HUMAIRA | PART 4 |
.
"Akak dah lama ke berhijrah" tanya Maira kepada Kak Ain setelah selesai sesi usrah. Maira kini banyak mengikuti program dakwah dan usrah. "Alhamdulillah dah 2 tahun" balas Kak Ain. "Wah lama dah. Alhamdulillah. Maira nak tanya, dah lama ke akak berniqab?" Tanya Maira lagi. "Akak berniqab hampir setahun dah. Kenapa sayang?" Soal Kak Ain. "Maira suka tengok orang perempuan berniqab. Mereka nampak sangat cantik. Maira rasa mereka adalah bidadari dunia. Maira teringin nak pakai niqab" puji Maira. "InshaAllah. Maira pun boleh berniqab, tapi Maira kena siapkan diri sebelum berniqab. Perkara yang wajib Maira kena dahulukan dan aurat kena jaga dengan sempurna. Berniqab ni memerlukan pengorbanan dan ketabahan kerana ni pakaian sunnah para isteri nabi, risikonya juga tinggi. Jadi Maira perlu kuatkan diri, hati dan jiwa." Jelas Kak Ain panjang lebar. "InshaAllah Maira akan cuba" balasnya sambil tersenyum.
.
------------------------------------------
.
Sebulan berlalu...
.
Di perpustakaan, sedang ralit seorang gadis berjubah biru gelap, bertudung hitam labuh dan sehelai niqab yang menutupi wajahnya. Itulah dia Maira. Perubahannya sangat mengejutkan ibubapa dan sahabat karibnya. Ada yang memberi sokongan dan kata semangat dan ada pula yang memberikan kata sindiran.
.
Sedang sibuk dia mencari buku soal hadis lalu matanya bertembung dengan mata seorang lelaki. Pemilik mata itu tidak berkelip memandang Maira. Maira dengan perasaan malu terus tertunduk dan berlalu pergi. Hatinya berdebar tatkala memandang wajah lelaki tersebut. Dia merasakan ada sesuatu yang aneh terbit dalam hatinya terus dia beristigfar memohon ampun kepada Allah kerana telah melihat seorang ajnabi yang boleh menggoyahkan imannya.