir surut.

"Sayang nak apa-apa ke? Mama boleh buatkan." balasku. Namun, Arisha hanya menggeleng.

"Mama rehatlah. Arisha nak tidur ni. Kesian mama penat." Ujarnya. Bait bicara pintar yang dilontarkan Arisha itu buatkan hati aku rasa tersentuh. Aku ukirkan senyuman tipis padanya lalu dahinya aku kucup perlahan sebelum aku mula menarik selimut ke paras dadanya.

"Sleep well, sayang.." ucapku.

" ucapku

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
LAILA'S BROTHER [COMPLETED]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang