Part 12

313 16 2
                                    

"Lea, kasi kawan bah aku rest hari ni"

Kebetulan hari tu masa pulang sy sama dengan masa rest si Janah, jadi dia bawa makan sama2. Kalau ikut hati malas sy mau makan sama2 dia ni, tapi sy nda pandai menolak, jadi kasi iya ja la. Tempat makan pun sy kasi biar dia yg decide di mana dia mau makan. Bukan juga jauh, di bawah bangunan ja.

Last2 dia bawa makan di satu restaurant ni, nda juga jauh dari office, sy pun selalu juga makan sana kalau rest. Jadi bila sampai tu sy order la makanan & minuman yg sy selalu order. Sementara tunggu tu terpaksa lah dengar pot pet pot pet si Janah. Kalau bukan dia mengumpat staff lain, dia mengumpat bos pasal bagi banyak kerja, kalau nda pun complain pasal belum ada boyfriend..haha..lelaki pun takut sama mulut ko Janah..hehe..

Sampai la makanan yg kami order. Akhirnya! time makan ja la mulut dia berehat. Telinga sy pun dapat la rehat sekejap.

Satu2 lah hidangan kena letak atas meja. Selalunya ada 4 la kan, makanan & minuman sy sama si Janah. Tapi ni kali ada extra dua desserts, nda tau la pula kalau si Janah order, tapi setahu sy tiada dia order lain.

"ko order kek Janah?" saja sy tanya dia. Kalau iya, ok la. Kalau tiada tu pelayan tersalah meja mungkin. Kalau free nda apa juga..hehe

"tiada la Lea, aku ingat ko yg order, ko kan hantu kek" kurang asam si Janah, dia cakap sy hantu kek. Memang la sy suka kek, tapi cakap la puteri kek ka, queen of cake ka, kan sedap sikit didengar berbanding hantu.

"err..kak, silap mungkin ni, kami tiada order kek..hehe" sy bagitau tu pelayan sebelum dia jalan.

"nda la, ngam la ni, meja 18 kan" dia tengok nombor meja kami. Ngam la 18.

"kakak pasti bukan meja 81? hehe" mana la tau kan..hehe

"nda sampai 81 meja kami sini dek..haha" sia2 bah kena kasi ketawa. Si Janah pun join juga ketawa.

"tapi kak kami betul2 tiada order kek, kakak simpan ja la balik, nanti kami terpaksa bayar lebih pula..hehe"

Jangan2 taktik ni kedai pura2 salah order last2 terpaksa bayar sebab sudah makan. Sempat bah lagi sy berfikir begitu.

"eh nda boleh dek, sy kena hantar juga, kalau sy kasi balik nanti bos marah, dia yg arah suruh bagi kek meja 18" aik, lain macam bos ko ni kak.

"jangan2 ko ada secret admirer Janah, tu la dia bagi ko kek" sy bisik dengan si Janah. Pelayan tu masih lagi berdiri di meja kami.

"ish, tiadanya secret admirer kalau kita yg membayar extra Lea. Tersilap dorang ni" si Janah jawab kuat2. Rugi ja nafas sy berbisik2 tadi.

"jangan risau dek, bill kamu pun sudah kena bayar, tinggal makan ja..hehe"

Apa lagi si Janah "hah? ya kah kak? syukur la makan free" dia tadah kedua tangan dia, terus dia tutup muka dia guna kedua tapak tangan dia kunun2 bersyukur "kalau begitu memang secret admirer aku la tu Lea" eh, nda malu betul ni perempuan.

"apa2 ja la, urus secret admirer ko ni pun sudah buang 15 minit, last2 habis masa rest ko" tanpa buang masa sy ambil sudu & garpu, terus makan. Sy kalau bab makan ni susah mau tangguh2, nanti gastric..hehe..

"Janah, kek tu ko makan ja la ah" since dia bilang secret admirer dia kan, jadi biar la dia makan.

