Part 36

227 17 5
                                    

Sy nampak Is bercakap sesuatu dengan satu orang perempuan sebelum ambil Noah.

Tidak lama kemudian tu perempuan bawa satu budak lelaki keluar pagar sebelum serah tu budak dengan Is. Sy nampak Is duduk mencangkung supaya eye level dia selari dengan tu budak. Mungkin dia cakap sesuatu sebab sy ada nampak tu budak angguk2 sikit. Lepas tu Is berdiri, dia pimpin tangan tu budak pergi kereta. Is hantar dia pergi tempat duduk penumpang di belakang.

"Say hai to aunty Lea" Is cakap dengan Noah.

"Hai aunty Lea" Noah buat macam yg Is suruh. Halus betul suara dia greet sy.

"Hai" sy greet balik Noah dengan mesra supaya dia nda takut "siapa nama?" saja sy tanya untuk buka cerita dengan dia.

Nda dia jawab sy. Sy senyum ja la, sy faham juga mungkin dia takut.

"Hari ni aunty sama err.." sy nda tau apa dia panggil si Is, jadi sy ubah la ayat sy " hari ni kita jalan-jalan k"

Noah angguk2 ja. Sy nda hairan juga kalau dia nda banyak bercakap, lagipun baru jumpa kan. Is masih lagi urus sesuatu di hood belakang.

"Noah, mana mommy Noah?" sementara tunggu Is, sy cuba dulu 'break the ice' dengan Noah.

Dia geleng2 ja kepala.

"Mommy kerja?"

"aunty kerja" dia cakap. Aunty? dia maksudkan siapa ni.

"Aunty mana satu Noah?" sy tanya lagi dia sambil senyum.

"Aunty Wen" dia cakap.

Aunty Wen? Wendy ka maksud dia? tak kan la dia panggil si Wendy aunty pula kan. Tapi sy nda mau dulu tanya dia banyak2 soalan sekarang, nanti nda pasal2 stress anak orang.

Nda lama kemudian Is masuk.

"Is, sy duduk belakang la, kesian pula si Noah tiada kawan"

Is pusing belakang sekejap tengok Noah. Noah diam ja duduk, nda nampak gembira, nda juga nampak takut atau sedih. Dia diam ja, mungkin sebab nda biasa sebab first time kan.

"erm..boleh juga" Is cakap. Jadi sy keluar terus duduk di belakang supaya ada kawan si Noah.

"Aunty kasi kawan Noah duduk sini k" Noah angguk ja, tiada perkataan keluar dari mulut dia.

Hari tu Is bawa pergi zoo. Tempat yg sepatutnya boleh buat budak happy. Harap2 Noah open sikit untuk bercakap lepas ni.

Masa jalan tu boleh nampak Is macam awkward sikit dengan Noah. Mungkin sebab dia nda biasa dengan budak2, lagipun dia belum ada anak buah lagi. Is pun nda banyak bercakap juga dengan Noah, apa lagi si Noah yg memang kurang bercakap dari tadi. Sy kira mau biarkan ja dorang dua bonding, tapi bila tengok keadaan dia macam tu rasanya sy kena masuk gelanggang juga..hehe..

Sy pergi dekat Is terus sy bisik dia, "Is, bagus you dukung Noah, nampak macam dia penat ja berjalan, sudah la sekarang panas"

Is berhenti berjalan sekejap. Secara automatic sy dengan Noah pun berhenti juga. Is duduk mencangkung supaya dia boleh bertentang mata dengan Noah.

"Noah penat? mau uncle dukung?" Iya, dia suruh Noah panggil dia uncle. Noah angguk ja untuk kasi 'iya' apa yg si Is cakap.

Lepas Noah angguk, sy ada nampak senyuman sikit di bibir si Is. Entah apa yg geletek hati dia. Terus dia dukung Noah. Bila tengok depan mata Is dukung Noah, tersenyum sy sikit.

"you senyum2 tu kenapa?" eh, Is perasan pula sy senyum2 sendiri.

"tiada" sambil sy geleng laju2.

"bagus you bagitau kenapa you senyum2, kalau tidak sy.." Is kasi besar mata dia, terus dia tengok sy atas bawah sebelum sambung "di sini juga, peduli la orang nampak" si Is main2 ugut sambil dia gigit bibir menahan geram. Tapi yg lucu dia tu, pandai juga dia censored perkataan sebab ada budak.

Lea Isaiah (Complete)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang