"Apa aku patut buat sekarang ni?" Chaeyi mengulangi soalan yg sama sejak tadi dan mundar mandi tanpa henti. Dia menggigit kukunya menandakan rasa cemas.
Tubuh lelaki yg mirip dengan watak fiksyen itu dibiarkan terbaring di ruang tamu dengan tangan yg terikat. Chaeyi mengikat tangan lelaki itu sebagai langkah berjaga-jaga, tak mahu tertipu dengan wajah tampan itu.
"Aww kenapa kepala aku sakit sangat ni?" Aduh lelaki itu sebaik sahaja tersedar dari pengsannya.
Chaeyi pula berasa semakin terancam melihatnya sudah bangun dan tanpa teragak-agak dia memukul kepala itu menggunakan penyapu yg dia pegang sejak tadi. Belum sempat lelaki misteri itu merasakan udara buat beberapa saat, matanya sudah terpejam semula.
"Eh, aku tak sengaja" Kata Chaeyi.
Disebabkan tak mahu terus membuang masa, dia langsung menyimbah air pada wajah lelaki itu. Baginya ini lah penyelesaian yg terpantas untuk dia mengusir 'makhluk' ini.
"Kau siapa?" Soal Chaeyi dengan berani. Tangannya yg menggeletar ditahan. "Kau bukan manusia, kan? Macam mana kau boleh ada dekat sini?" Dia bertanya sekali lagi. Tiada respon.
Geram Chaeyi dibuatnya. "Lebih baik kau jawab sebelum aku pengsankan kau balik" Ugutnya. Genggamannya pada penyapu itu semakin erat, bersiap sedia untuk menghayunkannya bila-bila masa saja jejaka tak guna di hadapannya itu bergerak.
Soalannya tadi dibalas dengan soalan. "Awak siapa? Saya di mana?"
YOU ARE READING
❝So I Got Married To A Fictional Character❞ + Jungwon
Fanfiction13 + Also known as : ❝Miracle : One Night❞ In which an author who accidentally fall in love with the character that she created by herself and always praying that she could meet him face-to-face. - AUTHOR X FICTIONAL CHARACTER ┌ · · · ...