HUMAIRA | PART 10 |
.
'Ya Allah, aku berserah segalanya kepadaMu' hati Maira berbisik. Kelihatam sedih air mukanya. "Maira okay?" Tanya Kak Huda merangkap pengerusi Street Dakwah. "Alhamdulillah Maira okay je" balas Maira sambil tersenyum untuk menutup rasa sedihnya. "Kejap lagi aktiviti akan dijalankan. Ana akan bahagikan antunna semua mengikut 5 kumpulan. Setiap kumpulan mewakili 4 orang akhwat dan 2 orang ikhwan. Tujuan ana letak 2 ikhwan setiap kumpulan bagi membantu antunna sekalian. Harap antunna dapat beri kerjasama lah." Kata Kak Huda ketika mengagihkan ahli kepada kumpulan masing-masing.
.
Dalam kumpulan Maira terdiri daripada ahli-ahli yang hebat bicaranya, punya ilmu yang tinggi dalam urusan dakwah. "Ukhti Humaira, Ukhti Ain, Ukhti Alya, Ukhti Nur, Akhi Umar dan Akhi Anas." Agih Kak Huda. Dengan terkejut, Ain memandang Maira dengan perasaan berbunga-bunga. Maira tidak sangka yang dia akan bekerjasama dengan Ustaz Anas, begitu juga sebaliknya dengan Anas.
.
Sepanjang aktiviti Street Dakwah dijalankan, Maira langsung tidak menghiraukan Ustaz Anas demi menjaga perasaan Kakak usrahnya, Ain. "Okay kita akan bincang teknik berdakwah. Antara kita disini ada tak cadangan yang boleh dikemukakan?" Tanya Ukhti Alya selaku ketua kumpulan semasa berkumpul bersama ahli-ahlinya. "Ana cadang kita tetapkan ahli mana yang akan sebarkan flyers, goodies bag dan yang akan sampaikan dakwah" cadang Anas. Kadang kala matanya bertembung dengan mata Maira. Tertunduk Maira dengan perasaan serba salah. "Akhi Umar dengan Ukhti Nur akan sebarkan flyers, Ukhti Ain dengan Akhi Anas akan sampaikan dakwah dan Ukhti Humaira dengan Ana akan agihkan goodies bag. Ana harap semua ahli dapat beri kerjasama dan bantu antara satu dengan yang lain. Semoga misi dakwah kita berjaya" kata Ukhti Alya dengan semangat.