"Kau nak tinggal dengan aku?"
"Err... Ya, boleh ke?"
Arjuna mengusap dagunya menggunakan ibu jari dan jari telunjuk. Matanya menusuk tajam ke dalam anak mataku. Aku hanya meneguk liur.
Lucas yang berada di sebelah Arjuna hanya memandang aku dan Arjuna bersilih ganti. Menunggu salah seorang daripada kami membuka mulut.
"Bagi aku sebab kenapa kau nak tinggal dengan aku. Aku baru aje jumpa kau hari ini. Kenal pun tak." Ujar Arjuna tegas.
Aku menghela nafas panjang sebelum mula berbicara. "First of all, saya tak ada duit untuk bayar sewa. Secondly, saya boleh jaga aw-" ayatku terhenti. Macam tak logik aje jawapan aku. Random betul.
Arjuna mengukir senyuman sinis di wajahnya. "Cakap aje lah kau suka aku." Balasnya. Aku terkelu. Tidak bereaksi. Tak tahu mahu buat apa. Tiba-tiba keadaan terasa agak canggung. Pendingin hawa yang berada di dalam restoran tidak terasa. Badan aku mulai kepanasan. Pipi meruap kemerahan.
Senyuman sinis Arjuna semakin melebar. Dia mendekatkan dirinya ke arahku. Memandang tepat ke dalam anak mata hitamku. "Jom."
Aku tercengang. "Pergi mana?" Soalku kebingungan.
Arjuna yang sudah bangun dari tempat duduknya memandang semula ke arahku. "Pergi rumah aku lah. Kau kata nak tinggal dengan aku." Balasnya mudah.
"Tapi bukan awak keluar esok ke?" Soalku lagi.
"Sekarang aku dah keluarkan? Well, let just say I'm special." Balasnya.
Mataku membulat. Aku teringat akan baju-baju yang masih berada di dalam bilik aku dan Arjuna. Dahi ditepuk sekali. Macam mana sekarang ni? Aku tak menyangka pula Arjuna akan terima secepat ini. Mati aku. Makcik Kiah yang ada dekat rumah mesti akan berterus terang dengan Arjuna punya.
Bola mataku segera dibawa memandang Lucas yang masih tidak bangun dari tempat duduknya. Aku membuat isyarat tangan meminta tolong kepadanya. Lucas hanya menjongket bahu. Dia senyum mengejek sambil melambai-lambai kepadaku.
Pergelangan tanganku terus ditarik oleh Arjuna. "Nak aku dukung kau ke baru nak gerak?"
Aku mengetap bibir rapat. Geram. Perangai Arjuna tidak berubah. Sama seperti dulu. Aku mula mengorak langkah mengikuti Arjuna. Lucas yang masih tidak berganjak dari tempatnya aku abaikan. Arjuna yang tadinya memegang tanganku kini dilepaskannya.
Mata aku tidak lepas melihat belakang badan Arjuna. Dari arah belakang pun sudah segak, apatah lagi dari depan. Senyuman terhias sedikit di wajahku membuatkan aku hilang fokus sehinggakan aku terlanggar seseorang. Mata aku laju tertutup rapat.
Hampir-hampir sahaja aku ingin jatuh tetapi sempat dua tangan menahan belakang badanku daripada jatuh ke tanah. Aku memandang ke arah gerangan yang sempat menangkapku. Arjuna.
Arjuna segera menolak badanku supaya naik semula. Lantas aku mengibas-ngibas pakaianku. Kepala menoleh pula ke arah susuk seseorang yang telah aku langgar. Seorang lelaki berbadan tegap. Memakai suit hitam sesuai dengan gayanya. Rambutnya blonde disikat kemas.
"Buta ke?" Arjuna bersuara keras ke arah lelaki itu. Aku hanya terpaku berada di tengah-tengah.
"Maaf, tapi isteri kau yang langgar aku." Bidas lelaki itu pula. Aku memandang Arjuna sekilas. Matanya merenung tajam ke arah lelaki itu seperti ingin dicekik-cekiknya dia.
Aku diam. Mata mereka berdua merenung memandang aku pula. Aku menelan liur. "S-sorry, tak sengaja." Aku minta maaf. Kepala diangkat memandang lelaki itu.
YOU ARE READING
LAILA'S BROTHER (HIATUS)
Romance𝟏𝐒𝐓 𝐊𝐀𝐑𝐘𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐌𝐀 ❝𝙄'𝙫𝙚 𝙗𝙚𝙚𝙣 𝙬𝙖𝙞𝙩𝙞𝙣𝙜 𝙛𝙤𝙧 𝙩𝙝𝙞𝙨 𝙩𝙞𝙢𝙚 𝙛𝙤𝙧 𝙖 𝙡𝙤𝙣𝙜 𝙩𝙞𝙢𝙚.❞ 𝙝𝙚'𝙨 𝙤𝙗𝙨𝙚𝙨𝙨𝙚𝙙 𝙬𝙞𝙩𝙝 𝙝𝙚𝙧𝙤'𝙨 𝙬𝙞𝙛𝙚. SLOW UPDATE! 100% IDEA SENDIRI. WARNING! READ AT YOUR OWN RISK! ⚠️ VIOLE...