BUNYI kasut tumit tinggi Serena kedengaran jelas apabila dia memijak serpihan kaca-kaca yang bertaburan di atas lantai itu. Pikirannya seolah-olah tidak keruan.
"Marco, how was my dad's condition?" Soal Serena.
"Everything's fine. We already brought him to our hospitals, Dr. Leo said he needs some rest." Balas Marco.
"Great. You and Ivan can leave now. I need to handle something."
Marco dan Ivan yang berhadapan dengan Serena hanya mengangguk. Mereka berdua kemudiannya meninggalkan Serena berseorangan. Hanya bertemankan aku dan Arjuna sahaja.
Hilang sahaja kelibat orang kanan Serena, tubuh Serena langsung berpusing seratus lapan puluh darjah menghadap aku dan Arjuna. Bibirnya perlahan-lahan mengukir senyuman sinis. Lantas dia mengorak langkah ke arah suamiku. Kepalaku automatik melihat gerak-geri Serena.
"Laila, apa you rasa kalau orang yang you sayang ni hampir mati?" Tanya Serena. Dia sengaja memprovokasi atau apa ni?
Aku teguk liur sekali sebelum menjawab pertanyaannya.
"I akan rasa sama macam apa yang you rasa waktu papa you hampir mati tadi."
Dari jauh, aku melihat Serena mengetap rahangnya, seperti tidak berpuas hati dengan jawapan daripada aku. Sejujurnya, aku tak salah kan? Dia bertanya dan aku hanya menjawab. Salah dia sendiri sebab tak bagi amaran sebelum menjawab.
"Kalau I buat macam tu dekat suami you, you okey?" Soal Serena sekali lagi. Sungguh, aku tak terkejut. Tengok daripada kelakuannya tadi pun sudah dapat diduga.
Aku pandang sekilas wajah Arjuna yang sudah kotor dengan darah-darahnya. Mata Arjuna hanya memandang ke bawah. Mulutnya seolah-olah tidak dapat berbicara. Aku ketap bibirku, memikirkan banyak perkara yang Arjuna mungkin telah lalui. Kemudian, aku pandang pula wajah Serena yang sudah lama menantikan jawabanku.
"You dah buat pun tadi. You baling pisau dan kena belakang dia. Tak cukup lagi?" Aku cuba membantah.
"Itu lain, Laila. Suami you kena pisau, bukan pistol." Jawab Serena. Yakin.
"So? That's the same thing, Serena. Kenapa you nak pergi sejauh ni. Papa kesayangan you tu pun dah lemah terbaring atas katil hospital. Apa yang you nak lagi?" Aku balas kata-katanya. Tapi kalini, nada suaraku ingin mencabar dan berdebat dengan kata-kata Serena.
"It's not over, Laila! How dare you cabar I? Tengoklah, diri you sendiri pun masih terikat atas kerusi. You think I akan lepaskan you macam tu je ke? No, Laila. I want to bury you and your husband's body here."
"I won't let that ha—"
"Arjuna!" Bunyi hempasan pintu yang kuat itu membuatkan aku dan yang lain menoleh ke arah pintu. Mataku terbuntang apabila melihat kelibat yang sudah cedera parah itu. Terasa sebahagian daripada jiwaku telah bebas daripada perasaan takut.
Lucas!
"Lucas, what are you doing here!" Marah Serena.
"Aku tak ada masa nak jawab soalan bodoh kau tu, Ser. Lepaskan. Lepaskan Arjuna dengan isteri dia." Pinta Lucas. Tangan kanan Lucas memegang bahu kirinya sendiri, cuba untuk menghentikan pendarahan daripada terus mengalir.
ANDA SEDANG MEMBACA
LAILA'S BROTHER [COMPLETED]
Romance𝟏𝐒𝐓 𝐊𝐀𝐑𝐘𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐌𝐀 STORY INI AGAK KACIP 🤓❗️ ❝𝙎𝙩𝙞𝙡𝙡 𝙬𝙖𝙣𝙩 𝙩𝙤 𝙛𝙞𝙜𝙝𝙩? 𝙃𝙖𝙫𝙚 𝙖 𝙥𝙞𝙩𝙮 𝙤𝙣 𝙮𝙤𝙪𝙧 𝙗𝙖𝙗𝙮, 𝙇𝙖𝙞𝙡𝙖.❞ 𝐌𝐞𝐫𝐞𝐥𝐲 𝐝𝐮𝐞 𝐭𝐨 𝐬𝐩𝐢𝐭𝐞 𝐚𝐧𝐝 𝐟𝐢𝐱𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧, 𝐥𝐢𝐯𝐞𝐬 𝐚𝐫𝐞 𝐥𝐨𝐬𝐭. 100%...
![LAILA'S BROTHER [COMPLETED]](https://img.wattpad.com/cover/314825693-64-k97751.jpg)