Chaeyi mengerutkan dahinya sebelum menjawab. "Mana lah aku tahu" Dia berfikir sejenak. Bagaimana lelaki ini dapat mengetahui namanya sedangkan dia sendiri tidak tahu sedang berada di mana?
"Saya tak tahu siapa diri saya. Tapi saya cuma tahu satu perkara saja. Awak ialah Lee Chaeyi, tuan dan juga pemilik saya" Beritahu lelaki itu. Chaeyi pula sudah tercengang mendengar kata-kata lelaki ini. Mustahil dia Yang Jungwon.
Namun, perkara yg mustahil itu sudah menjadi kenyataan dan sedang terjadi sekarang. Watak fiksyen yg hanya wujud di atas kertas dan di layar skrin kini sedang menjejakkan kakinya ke dunia nyata. Bahkan, bernafas dan bercakap sama persis seperti manusia biasa.
"Pemilik?" Ulang Chaeyi meminta kepastian. "Iya. Saya lah watak fiksyen yg awak reka sendiri" Blilang Jungwon disertai dengan senyuman kecil.
Chaeyi mengetuk kepalanya sendiri. Rasa seolah-olah tidak waras sekarang ini. "Jangan cakap.. Kau ni Yang Jungwon?" Soalnya tak percaya.
Tepat sekali. Jejaka asing itu ialah Yang Jungwon.
Jungwon hanya memandangnya tanpa reaksi. Chaeyi pula kembali bingung. "Tak. Kenapa sekarang ni dia tanya aku ni siapa sedangkan dia sendiri yg panggil nama aku tanpa henti tadi" Bisik Chaeyi seraya membuka ikatan tali pada tangan Yang Jungwon. "Kau ni orang gila, kan? Bukan Yang Jungwon, kan?" Kata Chaeyi masih ragu-ragu dengan kebenaran yg lelaki ini katakan tadi.
"Jadi, nama saya Yang Jungwon lah?"
"Hm"
"Saya pun tak tahu sama ada saya ni manusia ataupun bukan"
Chaeyi membuat muka pelik. "Aik orang pergi tanya kalau dia ni gila ataupun tidak tapi dia balas lain pula. Betul-betul pelik" Monolognya.
"Awak" Panggil Jungwon, dia mencuit bahu Chaeyi perlahan.
"Apa?" Balas Chaeyi acuh tak acuh.
Entah mengapa, tapi dirinya masih belum mempercayai bahawa lelaki ini ialah Yang Jungwon. Sangat mustahil keinginannya kali ini benar-benar dimakbulkan. Padahal dia pernah meminta kepada Tuhan untuk mengembalikan ayahnya tetapi ayah kesayangannya itu masih belum pulang-pulang juga.
Itu lah penyebab mengapa dia sukar untuk mempercayai keadaan sekarang ini.
Jungwon bangun dan bersuara secara tiba-tiba.
"Awak sukakan saya, kan?"
YOU ARE READING
❝So I Got Married To A Fictional Character❞ + Jungwon
Fanfiction13 + Also known as : ❝Miracle : One Night❞ In which an author who accidentally fall in love with the character that she created by herself and always praying that she could meet him face-to-face. - AUTHOR X FICTIONAL CHARACTER ┌ · · · ...