Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Pintu besar yang berada dihadapanku ditenung lama. Seketika mata menilik pada jam tangan yang menunjukkan pukul dua setengah petang. Mujur saja aku sudah solat zohor di masjid terdekat tadi.
Baru sahaja tangan ingin naik mengetuk pintu, tiba-tiba pintu sudah terkuak dari dalam. Cepat-cepat aku turunkan tangan.
"Eh, menantu mama dah sampai!" Sapa mama. Aku ukirkan senyuman manis pada mama. Tujuan aku datang ke sini.. hm, tunggulah mama beri jawapan nanti. Aku datang ke sini pun gara-gara mama yang baru sahaja mesej aku.
"Ada apa mama nak jumpa Laila?" Soalku lemah-lembut.
"Laila masuklah dulu. Nanti mama bagitahu ya." Pelawa mama. Tanpa membuang masa yang berharga, aku terus buka kasut dan masuk ke dalam rumah agam milik mama.
Apabila kakiku sentuh sahaja pada lantai rumah, mama segera menarik aku supaya mengikutinya ke ruang tamu. Lantas punggung dilabuhkan pada kusyen empuk di ruang tamu itu.
Mama pula duduk bersebelahan denganku seraya tanganku digenggam erat olehnya. Aku pandang wajah mama. Berseri-seri bagaikan mendapat berita gembira.
"Mama ada apa-apa berita gembira ke? Happy semacam aje Laila tengok mama." Ujarku.
"Ya, sekejap." Mama bingkas bangun dari tempat duduknya lalu kaki diorak ke arah meja televisyen. Ada sebuah beg kertas berwarna hitam di situ. Pantas saja tangan mama mengambilnya sebelum kembali semula untuk duduk bersebelahan denganku.
"Ni, hadiah untuk menantu kesayangan mama."
"Apa ni, mama?" Soalku.
"Bukalah,"
Aku pandang wajah mama beberapa saat sebelum melihat isi yang berada dalam beg kertas hitam. Mata terbuntang luas. Terus saja aku gigit bibir bawah.
Barang yang berada dalam beg kertas hitam itu aku keluarkan. Lantas anak mata memandang wajah mama dengan ekspresi tidak percaya.
"Macam mana, okey tak?" Tanya mama.
Jujur, aku tak tahu nak rasa apa sekarang ini. Hadiah yang diberikan mama betul-betul diluar jangkaan!
"Mama... Laila rasa, mama simpanlah. Laila tak suka la benda ni." Aku masukkan barang itu semula ke dalam beg lalu aku hulurkan kembali kepada mama.
Bibir mama yang tersenyum itu terus saja menjadi muncung.
"No, Laila! Laila kena terima juga. This is the right time for you, dear. Mama tak nak dengar sebarang rejection." Tegas mama.
"Tapi mama..."
"Eh, no tapi tapi. Laila kena terima. Mahal tahu mama beli."
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Aku pandang lagi sekali jam tangan. Sekarang sudah pukul enam setengah petang. Lama juga aku menghabiskan masa bersama ibu mentuaku. Hadiah yang diberikan itu, sudah tentulah aku terima. Tapi itupun gara-gara dipaksa oleh ibu mentuaku.
Aku ambil kunci yang berada dalam beg tangan untuk membuka pintu.
Masuk sahaja di dalam rumah, aku melihat ke sekeliling sudut rumah. Kelibat Arjuna langsung tidak kelihatan. Mungkin Arjuna berada di ruangan gym. Line clear! Masa untuk pecut naik ke atas.
BUK!
Aduh! Apa pula yang aku langgar kali ini? Dahi digosok perlahan. Lantas aku membuka kelopak mata.
"Sayang dah balik rupanya. Kenapa tak bagi salam?"
Membulat mataku melihat figura sang suami yang berada betul-betul di hadapan mata. Macam mana Arjuna boleh berada di hadapan aku sepantas kilat? The Flash ke?! Atau aku yang tak tengok ke hadapan?
"Laila... Laila baru nak bagi salam! Tapi abang dah ada dulu." Ujarku. Sengaja mahu berselindung walaupun aku tak rasa aku akan terlepas.
Arjuna angkat sebelah keningnya. Dia menapak ke arahku. Membuatkan kakiku automatik mengundur darinya.
Belum sempat aku larikan diri, Arjuna terlebih dahulu menarik tubuhku rapat dengannya. Tulang belakangku kini bersandar dengan pintu masuk.
"Ab... Abang nak apa? Bagilah Laila mandi dulu. Laila tengah busuk ni." Antara salah satu ayat agar aku dapat lepaskan diri. Tapi semestinya gagal. Sekurang-kurangnya tak salah mencuba kan?
"So? Abang nak tuntut kiss abang. Pagi tadi abang tak dapat lagi." Balas Arjuna. Haih, ingatkan dah lupa!
"Kan Laila dah kata, no! No means no, abang." Aku masih memprotes. Cik Jantung sudah mula tidak keruan. Satu lagi langkah yang Arjuna buat, silap-silap boleh pengsan juga aku dekat sini.
Kedua-dua belah tangan Arjuna yang kini memegang pinggangku dirapatkan lagi. Membuatkan kepala aku mendongak untuk memandang wajahnya.
"Tapi abang rindu sayang..." Semakin mendayu-dayu suara Arjuna masuk ke corong telinga. Buatkan aku... Cair! Kalau aku ais, tak perlu tunggu masa. Jumpa Arjuna sahaja terus cair!
"Uh... Abang, ada lipas!"
"Mana?!" Arjuna terus melepaskan aku dari dakapannya. Matanya melilau mencari di sekeliling arah.
This is it! Aku terus berlari naik ke tingkat atas. Sambil berlari, sambil tergelak dengan tingkah lakunya itu.
"Sayang, get back here!"
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.