"Jum kita buat 'tu'"
Chaeyi masih kekal diam membisu dari tadi. Jungwon menahan senyum sebelum memeluk tangan gadis itu dan mulai merengek seperti kanak-kanak kecil. "Awak cepat lah kita buat tu~"
Makin memerah lah pipi si isteri. Pandangannya jatuh pada lantai, dia menggigit bibirnya dan menjawab. "Aku.. tak sedia lagi. Terlalu awal untuk kita buat tu"
Hampir-hampir saja Jungwon tertawa. Seronok pula mengusik isterinya ini. "Apa maksud awak? Bukan kah awak dulu yg ajak saya buat tu?"
Chaeyi bingung. "Ha?"
"Awak kan ajak saya ambil gambar tadi, apa lah awak ni. Jum lah kita buat bentuk tu. Kenapa? Awak fikir apa?"
Laju dia menggelengkan kepala. "T-tak ada apa lah! Jum lah kita buat bentuk hati tu. Macam ni" Chaeyi berpura-pura tiada apa-apa yg terjadi dan kembali mengajar Jungwon membuat bentuk hati.
Selepas hampir sejam, lebih 40 keping gambar polaroid yg terhasil. Boleh tahan banyak.
Chaeyi melabuhkan punggungnya ke atas katil. Dia melirik ke arah jam dinding sekilas. 1:48am. Sudah larut malam. Tidak hairan lah mengapa dia berasa mengantuk sekarang.
Chaeyi mengalihkan pandangannya kepada Jungwon yg sedang sibuk melihat satu persatu polaroid yg ditangkap tadi. Kelopak matanya sudah hampir tertutup tetapi lelaki ini masih bertenaga. Pelik.
"Awak awak awak, tengok gambar ni. Mata saya tertutup lah" Jungwon kelihatan begitu teruja memanggil Chaeyi. Dia malah mentertawakan wajah sendiri.
Chaeyi berjalan ke arahnya sambil menguap. "Kenapa?" Dia bertanya ingin tahu. Tidak duduk. Hanya memandang Jungwon yg sedang duduk mencangkung di hadapan. Jungwon terus menunjukkan gambar yg menyebabkan dia ketawa tanpa henti. "Tengok muka saya, lucu lah"
Chaeyi hanya mampu tersenyum kecil akibat terlalu mengantuk. Tiada tenaga untuk ketawa.
"Tapi kan.. Muka awak semua nampak cantik dalam gambar-gambar ni" Puji Jungwon. Matanya masih fokus memerhatikan muka Chaeyi di setiap gambar polaroid yg ada.
Hilang terus mengantuk Chaeyi tadi. Matanya segar setelah mendengar pujian itu.
Jungwon meletakkan gambar-gambar tadi ke atas meja lalu mendongak memandang Chaeyi yg sedang berdiri itu. "Cantik sangat" Ulangnya seakan-akan kagum. Dia bangun dan kini Chaeyi pula yg mendongak memandangnya akibat ketinggian mereka berdua yg jauh berbeza.
Jungwon diam tidak mengatakan apa-apa. Dia mahu menatap wajah cantik isterinya tanpa sebarang gangguan. Pandangannya berpindah pada bibir si isteri secara perlahan-lahan.
Situasi sekarang sangat tegang bagi Chaeyi.
Mata mereka bertembung semula.
"Maaf Lee Chaeyi, tapi awak terlalu indah untuk saya abaikan begitu saja" Jungwon menempatkan tangan kirinya pada pinggang Chaeyi dan menarik tubuh kecil itu mendekat padanya. Sebelah tangannya pula memegang pipi gadis itu.
Tanpa berfikir apa-apa lagi Jungwon mulai mengecup dahi dan pipinya. haeyi pula tidak dapat membantah dan menolak lagi. Dia memejamkan matanya dan menikmati sentuhan manis itu. Dapat dia rasakan kasih sayang melalui ciuman daripada Yang Jungwon.
Malam ini terasa begitu indah bagi mereka berdua.
YOU ARE READING
❝So I Got Married To A Fictional Character❞ + Jungwon
Fanfic13 + Also known as : ❝Miracle : One Night❞ In which an author who accidentally fall in love with the character that she created by herself and always praying that she could meet him face-to-face. - AUTHOR X FICTIONAL CHARACTER ┌ · · · ...