5 months later
❝Miracle : One Night❞
by @ l_chaerry❝Would you believe it when someone said that they were married to a fictional character?❞
13 years old + 760K reads.
98℅ recommended ☆
Fantasy Romance (Novel)Ternganga mulut Chaeyi setelah melihat diskripsi novelnya. Ia berubah dengan sendiri. Lebih mengejutkan lagi novel itu menceritakan tentang kisah dirinya bersama Jungwon.
"Jangan-jangan.."
Lekas dia berlari naik ke tingkat atas dan memasuki biliknya. Laju tangannya menyelongkar almari, mencari kotak putih yg berisi gambar polaroidnya bersama Jungwon.
Tak mahu membuang masa. Dia terus mengeluarkan segala yg ada di dalam kotak itu. Situasi ini mengingatkannya pada hari dirinya ditinggalkan.
Berkaca-kaca matanya melihat Jungwon di dalam gambar perkahwinan mereka. Yg dulunya tiada kini muncul semula. Semua ini sudah cukup membuatkannya bahagia.
Mungkin ini salah satu tanda-tanda yg Jungwon bakal kembali?
Chaeyi menangis tersedu-sedu sambil memeluk kotak putih tersebut. Terlalu bersyukur dan merindukan Jungwon.
"Lee Chaeyi"
Panggilan itu membuatkan jantungnya berdebar-debar. Usah bertanya lagi, dari suara saja dia sudah dapat mengecam siapa. Ianya Yang Jungwon. Lelaki yg dinanti-nantikannya selama ini. Namun amat sukar baginya untuk menoleh.
Semakin kuat dia menangis.
Jungwon menjadi cemas melihatkan Chaeyi menangis sehingga nafas tidak teratur. Lantas dia memeluk gadis itu dari belakang. "Shh shh. Jangan nangis. Saya ada di sini" Katanya dengan lembut sekali.
Tetap saja Chaeyi tidak bisa berhenti.
Jungwon memutarkan tubuh gadis itu untuk menghadapnya. Air mata di pipinya dilap perlahan. "Chaeyi.."
"Kenapa kau tiba-tiba menghilang? Sampai hati kau tinggalkan aku macam tu. Aku rindu kau.." Jawab Chaeyi tersekat-sekat.
"Maaf. Tapi saya datang untuk beritahu satu perkara yg penting"
Chaeyi mengangkat muka membalas pandangan Jungwon. Pandangan Jungwon itu membuatkan hatinya menjadi luluh. Dapat dia rasakan emosi yg dipendam daripada lelaki itu. Sampaikan dirinya berasa tidak berhak untuk merasa sedih lagi. Kerana perasaan sedih yg Jungwon rasakan lebih tinggi berbandingnya.
"Awak boleh dengar apa yg saya nak cakap sekejap lagi?" Soal Jungwon. Air mata kelelakiannya mulai bertakung.
Chaeyi menghapus air matanya. "Tolong jangan tinggalkan saya lagi"
Jungwon menarik senyum pasrah. "Sepatutnya saya yg cakap macam tu"
"Apa maksud awak?"
"Chaeyi.. Puas saya merayu jangan tinggalkan saya tapi kenapa.. kenapa awak kena pergi tinggalkan saya?" Air matanya mengalir seraya dia berbicara.
"Dah tiba masanya untuk awak sedar daripada koma awak dan pergi ke tempat yg lebih aman" Sambung Jungwon lagi.
Ibarat dihempas batu. Chaeyi ditampar dengan kenyataan bahawa dirinya selama ini berada di dalam koma dan akibat terlalu merindui Jungwon dia sanggup membuat senario yg tidak masuk akal.
Sekarang gilirannya pula untuk menangis.
"Terima kasih sudi menjadi permaisuri hati saya buat kali keduanya. Lee Chaeyi, saya sayangkan awak"
"Maaf"
━━━━┅━━━┅━━━━
"Yang Chaeyi. 20 tahun. Telah menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 3 petang, hari Isnin. Bersemadi lah dengan tenang, permaisuri ku" Kata seorang doktor lelaki.
Bahunya ditepuk oleh beberapa jururawat yg lain, cuba memberi semangat kepadanya yg tidak bisa berhenti menangis sejak tadi.
"Doktor Yang, kuatkan semangat awak. Kami pasti isteri awak pergi dalam keadaan yg baik. Selama ni dia juga dijaga oleh suaminya sendiri"
Jungwon malah terduduk menangisi pemergian isteri kesayangannya itu. Setelah 5 bulan dia merawat isterinya, pada akhirnya wanita itu tetap tidak dapat hidup bersamanya sehingga ke hari tua. Jangka hayat Chaeyi tidak memberi kesempatan buat mereka.
Sampai sini saja kisah mereka berdua.
"Saya sayangkan awak, Yang Chaeyi"
━━━━┅━━━┅━━━━
Thank you for reading
❝Miracle : One Night❞ <3The wattpad version
has ended on
25 August 2022.THE END
TAMAT
YOU ARE READING
❝So I Got Married To A Fictional Character❞ + Jungwon
Fanfiction13 + Also known as : ❝Miracle : One Night❞ In which an author who accidentally fall in love with the character that she created by herself and always praying that she could meet him face-to-face. - AUTHOR X FICTIONAL CHARACTER ┌ · · · ...