HUMAIRA 11

2.9K 14 0
                                    

HUMAIRA | PART 11 |
.
"Jadi kita nak mulakan dari mana?" Tanya Ain. "Ana rasa kita mula dari sana dulu" jawab Anas sambil menunjuk kearah segelintir remaja. Berjalan mereka kepada remaja tersebut. "Assalamualaikum" Anas memulakan bicaranya sambil menghulur tangan untuk bersalam dengan lelaki itu. "Waalaikumusalam ya?" Jawab lelaki itu sambil menyambut tangan Anas. "Maaf menganggu, saya nak pinjam masa saudara untuk berbual sekejap. Saya nak tanya saudara dengan saudari ni ada apa-apa hubungan ke? Maaflah kalau pertanyaan saya menyinggung perasaan saudara" tanya Anas. Ain yang berdiri disitu hanya memerhatikan cara Anas berdakwah. Terpegun barangkali. "Oh tidak. Kami berdua hanya pasangan couple. Kenapa ya?" Jawab lelaki itu tanpa segan silu. "Kami sebenarnya sedang mengadakan kempen 'Say No To Couple'. Jadi kami nak kongsikan sedikit pengetahuan yang kami ada berkaitan couple dengan saudara." Jelas Anas. Terus terdiam pasangan couple tersebut. "Maaflah bukan saya nak buat hati saudara terasa tapi saya cuma nak sampaikan satu ayat cinta daripada Allah dalam surah Al-Isra' ayat 32 iaitu 'Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)' saya harap saudara dan saudari dapat faham ayat cinta tersebut kerana sesungguhnya Allah itu mencintai hambaNya selama-lamanya." Terang Anas dengan berhemah. Pasangan couple tersebut tertunduk malu, segan dengan teguran Anas.
.
"Enta dah fikir pasal lamaran ana?" Tanya Ain dengan berani. Anas seakan-akan tidak percaya bahawa pertanyaan tersebut bakal ditanya oleh Ain. "Ana tak dapat nak bagi jawapan buat masa ni. Ana harap enti hormat keputusan ana." Jawab Anas. Maira yang berada dibelakang Ain terdengar perbualan mereka. Maira berlalu pergi meninggalkan mereka berdua. Anas menjadi serba salah dan dia pasti bahawa Maira tahu yang Ain menyimpan perasaan terhadapnya.

HUMAIRAWhere stories live. Discover now