Laju si gadis berlari. Tidak menghiraukan perhatian seisi istana yang kini padanya. Rasa lelah diabaikan. Tujuannya hanya satu.
Tabib.
BRAK!
Pintu ditolak kuat sebelum kedua insan didalamnya tergamam sebentar. Tuan Puteri Hyesun yang kelelahan kerana berlari dipandang lama.
" Tu--tuanku? " Kalut tabib. Segera dia bangun dan memberi tunduk hormat.
" Yoshinori... Dia okay? " Soal Hyesun dalam nafas tidak teratur. Wajah Yoshi yang lemah itu dipandang. Timbul rasa khuwatir melihat jejaka itu.
" Dia masih lemah, tuanku. Perlukan pemerhatian lanjut. Tapi saya akan cuba pulihkan Yoshinori untuk perang seteru-- "
" Perang? Perang apa lagi? Ni pun dah teruk! " Teriak Hyesun. Dia segera berlutut disisi Yoshi, ingin melihat lebih dekat keadaan insan yang sudah mencuri hatinya itu.
Sungguh menyayat hati.
Badannya ada bekas kelaran, seperti kelaran pedang. Kakinya juga bengkak, ditambah wajahnya yang bercalar balar.
Hyesun juga terasa sakitnya.
" Tuan--tuanku. Jangan melutut, saya yang sepatutnya kena melutut. " Geleng Yoshi. Dengan kepayahan, dia cuba bangun untuk melutut disisi Hyesun, namun si gadis dengan pantas menahan lengan pemuda itu.
" Duduk. Kamu sakit. "
" Tapi tuanku-- "
" Ini arahan, Yoshi. Duduk. " Tegas Hyesun. Yoshi membungkam, mengiyakan perintah oleh puteri manis itu.
" Apa yang terjadi? Takkan teruk macam ni? "
" Kami tak tahu apa yang terjadi, tetapi pihak musuh seperti dah tahu kita akan lakukan penyerangan hendap hari ni. Mereka dah menunggu dipersimpangan dengan semua tentera berkuda ditambah lagi ahli panah yang agak ramai. Ramai terkorban, tuanku. Syukurlah Ketua Pengawal Yoshinori dapat melarikan diri dalam kekalutan. " Terang tabib, mengenangkan keadaan Yoshi yang menyukarkan dia untuk bercakap panjang.
" Ada pengkhianat dalam istana? "
" Kami tak boleh buat kesimpulan awal, tuanku. Tapi sepertinya, benar ada pengkhianat. Maharaja sudah mengetahui perkara ini, dan esok Yoshinori bersama tentera lain akan turun lagi melawan. "
Mata Hyesun membulat. Memandang tabib dan Yoshi silih berganti.
" Turun lagi? Tak tengok ke keadaan Yoshi macam mana? Bagi dia turun esok seperti menyerahkan dia kepada malaikat maut! " Bangkang Hyesun.
Tidak, dia tidak mahu Yoshi turun ke medan perang esok.
Tidak akan.
" Ini arahan maharaja-- "
" Tabib, tinggalkan saya dan Yoshinori berdua sebentar boleh? "
Arahan Hyesun membuatkan tabib menunduk ketakutan. Tuan Puteri Hyesun benar-benar mempunyai aura Maharaja.
Tegas dan garang.
Cukup membuatkan orang sekeliling kelu lidah.
Selepas sahaja tabib menghilang, pandangan Hyesun kini pada Yoshi. Bibirnya diketap, menahan rasa sebak.
" Tak perlu pergi esok, Yoshi... "
" Ini arahan Maharaja, tuanku. Sebaik sahaja saya mengangkat sumpah sebagai ketua pengawal diraja, saya dah bersedia mengorbankan jiwa dan raga saya demi kerajaan. "
" Kalau awak mati macam mana? "
" Biarlah itu menjadi kematian saya yang terindah, tuanku. Saya pergi dalam keadaan menyelamatkan negara. "
YOU ARE READING
Bisu / Yoshi ✓
FanfictionSi bisu ini. Menjengkelkan. Sebab dia ada, dikala yang lain tiada. Dan dia setia menanti dikala yang lain pergi.