"makasi Lea..sweetnya kena bagi kek" dia mau cakap yg secret admirer dia sweet sebab bagi kek, tiada maknanya dia mau cakap sy sweet. Senyum2 si Janah makan tu kek, sy terhibur juga tengok gaya2 dia ni, ada manis dia juga muka dia ni, tapi tu lah, gaya tu gaya2 Joyah..hehe

Hari tu sy habis kerja petang, si Janah habis kerja malam. Jadi masa pulang tu tinggal sy satu orang lagi. Janah lepas makan terus naik balik office. Sy macam biasa la, park di belakang bangunan. Walaupun Is nda suruh sy park sana sudah, tapi macam mana juga kalau susah mau cari parking. Lagipun bukan dia tau juga,tapi kalau dia tau confirm dia marah.

Masa sy mau pergi kereta tu sy dengar macam ada orang panggil sy, tapi sy nda dengar sangat. Sebab tempat sy kerja tu kalau petang2 masih ramai orang, jadi mungkin sy salah dengar.

"Lea" ni kali sy dengar lagi, dengan bunyi tapak kaki berlari2. Sy pusing lah tengok.

Adeh, kusangkakan putera, rupanya duda.

"err..Mr Haqeem" gigih juga dia berlari bubut sy. Sy tengok sekeliling mencari si Janah, manatau dia masih sana2 juga. Kalau dia masih sana2 juga boleh sy kasi kenal dia sama ni duda.

"Lea, kan sy cakap Lea jangan panggil sy Mr Haqeem, panggil Haqeem ja" masih dia tercungap2 sikit. Siapa juga suruh berlari kan.

"err..ada apa tu ah? apa Mr Haqeem buat sini?" tiba2 ada sana, selama ni nda pernah pun terserempak dia di sana. Jangan2 dia stalk sy, ee palis..

"sy kerja dekat2 sini" dia cakap "Lea sudah habis kerja? jom makan sama2"

Apakah? begitu terang2 sudah sy ni ada boyfriend, masih mau bawa makan sama2. Sy masih lagi tengok sekeliling, manatau ada si Janah.

"Nda la Mr Haqeem"

"jangan panggil Mr, panggil Haqeem ja, sy mau jadi kawan Lea, bukan majikan Lea"

Nda la kali, biar lah lidah sy terbelit belit mau sebut tu empat suku kata 'mis-ter-ha-qeem' .

"err..sy kena balik cepat ni Mr Haqeem, tiada jaga kucing sy di rumah, nanti dia bunuh diri kalau lama2 satu orang..eh..satu ekor" padahal sy manada kucing.

"lagipun sy ada date dengan Isaiah sekejap lagi, jadi sy balik dulu ah" padahal sy nda jumpa Isaiah pun hari tu, sebab dia sibuk sampai malam. Sy undur pelan2 sebelum jalan. Nasib juga dia nda bubut sy pergi kereta. Sy boleh nampak dari cermin pandang belakang dia masih berdiri sana tengok sy drive away.

Ish, selama sy kerja sini apahal pula hari ni tiba2 boleh terjumpa dia di sini. Kalau ada si Janah masa tu, sy kasi kenal sudah tu sama tu duda, bosan sudah sy dengar dia bising2 tiada boyfriend, manatau lepas ada boyfriend berubah terus sikap dia jadi pendiam..haha..

Jangan2 restaurant family si Haqeem kebetulan area2 sana juga. Hish, jangan lah. Palis palis jauh jauh.

Bzztt bzzztt bzzzttt

Sy tengok telefon sy yg sy letak si seat sebelah sy. Marak2 screen dia. Susah pula mau tengok kalau sambil driving. Sy capai handphone sy, sambil driving sambil sy tengok.

"eh, D!"

Damien yg call tadi. Sy cuba call D balik. Sambil mata sy tengok depan, sambil tangan sy tekan2 hanphone. Sy call D balik lepas tu sy put on speaker.

tuutt tuutt..tuutt tuutt..

"Hello,Lea.." suara D dari telefon.

Baammm!! Tiba2 bergegar kereta sy.

Continue Part 13

Lea Isaiah (Complete)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang